Ahad, 25 November 2012

Tidak Ada Milik Kita

Assalamualaikum wrh wbr...




Apalah yang hendak kita banggakan
Apa yang ada ini
Tidak ada satu pun milik kita
Bangga dengan cantik
Megah dengan kekuatan diri
Kuasa yang tinggi
Bukankah itu semuanya 
Ciptaan Tuhan
Anugerah dan keizinan-Nya
Ilmu yang ada
Bukankah ini dapat melalui saluran otak
Makhluk-Nya 
Ilmu itu juga dari-Nya
Terpesona dengan rumah yang besar
Gedung yang indah
Bahan kayunya, bahan simennya
Bukankah dari ciptaan-Nya juga
Bermegah dengan kereta yang menjalar
Bahan buatannya bukankah ciptaan Rabbul Alamin
Oleh itu
Mana kekuatan kita
Mana milik kita
Mana? Mana kita punya?
Tidak ada sebenarnya
Oleh itu jangan kita selalu berbangga.  

          

Rabu, 21 November 2012

Novel Bisikan Rindu

               
            Assalamualaikum wrh wbr...

      Salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Kali ini  pula mengenai novel pilihan saya yang bertajuk Bisikan Rindu, hasil penulisan Mimie Afinie. Sebenarnya novel ni dah lama sangat dalam simpanan saya. Dah banyak kali dah khatan. Almaklumlah kalau duduk saja-saja tak ada apa nak buat, saya belek-belek lah novel. Best jugak jalan ceritanya...




Serba sedikit lah tentang sinopsis novel ini:

      Antara Syahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak dan sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan.

      Sesaat mana pun cinta Syahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Sehari tidak berjumpa ibarat setahun lamanya. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.
      Akhirnya Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki  yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segala-galanya.....
      Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak diduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan. Gembira atau duka?
Sekiranya ingin tahu cerita penamatnya, kenalah baca novel ini.



Ikan Kembung Masak Singgang

               
         Assalamualaikum wrh... wbr...
  
    Salam  sejahtera kepada anda semua dan selamat bercuti kepada anda yang sedang bercuti sempena cuti persekolahan yang agak panjang ini. Entri kali ini mengenai masakan iaitu ikan kembung masak singgang. Mereka yang sedang berdiet, eloklah masak masakan  sebegini kerana ianya tidak mempunyai minyak, baik untuk kesihatan. Apa lagi  dimakan bersama ulam dan sambal belacan. Peergh... memang sedap. Masakan ini memang senang dimasak. Masukkan bahan-bahannya dan teruslah dimasak. Lihatlah bahan-bahannya...



Resepi Ikan Kembung Masak Singgang

Bahan-bahan:

3 ekor ikan kembung
sedikit kacang bendi
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (dititik)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 keping asam keping
Air untuk kuahnya
garam 
sedikit gula

Cara memasaknya:

1. Masukkan semua bahan di dalam periuk, 
   kecuali garam dan gula. Kemudian masuk-
   kan air. Masak diatas api sederhana 
   sehingga mendidih.
2. Masukkan pula garam dan gula secukup 
   rasa. Rasakan masin manisnya. Bila dah 
   secukup rasa, barulah di angkat untuk di-
   hidangkan.






Jumaat, 16 November 2012

Sagun

          
        Assalamualaikum wrh wbr.....

   Salam sejahtera kepada kawan-kawan semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. Teringat masa kecik-kecik dulu, makanan kegemaran iaitu sagun. Tiap hari pasti beli sagun ni. Kalau silap-silap makan sampai tersedak-sedak. 


   Sekarang ni kalau nak makan, kenalah buat sendiri. Bahannya pun tak banyak dan mudah disediakan. Saya ambil dari SUHAILI MY RESEPI. Terima kasih atas resepinya, izinkan saya copykan kat sini pula untuk rujukan saya nanti.....


Resepi Sagun

Bahan bahan:

1 biji kelapa parut
200 gm tepung beras
50 gm tepung pulut
80 gm gula halus

Cara membuatnya:

1. Goreng kelapa parut hingga separuh kering 
   atau hingga wangi.

2. Kemudian masukkan tepung beras dan 
   tepung pulut.

3. Goreng semuanya hingga garing dan ber-
   derap dgn api perlahan selama 20 hingga
   25 minit.

4. Sejukkan dahulu baru digaul dengan gula 
   halus.

5. Kemudian baru dibungkus atau siap dimakan.





Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

         
                  Assalamualaikum wrh wbr....

            Salam maal Hijrah kepada semua umat Islam. Hari ini merupakan 1 hb Muharram 1434 Hijrah. Bermakna kita sudah pun melangkah masuk ke tahun baru dalam Islam iaitu tahun Hijrah. Maal Hijrah ini mengingatkan kita kepada peristiwa perpindahan nabi kita Nabi Muhammad saw dari kota Mekah ke kota Madinah.



            Marilah kita sama-sama membacakan doa akhir tahun serta doa awal tahun.

 Inilah doa akhir tahun



                                         
Inilah doa awal tahun



           Selain itu marilah kita sama-sama melakukan penghijrahan diri kita dari kehidupan yang baik kepada kehidupan yang lebih baik. Mudah-mudahan kita berazam supaya segala hasrat dan cita-cita kita akan tercapai dengan sebaik-baiknya. Insyaallah....


           Satu Muharam detik permulaan

     perkiraan tahun Islam hijrah
     perpindahan nabi dan umat Islam 
     dari kota Mekah ke kota Madinah
     
     Atas keyakinan dan iman yang teguh 
     kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
     rela berkorban harta dan nyawa
     demi menegakkan Islam tercinta

     Hijrah itu pengorbanan

     hijrah itu perjuangan 
     hijrah itu persaudaraan
     hijrah membentuk perpaduan

     Oleh itu mari semua 

     kita sambut maal hijrah
     Tingkatkan semangat 
     tegakkan syiar Islam
     untuk sepanjang zaman.




Jumaat, 9 November 2012

Happy Birthday Nurul Ezzati

           
                 Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam penuh keceriaan di hujung minggu ini, semoga semuanya ceria-ceria selalu di samping keluarga tersayang. Kita sudah pun berada di musim cuti persekolahan. Saya kira mungkin ada di kalangan ibubapa yang merancang akan bercuti ke destinasi-destinasi masing-masing. Walau apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada semua.


       Di samping itu juga saya ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada anak saya yang keempat NURUL EZZATI BT. MOHD RAHIMI sempena berumur genap empat tahun semalam pada 9hb November 2012.



        Kek birthday untuk Nurul Ezzati. Sorry photonya kurang jelas sedikit. Mama doakan semoga Nurul Ezzati sihat walafiat, panjang umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik dan solehah serta menjadi orang yang berguna kelak. Insyaallah...



Selasa, 6 November 2012

Khasiat Air Putih

           
         Assalamualaikum wrh wbr.....


      Bersua lagi di entri kali. Kali ini, mengenai kebaikkan air putih kepada tubuh badan kita. Tak semua orang suka meminum air putih ni. Biasanya kita suka minum minuman yang manis atau minuman yang berperisa. Minuman ini mempunyai kandungan gula yang tinggi yang mana ianya akan mudah mengundang penyakit diabetis sekiranya tidak dikawal. So, lebih baik kita meminum air putih kerana ianya dapat mengelakkan dari penyakit merbahaya. Badan kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.


Inilah kebaikkan daripada meminum air putih:

1. Dapat menguruskan badan.

2. Dapat meningkatkan kesuburan.

3. Melancarkan sistem pencernaan.

4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang
   menyebabkan kanser.

5. Untuk perawatan kecantikkan.

6. Supaya tubuh badan lebih segar dan sihat.

7. Untuk menyihatkan jantung.

8. Ubat kepada penyakit stroke.

Info lain:
- Meminum 2 gelas air selepas bangun tidur 
  dapat membersihkan organ-organ dalaman.

- Meminum air 30 minit sebelum makan dapat 
  membantu  fungsi seluruh pencernaan dan 
  juga buah pinggang, selain dapat mengelak-
  kan makan makanan secara berlebihan.

- Minum segelas air sebelum mandi dapat me-
  nurunkan tekanan darah.

- Minum segelas air sebelum tidur, dapat men-
  cegah serangan jantung.

     Minumlah air putih secukupnya iaitu sebanyak 8 gelas sehari untuk kebaikkan tubuh badan kita, disamping dapat mencegah penyakit-penyakit yang merbahaya.


sumber- internet

Ahad, 4 November 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM

           
             Assalamualaikum wrh wbr.....

         Bertemu lagi di entri kali ini. Saya ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada anakanda Zohar Sathori Bin Mohd Rahimi. Hari ini merupakan hari pertama beliau berjuang dalam peperiksaan tersebut. Semoga akan mendapat kejayaan yang cemerlang nanti.




            Juga kepada adik-adik yang sedang berjuang menduduki peperiksaan diucapkan  semoga  dapat menjawab kertas soalan dengan sabar dan tenang. Disamping itu jangan lupa berdoa kepada yang maha esa, semoga ilmu yang kita pelajari akan diberkati oleh Allah serta akan memberi manfaat kepada kita.
      Sebagai seorang penjaga atau ibu bapa sudah semestinya mengharapkan kejayaan dipihak anak kita. Ibu bapa juga berperanan menyokong atau memberi dorongan kepada anak-anak. Mudah-mudahan apa yang dicita-citakan oleh anak-anak kita akan beroleh kejayaan kelak. Insyaallah....






Jumaat, 2 November 2012

Jalan-Jalan ke Kolam Air Panas Pedas

   
          Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam sejahtera kepada anda semua. Minggu lepas kami sekeluarga sempat jalan-jalan ke Wet World Pedas, Negeri Sembilan bawa anak-anak mandi-manda di sana. Suka sangat mereka, kalau dah dapat berendam dalam air. Biasanya kita suka juga bawa anak-anak mandi-manda, kalau tak mandi laut ke Port Dickson, mandi sungai ke Hulu Langat. Kali ini pergi mandi-manda ke kolam air panas pula. 


     Di Wet World Pedas ini terdapat kolam air panas. Best juga selepas berendam air sejuk, dapatlah berendam air panas pula. Bayaran masuk pula dikenakan sebanyak RM12 bagi orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. 



Bergambar kat depan pintu gerbang Wet World Resort Air Panas Pedas.




         
            Inilah kolam air panas yang terdapat di Wet World Pedas. Sewaktu kami datang ke sana, air di dalam kolam ini terlalu panas sangat, kerana baru lepas gempa bumi.