Selasa, 29 April 2014

Segmen: Ayu Insyirah Mencari Rakan Blogger Baru dan Lama


         Assalamualaikum wrh... wbr...



         Kali ini saya ikut menyertai lagi segmen yang dianjurkan oleh Ayu Insyirah iaitu segmen Ayu Mencari Rakan Blogger Baru dan Lama. Jika teman-teman nak ikut join bolehlah klik kat banner. 
        Saya mula berblog pada tahun 2011.



Jumaat, 25 April 2014

Giveaway Fanylover.me


        Assalamualaikum wrh... wbr...



         Join giveaway lagi.... sekadar suka-suka je. Lagi pula untuk memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh adik Ainza Zakaria ni. Kalau teman-teman nak ikut join bolehlah klik kat banner. 
   
       Tarikh tamatnya 29hb April 2014.




Khamis, 24 April 2014

Hadiah Dari Lahad Datu, Sabah.


            Assalamualaikum wrh wbr....

        Salam di hari Jumaat yang penuh barokah ini. Alhamdulillah syukur kerana masih lagi dapat bernafas di dunia ini serta masih lagi dapat menikmati kehidupan di muka bumi Allah ini. Hari ini bukanlah nak cerita tentang masak-memasak, cuma entri kali ini mengenai hadiah dari Amie's Little Kitchen sempena dengan Peraduan Amie's 1st Giveaway Debaran Menanti Kelahiran sudah selamat sampai ke tangan saya. Jauhnya.... melintasi Laut Cina Selatan lagi.






         Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada Amie diatas susah payahnya menghantar hadiah serta cenderahati kepada saya. Sebenarnya bukan kemenangan atau hadiah yang saya harapkan, cuma sekadar ingin memeriahkan giveaway yang dianjurkan oleh Amie sahaja.
Alhamdulillah rezeki nampaknya. Suka sangat dengan hadiahnya seutas rantai tangan mutiara, sehelai kain batik tenunan Borneo, fridge magnet serta keychain dari Sabah.

         Saya doakan semoga Amie sekeluarga beroleh kebahagiaan serta dimurahkan rezeki selalu. Mudah-mudahan suatu hari nanti saya akan dapat menjejakkan kaki ke sana, negeri dibawah bayu....Insyaallah.


Rabu, 16 April 2014

Agar-agar Susu dan Milo


              Assalamualaikum wrh... wbr...

     Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman ceria selalu hendaknya. Hari ini cuaca panas sangat, kalau makan sesuatu yang dapat menyejukkan tekak kan.... best.

Google punya google terjumpalah resepi agar-agar milo susu dari  DAPUR GEE HUT. So.... saya cubalah buatkan agar-agar ini. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini. Izinkan saya simpan resepinya di sini pula.... ya. Lihat lah resepinya yang agak mudah ini.


Resepi Agar-agar Milo Susu

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar tali
400 ml susu sejat
800 ml air
1 helai daun pandan
1/4 cawan gula pasir
3 sdb milo
secubit garam



Cara membuatnya:

1. Satukan serbuk agar-agar dan gula, masak 
   di atas api, kacau rata. Tuang susu sejat 
   dan air. Masukkan  daun pandan, masak 
   hingga mendidih. Gunakan  api sederhana 
   dan kacau selalu hingga agar-agar larut. 
   Keluarkan daun pandan.

2. Bahagikan 2 adunan tadi, satu bahagian 
   ditambah dengan milo dan satu bahagian 
   lagi masukkan sedikit garam. Kacau rata
   dan tuangkan ke dalam periuk berasingan, 
   biarkan api kecil.
3. Ambil 200 ml adunan, tuang ke dalam
   loyang dan biarkan beku. Apabila telah 
   beku, potong dalam bentuk dadu.

4. Tuangkan bancuhan susu ke dalam loyang 
   dan masukkan pula agar-agar yang dipotong
   dadu. Sejukkan hingga keras. Simpan dalam
   peti sejuk hingga betul-betul keras.
   Potong dan bolehlah dihidangkan.


Selasa, 15 April 2014

1st Givveaway By Dianarashid.com


     Assalamualaikum wrh wbr.....



        Teringin nak mencuba lagi menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Dianarashid.com ni. Manalah tahu untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Apa-apa pun kita hanya mencuba, di samping untuk memeriahkan lagi segmen ini. Jika teman-teman nak join juga boleh lah klik kat banner.... ya.

Syarat-syaratnya:
1. Blogger dalam Malaysia dan beralamat 
    di Malaysia.
2. Buat entry tajuk '1st Giveaway by 
    Dianarashid.com'.
3. Letak banner kat atas dalam entry tersebut 
    dan link kan ke entri blog penganjur.
4. Like facebook page dan follow blog semua 
    penaja termasuk blog penganjur.
5. Tinggalkan link entry di kotak komen 
    pada blog penganjur.


    Tarikh tutup penyertaan 1 hb Mei 2004, jam 12.00 malam.




Jumaat, 11 April 2014

Majlis Pertunangan Anak Saudara


        Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia teman-teman semua di dunia maya ini, semoga sihat-sihat sahaja hendaknya di ketika ini. Minggu kelmarin adalah majlis pertunangan anak saudara sebelah my hubby. Jadi, kami berkesempatan ikut serta majlis pertunangan tersebut di Jugra, Banting.





Barangan hantaran kedua-dua belah pihak. Warna purple tu adalah dari pihak lelaki dan selebihnya adalah dari pihak perempuan kepada pihak lelaki.


         Sementara menunggu saudara yang lain bersiap untuk berangkat ke majlis tersebut, masing-masing berborak dahulu.


Ibu dipihak bakal pengantin lelaki menyarungkan cincin kepada bakal menantunya.




Bakal pengantin perempuan.






Alhamdulillah... setelah selesai sarung cincin, kami rombongan peminangan dihidangkan dengan juadah makanan yang sedap. Masing-masing dah kenyang semua.


        Kemudian dah tiba masanya meminta diri untuk pulang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Apa-apa pun Selamat Bertunang diucapkan kepada anak sudara Mohd Syuib dengan pasangannya Diyana, semoga ikatan pertunangan mereka berakhir di jinjang pelamin, insyaallah.


Rabu, 9 April 2014

Segmen Blogwalking Bersama cikgu ayu


        Assalamualaikum wrh... wbr...



Masih belum terlambat untuk menyertai segmen blogwalking yang dianjurkan oleh Cikgu Ayu ini. Jadi, sebelum terlambat cepat-cepatlah join teman-teman semua. Kepada sesiapa yang nak join bolehlah klik kat banner di atas. 

Tarikh tutupnya hari Isnin 14hb April 2014, jam 10.00 malam.

Feri Pulau Pinang


           Assalamualaikum wrh.... wbr....

       Belum habis lagi mengenai cerita balik kampung tempohari, on the way balik ke KL, sempat lagi singgah kat Penang sekali lagi. Oleh kerana sewaktu ke Penang tempohari, tak sempat nak naik feri disebabkan kesuntukkan masa dan terkejar-kejar pula nak hantar abangnya naik bas lagi pula beratur pajang waktu itu. Jadi adik-adiknya masing-masing merungut tak dapat naik feri.


      Oleh kerana kesiankan juga mereka ni, yang nak merasa sangat naik feri maka bapanya bawalah singgah sekejap naik feri ke pulau.



Feri kat jeti sebelah.




Sempat lagi bergambar kat atas feri tersebut.


Kelihatan kapal-kapal kat tengah laut.



Pemandangan kat pulau diambil dari atas feri.

    Sukanya anak-anak dapat juga naik feri. Bukan tak pernah naik feri pun sebelum ni, tapi dah lama, dulu sewaktu mereka masih kecil-kecil lagi.

Selasa, 8 April 2014

Kuih Talam Pandan


        Assalamualaikum wrh wbr....

    Teringin nak makan kuih talam pandan, so hari ni try buat. Alhamdulillah, okey menjadi juga. Cuma potongannya kurang cantik. Saya cuba kuih ni dari resepi Yati Memories. 


    Terima kasih di atas resepinya, izimkan saya copykan resepinya kat sini pula ya....




Resepi Kuih Talam Pandan

Bahan-bahan:

Bahan-untuk lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
1sdb tepung jagung
1/2 cawan gula (tambah 2 sdb lagi)
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
1 sdb air kapur


Cara memasaknya:

1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak 
   pada loyang dan kukus sebentar.

2. Masukkan semua bahan lapisan bawah 
   ke dalam mangkuk dan kacau rata. 
   Tapiskan.

3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap 
   dalam 10 minit dan kacau sentiasa.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan 
   kukuskan sehingga masak anggaran selama 
   20 minit.

5. Sementara itu, bolehlah sediakan bahan 
   lapisan atas.


Bahan untuk lapisan atas:

1/2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan sederhana pekat
1 sdk garam

Cara memasaknya:

1. Gaulkan bahan lapisan atas dan tapiskan.

2. Masakkan sekejap adunan di atas api 
   perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan 
   ini tidak berketul (dalam 10 minit).

3. Bila adunan lapisan bawah telah siap,
   cakarkan sedikit dengan garpu dan
   tuangkan adunan lapisan atas ke atas
   lapisan bawah tadi.

4. Sekiranya ada air atas lapisan itu,
   bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu 
   dan cakarkan.

5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap
   angkat dan sejukkan.

6. Biarkan betul-betul sejuk sebelun di
   potong dan dihidangkan (potong guna pisau 
   plastik/ pisau kek).


Ahad, 6 April 2014

Sayur Rebus Kerang


         Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bertemu lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu. Kelmarin saya sempat pergi ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur kerana peti sejuk pun dah mula kosong. Jadi sekali sekala kenalah ke pasar membeli barangan dijadikan stok untuk seminggu. Dah lama tak makan kerang. Bila terpandang saja kerang, teruslah saya belikan. Anak-anak memang tak suka makan kerang, kata mereka tak sedap. Jadi saya belikan sedikit sahaja. 


   Kerang ini boleh dimasak pelbagai jenis lauk. Seperti dibuat sambal tumis, rendang dan ada juga direbus dan dicicah dengan air asam. Saya lebih suka dimasak sayur rebus sahaja. Masaknya memang ringkas sahaja. Biasanya orang sebelah utara yang suka masak seperti ini. Mailah kita lihat resepinya yang ringkas ini...



Resepi Sayur Rebus Kerang

Bahan-bahan:

1 kilo kerang dicuci bersih
2 batang serai (diketuk)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 keping asam gelugur
3 biji cili api (diketuk)
garam dan sedikit perasa jika suka
air secukupnya untuk kuahnya



Cara memasak:

1. Di dalam periuk, masukkan kerang serta 
   bahan-bahan lain kecuali garam dan 
   perasa.

2. Masak di atas api sehingga ianya 
   mendidih. 

3. Apabila sayur sudah mendidih barulah 
   dimasukkan garam dan sedikit perasa jika
   suka. Rasakan ia, bila dah cukup rasa
   barulah diangkat untuk dihidangkan.

4. Boleh juga dihidangkan dengan air asam
   atau cili kicap.

Amie's 1st Giveaway : Debar Menanti Kelahiran


         Assalamualaikum wrh... wbr...


        Memang bagus juga giveaway yang dianjurkan 
oleh Ami's Little Kicthen ni, kerana setiap orang yang bergelar ibu mempunyai pengalaman yang sangat berbeza dan mempunyai kisah kelahiran anak yang tersendiri. 
     Begitu juga dengan saya yang mempunyai 4 orang cahayamata seorang lelaki dan 3 orang perempuan. Setiap orang anak pula dirasai proses kelahiran yang berbeza.
Alhamdulillah keempat-empat orang anak dilahirkan secara normal, tidak secara pembedahan.
     Di sini ingin saya kongsikan pengalaman melahirkan anak yang pertama (sulong). Selepas berkahwin saya dan suami terus berangkat ke Indonesia ( Tasik Malaya, Jawa Barat) bagi melanjutkan pelajaran di sana. Selepas 1 bulan usia perkahwinan saya terus mengandungkan anak pertama kami. Setelah lebih kurang 9 bulan lebih usia kehamilan tibalah tarikh jangkaan doktor. Pada tarikh 6hb Julai 1995, malamnya saya merasa senak dibhg perut, tapi sekejap datang dan sekejap juga hilang. Tetapi masih belum keluar apa-apa tanda (cecair atau darah).
     Oleh kerana rumah sakit besalin agak jauh, lebih kurang 45 minit perjalanan di Pekan Tasik Malaya, sebelum apa-apa terjadi maka saya terus dibawa ke rumah sakit bersalin swasta. Doktornya juga adalah seorang pakar sakit puan. Oleh kerana tekanan darah pun mendadak tinggi, maka doktor sarankan supaya diinduce. Jadi nurse memasukkan ubat bagi merangsang rasa sakit pada keesokkan harinya. Memanglah kesakitannya terasa amat kuat lebih daripada sakit bersalin biasa. Dibilik bersalin semuanya sudah bersedia manunggu saat untuk melahirkan. Jadi saya disuruh push oleh doktor dan dibantu pula dengan vakum pertama dan kedua kalinya. Tetapi vakumnya terlepas. Kata doktor masuk kali ketiga kalau tak berjaya juga, barulah akan dioperate. Masyaallah diwaktu itu, tak tahulah apa nak diucapkan lagi. Segala doa dan zikir juga keluar dari mulut ini. Dalam keadaan sakit yang tak terhingga itu, dalam hati sempat lagi berdoa. Ya Allah.... permudahkanlah kelahiran ini.
      Alhamdulillah push kali ketiga dan dibantu pula vakum oleh doktor, seorang bayi lelaki seberat 4.2 kg telah selamat dilahirkan lebih kurang  pukul 3 pagi pada 7hb Julai 1995. Apabila bayi keluar, kepalanya kelihatan agak lonjong. Lama kelamaan kepalanya menjadi seperti biasa tetapi masih ada warna kemerah-merahan bekas vakum tersebut. Bersyukur sangat-sangat kerana belum sempat dioperasi diketika itu. Mungkin disebabkan baby tu besar sangat, maka proses bersalin menjadi agak sukar dan agak lama. Itulah pengalaman saya melahirkan anak pertama dan pengalaman itulah masih saya ingat sehingga sekarang.



Inilah photo baby ketika masih bayi, ketika ini umurnya belum 40 hari.


Ini pula ketika berumur 6 bulan.



 Alhamdulillah sekarang dah berumur 19 tahun, dah besar panjang pun. Namanya Zohar Sathori bin Mohd Rahimi, diberi nama oleh seorang ustaz atau kiyai di sana.

Betul kata Amie, proses bersalin itu sangat sakit, sangat derita tapi bahagia akhirnya apabila melihat kehadiran seorang bayi yang comel anugerah dari ilahi.
Happy Birthday juga saya ucapkan kepada anak Amie, Firdaus. Semoga panjang umur, murah rezeki dan jadi anak yang soleh.

PS: Sebelum terlupa, saya memang minat dengan warna purple.



Jumaat, 4 April 2014

Kerabu Mangga Epal.


           Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia diucapkan kepada teman-teman semua didunia maya ini, semoga sukses selalu. Entri kali ini mengenai masakan pula, iaitu kerabu mangga. Saya dapat buah mangga epal ni dari rumah anak saudara. Nak menyicah garam pun dah larat dah, belum juga habis lagi buahnya maka saya buatkan kerabu mangga pula. Marilah kita lihat resepinya dulu ya...





Resepi Kerabu Mangga

Bahan-bahan:

2 biji buah mangga muda 
1 batang karot 
sejemput udang kering (digoreng tanpa
   minyak)
Kacang goreng (digoreng tanpa minyak
   dan ditumbuk halus)
3 ulas bawang kecil *
4 biji cili api *
1 batang serai *

gula dan garam secukup rasa



Cara membuatnya:

1. Buah mangga dan karot dikupas kulitnya
   serta diparut menggunakan pemarut.

2. Bahan yang bertanda * dihiris halus.

3. Semua bahan-bahan yang diparut serta 
   diris dimasukkan ke dalam satu bekas.

4. Kemudian masukkan udang kering kacang
   tumbuk, masukkan pula garam dan gula.
   Digaulkan supaya ia bercampur. Rasakan 
   gula dan garamnya. Siap untuk dihidangkan.


Masjid Terapung Tanjung Bungah, Penang.


         Assalamualaikum wrh wbr....

     Sambungan dari cerita tentang jalan-jalan ke Penang tempohari, setelah ke Batu Feringgi, on the way balik kami singgah dulu di masjid terapung Tanjung Bungah, Penang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim.


     Ketika kita ke sana dah masuk waktu asar, jadi air laut diwaktu itu surut di waktu petang. Tak nampak sangatlah masjid tu terapung. 



     Masjid ini dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 March 2007. Masjid ini juga memuatkan kira-kira 1500 jemaah dalam satu masa.


     Reka bentuknya sangat unik dan menarik hasil gabungan senibina tempatan dan Asia Barat.



 Permandangan bangunan hotel dilihat dari 
masjid terapung.


        Kedudukan masjid terapung ini memang sangat strategik sekali, dibina di tepi pantai menghala ke Batu Feringgi. Memang satu kemudahanlah kepada para pelancung dan penduduk di sekitarnya yang beragama Islam untuk beribadat.


Khamis, 3 April 2014

Jalan-jalan ke Batu Feringgi, Penang.


            Assalamualaikum wrh wbr.....

      Sambungan dari entri yang lalu mengenai jalan-jalan ke Penang, kami sempat juga bersantai-santai di Batu Feringgi. Hanya sekadar jalan-jalan dan berhenti rehat sahaja.




Dilihat seperti kapal layar ini sebenarnya 
adalah restoran.
                                                 


Kelihatan orang berjualan diwaktu petang.



    Pantainya berbatu-batu. Air laut begitu tenang di waktu petang. Sangat sesuai untuk berehat-berehat dan bersantai-santai bersama keluarga.
                                                                               



Tak dapat mandi dapat bergambar pun jadilah.