Khamis, 29 Januari 2015
Hadiah Birthday Dari Acik Watie
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman, semoga anda semua akan lebih ceria dihari ini dan hari-hari seterusnya. Alhamdulillah dua hari yang lepas saya ada menerima surat dari encik postman. Bila dibuka je, sukanya saya kerana menerima hadiah birthday dari Acik Watie dalam segmen Giveaway Birthday We Alls berupa fridge magnet.
Terima kasih banyak-banyak Acik Watie kerana bermurah hati memberikan hadiah birthday sempena ulangtahun kelahiran saya pada 17 hb February yang lalu. Saya doakan semoga Acik Watie dimurahkan rezeki serta bisnessnya akan bertambah maju suatu hari nanti.
Selasa, 27 Januari 2015
Berkelah di Riverside, Janda Baik.
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam bahagia teman-teman pengunjung blog Diari Diela, semaga anda semua berbahagia selalu diketika ini.Hari minggu kelmarin, kami sekeluarga serta kelab kereta OPZON mengadakan perkelahan di Riverside, Janda Baik. Dah lama sebenarnya kelab ni tak bercuti bersama. Alhamdulillah sempat juga menghadirkan diri berkelah bersama mereka.
Deretan kereta Zafira dan Nabira.
Masing-masing sedang menjamu selera dengan bekalan yang dibawa (Potluck). Ada yang buat barbeque ayam dan kambing.
Ezzati dan Siti baru je sampai, masih malu-malu lagi dengan kawan-kawannya.
Mag dan Omee sedang menjamu selera.
Kaum bapa dah mula turun ke dalam air, siap buat benteng lagi.
Sebelum pulang kaum bapa bergambar bersama.
Sungainya pun taklah terlalu dalam sangat, so sesuailah untuk membawa anak-anak kecil bermandi-manda. Best juga sekali sekaladapat berjumpa begini.
Jumaat, 23 Januari 2015
Giveaway Travelog Oman IIUM By Blog Iqa
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Masih sempat lagi join giveaway anjuran Dik Iqa ni. Jomlah teman-teman ikut join sekali bagi memeriahkan lagi giveaway adik kita ni. Jika teman-teman nak ikut join kenalah klik kat banner.
Tarikh tamatnya:
26 hb January 2015
Rabu, 21 Januari 2015
Damainya Pemandangan Sawah Padi di Kampungku
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Sewaktu pulang ke kampung tempohari sempat juga saya meninjau melihat keindahan sawah padi di kampungku, di negeri Jelapang Padi. Terasa indah dan tenang je melihat kehijauan padi yang sedang berbuah.
Sebenarnya saya ni adalah salah seorang dari anak petani. Bapa dan ibu saya adalah seorang petani(pesawah padi). Jadi kalau dulu-dulu tu bila bapa membajak sawah menggunakan kerbau, kami anak-anak disuruh merumput, menanam padi, mengerat serta membanting padi. Sekarang ni semua kerja-kerja tu sudah menggunakan jentera seperti traktor (untuk membajak sawah) dan mesin padi (untuk menuai padi). Itu semua dah tinggal kenangan.
Kat belakang tu, ada petak sawah yang tidak ditanam padi, Sebenarnya baru-baru ni banjir sedikit di kawasan ini,
jadi padi benih yang ditabur tenggelam, maka
tiada lah pokok padinya.
Dihujung sawah tu.... dilihat seperti kampung adalah Pondok Tanah Merah, Pendang.
Buah padi tu memang lebat. Bak kata pepatah ikutlah resmi padi semakin menunduk, semakin berisi. Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung.
Dilihat perumahan tu adalah Pekan Tanah
Merah, Pendang.
Merah, Pendang.
Damainya rasa bila melihat sawah padi yang terbentang luas dan menghijau. Sekali tengok
macam padang rumput pun ada.
Rabu, 14 Januari 2015
Kuih Apam Pisang
Assalamualaikum wrh... wbr....
Salam bahagia teman-teman pengungjung blog Diari Diela, semoga anda semua berada dalam lindungan Allah selalu. Sudah berapa lama blog ni tidak berupdate, bukan apa di awal persekolahan memang sibuk sedikit menguruskan kemasukan anak ke tingkatan 1 ke sekolah asrama, membeli barangan keperluan apa-apa yang patut. Alhamdulillah dah selesai pun bab tu, anak pun dah hampir seminggu masuk belajar, mudah-mudahan ia dapat menyesuaikan diri dan terus betah bersekolah di sana. Anak yang ke empat pula baru je masuk darjah satu, jadi buat permulaan ni kenalah tengok-tengokkan dulu. Maklumlah mereka ni baru je masuk alam persekolahan. Semuanya perlu belajar nak menyesuaikan diri bukan sahaja di dalam kelas tapi juga diluar kelas.
Berbalik pula mengenai masakan, malam tadi saya buatkan kuih apam pisang. Memandangkan pisang pemberian emak dari kampung kelmarin masih lagi berbaki, daripada rosak saya cuba buatkan kuih apam pisang untuk sarapan pagi ni.Memang sedap rasanya. Apamnya pun sangat lembut dan gebu.saya cuba dari repi Zana's Villa. Terima kasih atas perkongsian resepinya. saya copykan kat sini pula untuk rujukan akan datang.
Resepi Kuih Apam Pisang
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder
2 biji telur gred A
100 ml minyak jagung / mentega cair
1/4 cawan gula (saya guna gula perang)
4 biji pisang sederhana besar
1/2 sdt bikarbonate soda
secubit garam (disatukan dan dilecek hingga
halus)
Cara membuatnya:
1. Pukul minyak, gula, telur hingga sebati
menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek,
gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau
hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan
kegemaran, sapu dengan sedikit minyak pada
acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam
3/4 penuh dan kukus 12-15 minit. Buat
hingga siap. Balut penutup kukus dengan
kitchen towel untuk mengelakkan air menitis
di atas apam.
3. Keluarkan dari acuan dan boleh dihidangkan
bersama kelapa parut atau boleh dimakan
begitu sahaja.
Selasa, 13 Januari 2015
Segmen GA Jalan-Jalan Tambah Kenalan By Ema Hasan
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Tarikh tamatnya 19hb January 2015.
Hadiahnya :
1. RM 30 X seorang
2. RM 20 X seorang
3. RM 10 X 3 orang
Langgan:
Catatan (Atom)