Khamis, 2 Ogos 2012

Sambal Ayam Serai


           Assalamualaikum wrh wbr....

      Selamat malam semua, semoga ceria selalu. Kali ini mengenai masakan sambal ayam serai. Masakan sambal ini memang selalu saya masak. Semua ahli keluarga memang suka dengan sambal ini. Kalau kawan-kawan suka bolehlah cuba. Kita lihat resepinya dulu....



Resepi Sambal Ayam Serai

Bahan-bahan:
400 gm ayam (masukkan garam kunyit dan
       digoreng separuh masak) 
5 sdb cili giling-kalau nak lebih tambah lagi
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 batang serai diketuk
1 sdb kerisik
1 sdb sos tiram
garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * diblender
   terlebih dahulu.
2. Panaskan 4 sdb minyak masak, tumiskan 
   bahan yang dikisar hingga garing, masukkan 
   cili kisar serta serai. Dikacau, biarkan 
   sehingga naik minyak.
3. Masukkan sos tiram dan kerisik. Kacau 
   lagi. 
4. Masukkan ayam. Biarkan sehingga mendidih. 
   Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air.
5. Akhir sekali masukkan gula serta garam
   secukupnya.
6. Bila dah masak bolehlah diangkat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan