Khamis, 24 Jun 2021

Roti Jala Kari Ayam

 Hai sahabat Diari Diela...

Assalamualaikum wrh wbr...

Semalam masak kari ayam, ada lebihan kari ayam semalam yang masih berbaki. Jadi saya buatkan roti jala untuk dimakan bersama kari ayam semalam.

Kari ayam semalam memang sedap kalau kita makan bersama roti jala ke, roti gardenia ke atau roti canai sekali pun sebab kari yang dah semalam tu bahan2nya dah mesra dgn ayam yang kita masak. Jom tengok resepinya...






Resepi Roti Jala

Resepi:
3 cawan tepung gandum
3 cawan santan 
1 biji telur
1 sdt garam
3 sdb minyak masak
pewarna hijau
perisa pandan



Cara membuatnya:

1. Gaul semua bahan, kemudian blender hingga sebati. 
   Kemudian tapiskan.
2. Masukkan kedalam botol acuan.
3. Panaskan kuali non stik, kemudian kiraikan roti 
   seperti jala. Biarkan dua hingga tiga minit. 
   Bila roti dah masak, angkat dan gulungkan.



Resepi Kari Ayam

Bahannya:
500 gm ayam
santan
rempah kari daging
kerisik
bawang merah (dihiris halus)
bawang putih (dihiris halus)
halia (dihiris halus)
rempah 4 sekawan
daun kari
minyak untuk menumis
kentang

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan, kemudian 
   masukkan bahan hiris. Biar hingga layu.
2. Masukkan pula rempah kari daging, biar sebentar 
   kemudian masukkan ayam. Kacau hingga sebati 
   dengan rempah.
3. Masukkan lgi kentang serta kerisik. Kacau lagi 
   hingga ayam menngeluarkan airnya.
4. Masukkan air serta santan. Masukkan santan. Masak 
   hingga kentangnya empuk.
5. Bila kentang dah empuk perasakan den garam 
   serta serbuk perasa jika suka. Bila sudah secukup 
   rasa, barulah diangkat untuk dihidangkan.




Rabu, 9 Jun 2021

Kerabu Ulaman

 Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua sahabat, moga sihat selalu.

Hari ni buat kerabu ulam pegaga, pucuk ceylon serta kacang panjang. Mulanya nak buat sambal belacan, dipikir2 buat kerabu saja lah sbb dah lama tak makan kerabu. Kebetulan pula ada bahannya. Maka jadilah kerabu ulaman.

Sebenarnya buat kerabu ni mudah ja, boleh gunakan macam-macam ulam-ulaman. Kali ni saya guna ulam kacang panjang, pucuk ceylom serta pucuk pegaga. Kebetulan itu ja yang ada. Jom lah tengok resepinya...



Resepi Kerabu Ulaman

Bahan-bahan:

pucuk ulam (pucuk pegaga, pucuk ceylom dan kacang panjang)

sedikit kelapa parut

sedikit kerisik

Bawang kecil (dihiris halus)

sambal belacan

udang kering sangai

gula garam

limau nipis atau limau kasturi



Cara membuatnya:

1. Hiris kacang panjang, pucuk ceylom serta pucuk 

   pegaga. Masukkan dalam satu bekas.

2. Masukkan semua bahan lain seperti kelapa parut, 

   kerisik, sambal belacan, hirisan bawang kecil, 

   gula, garam, serta perahan limau nipis.

3. Gaul hingga bercampur. Rasakan, bila dah cukup rasa 

   boleh dihidangkan bersama lauk pauk lainnya.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta lauk lainnya.



Selasa, 8 Jun 2021

Laksa Johor Sedap

 Assalamualaikum...

Bertemu lagi dengan sahabat Diari Diela, semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu.

Hari ni teringin nak makan laksa Johor pulak, dah lama tak buat. Terus ke pasar segar berdekatan, beli apa yang patut. Balik teruslah bersilat kat dapur, maka terhasillah laksa Johor.

Kali ni saya cuba resepi dari Che Nom, youtuber yang tengah famous sekarang. Apa-apa pun, terima kasih che Nom atas resepi laksa Johor yang sangat sedap ini.


Resepi Kuah Laksa

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung, rebus dan asingkan isi. Simpan air rebusan.
santan, dari 1 biji kelapa
2 sudu besar rempah kari daging
minyak masak
1 batang serai, dititik
3 sudu besar kerisik
1 ikat daun kesum 
1 kuntum bunga kantan, belah 4
5 helai daun pudina, hiris nipis (jika suka)
2-3 kepingan asam keping
gula melaka
garam


Bahan kisar A:

1.5 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
15- 20 tangkai cili kering, buang biji dan rendam air panas
8-10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai, hiris nipis
1 sudu besar belacan bakar
1 1/2 sudu besar udang kering, rendam sampai lembut

Bahan kisar B

isi udang, anggaran semangkuk kecil
100g isi ikan kurau masin, rendam sampai lembut.
isi ikan rebus (dari bahan atas)

Cara masak kuah laksa:

1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar halus 

   hingga naik bau.

2. Masukkan serai yang dititik dan serbuk kari. 

   Teruskan kacau di atas api perlahan sehingga pecah 

   minyak dan garing.

3. Masukkan pula Bahan Kisar Halus B, bersama air 

   stok udang dan air rebusan ikan. Masak sehingga 

   kuah mendidih.

4. Masukkan santan, kerisik, daun kesum, bunga kantan, 

   daun pudina, asam keping, gula melaka dan garam 

   secukup rasa.

5. Renehkan kuah di atas api perlahan sehingga mencapai 

   tahap kepekatan yang sesuai.



Bahan untuk hiasan/ulaman:

timun, buang kulit dan biji,hiris nipis
taugeh, buang ekor (tak letak)
daun kesum, hiris nipis
kacang panjang, hiris dadu
bawang besar, hiris nipis
limau kasturi



Bahan untuk sambal belacan:

6-8 biji cili merah
10-15 biji cili padi
2 ulas bawang putih
belacan bakar, sebesar ibu jari
air perahan jus limau kasturi
garam dan gula secukup rasa

Cara untuk sambal belacan:

Kisar cili merah, cili padi, bawang putih dan belacan. Tidak perlu letak air dan jangan kisar terlalu halus.

Perah jus limau kasturi dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang.



Bahan untuk spaghetti:

1 paket spaghetti
1 sudu besar garam
air secukupnya
sedikit minyak

Cara masak spaghetti:

1. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan garam 

   dan spaghetti kering. Rebus mengikut arahan di paket.

2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak supaya 

   tidak melekat.

Cara Menghidang:

Masukkan spagetti kedalam mangkuk, letakkan kuahnya. Kemudian masukkan ulam-ulaman serta sedikit sambal belacan, perahkan limau. Sedia untuk dimakan.




Khamis, 3 Jun 2021

Sayur Lemak Tauge

 Assalamualaikum semua...

Selamat petang... semoga anda sihat juga ya hari ni.

Hari ni saya hanya masak tauge masak lemak je untuk makan tengahari ni. Sayur yang orang paling tak suka, tapi banyak khasiatnya. Tapi kalau dimasak kena dengan padanannya, mau berpinggan juga habis nasi.


Resepi Masak Lemak Tauge

Bahan-bahan:

tauge

santan

1 keping tauhu (dipotong)

sedikit ikan bilis

garam 

gula

bawang merah (dihiris halus)

cili merah (dihiris)


Caranya:

1. Masukkan tauge, santan, bawang merah, tauhu, ikan 

   bilis ke dalam periuk. Kemudian masak hingga 

   mendidih. Kacau selalu supaya santan tidak pecah.

2. Masukkan gula, garam serta serbuk perasa jika suka.

3. Akhir sekali masukkan cili potong.

4. Bila dah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama ikan goreng serta ulam-ulaman.



Southern Yellow Chicken Rice

 Assalamualaikum sahabat semua...

Selamat malam dan selamat beristirehat buat sahabat Diari Diela semua, moga anda sihat dan baik-baik saja di ketika ini.

Hari ini saya masak southern yellow chicken rice. Kadang-kadang buntu juga memikirkan nak masak apa setiap hari. Time PKP ni, nak makan kat luar tak boleh, kena lah masak kat rumah. Apalagi kalau ahli keluarga ramai, terpaksalah masak tiap hari.

Masak nasi ni mudah ja tak payah nak masak lauk bagai, Dah lengkap dengan lauknya sekali. Memang sedap nasi ni, ada rasa kari sikit sbb kita gunakan serbuk rempah kari.

Saya gunakan resepi dari Zila Forever. Terima kasih Zila sharekan resepinya. Izinkan saya share resepinya pula disini.


Resepi Southern Yellow Chicken Rice

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 sdk garam
1/2 sdt serbuk kunyit
1/2 sdt serbuk kari

Caranya:
1. Ayam dipotong dan dibersihkan, gaul bersama garam, 
   serbuk kunyit serta serbuk kari. Perapkan seketika,
   kemudian goreng separuh masak.
2. Angkat dan ketepikan.


Bahan Nasi:

1 sudu rempah kari 
1 inci halia-tumbuk kasar 
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar 
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar 
1/2 labu bawang besar-potong dadu 
2 inci kulit kayu manis 
2 biji buah pelaga 
3 kuntum bunga lawang, 
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam 
2 bay leaves 
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (saya guna beras biasa)
tambah air mengikut sukatan memasak nasi biasa 
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan 

untuk menumis boleh gunakan minyak sapi atau minyak masak biasa

Caranya:
  1. Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis uah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah tadi. 
  3. Tuangkan 1/2 susu cair dan air mengikut sukatan seperti memasak nasi biasa.
  4. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
  5. Masak nasi hingga masak. 
  6. Setelah siap bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

 

Sedap dimakan ketika masih panas-panas.