Selasa, 28 April 2026

Menu Makan Tengahari Nasi Ala Kakwok

 

Assalamualaikum...

Salam di petang Selasa yang sedikit mendung hari ini. Setiap petang di tempat saya selalu hujan. Alhamdulillah... kalau hujan sejuk sikitlah, tak lah terlalu panas.

Lamanya tak makan nasi kakwok. Nasi kakwok ni memang terkenal di sebelah pantai timur. Dulu waktu tinggal kat tempat lama, nak makan nasi kak wok, terus saja pergi beli sebab kedainya memang dekat dengan rumah. Tapi sekarang ni susah nak jumpa nasi kakwok ni. Orang-orang yang tinggal kat tempat sekarang ramainya orang indonesia.

Nak tak nak kenalah cuba masak sendiri. Lagi pun kat FB asyik dok tayang masakan nasi kakwok saja. So, kita cubalah masak hari ni. 


Lauk nasi kak wok ni, gabungannya ayam goreng, gulai ayam, sambal belacan serta hirisan timun. Tapi saya tak ada pula timun hari ni, maka makan lah dengan apa yang ada saja.




Lauk nasi kak wok ni, ayamnya dipotong kecil-kecil, digaul dengan kunyit serbuk, serbuk cili, tepung jagung serta sedikit garam. Digaul hingga bercampur rata dan perap sekejap, kemudian baru digoreng di dalam minyak yang panas.




Untuk gulainya pula, tumis bawang merah, bawang putih serta hirisan halia ke dalam minyak panas. Kacau hingga bawang layu sedikit. Masukkan pula rempah kari daging Faiza serta sedikit serbuk cili. Biarkan sehingga berminyak baru masukkan ayam.
Kemudian masukkan potongan kentang, karot, terung serta potongan kacang panjang. Masukkan juga santan serta asam keping. Masak hingga kuah medidih atau sehingga kentang lembut. Kemudian masukkan garam, gula juga serbuk perasa. Bila dah cukup rasa baru lah diangkat untuk dihidangkan.



Untuk sambalnya pula blender cili merah, sedikit cili api, belacan serta buah limau kasturi. Tapi saya tak ada buah limau pula, saya gantikan denga asam jawa saja. Kalau letak limau kasturi lagi wangi dan sedap.





Walau apa pun, alhamdulillah kenyang hari ni, terasalah seperti makan nasi kakwok kat kedai, terlepaslah rindu nak makan nasi kakwok.





Ahad, 26 April 2026

Minum Petang Dengan Jemput-jemput Sayur

 

Assalamualaikum...

Selamat behujung minggu sahabat semua. Moga hari ini, sahabat semua beroleh kesihatan yang baik serta berbahagia selalu di samping kerluarga tersayang.

Petang ni tetiba hujan panas. Biasalah kalau hujan-hujan ni perut pun jadi lapar. Jadi ghodek2 kat dapur, tengok tepung gandum masih ada. Jadi dapatlah minum petang dengan cok kodok sayur.




Saya buat cucur sayuq ni letak ja apa yang ada kat peti ais. Letak serba sedikit seperti ikan bilis, potongan karot, potongan kentang dan juga sedikit ikan bilis. Kemudian letak garam serta lada sulah. Masukkan tepung gandum, lalu letakkan air secukupnya. Bancuh tepung jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Pekatnya sedang-sedang saja.

Panaskan minyak, lalu goreng dengan minyak panas.



Bahan pencicahnya pula boleh sos cili dan juga mayonaise.






Petang semalam saya masak sambal bilis cili hidup. Buat banyak sikit sebab nak test berapa lama boleh tahan. Jadi kalau ibu-ibu yang bekerja, boleh masak sambal macam ni. Kalau balik tak ada idea nak masak, tinggal masak nasi, goreng telur pun dah boleh makan dengan sambal ni.





Jumaat, 24 April 2026

Check Up Encik Suami Di Hospital Serdang


 Assalamualaikum...

Salam Jumaat sahabat semua.

Hari ini saya dan suami serta si bungsu ke Hospital jantung Serdang untuk temujanji berjumpa doktor. Terpaksa cutikan sekolah si bungsu disebabkan tak ada yang hantar jemput pergi dan balik sekolah.

Saya juga terpaksa cuti dari bertugas hari ni. Alhamdulillah, rezeki juga dapat staf yang memahami dan boleh bertolak ansur.

Selalunya kalau ke Hospital Serdang saya akan meminta anak sulong tolong hantarkan ke sana. Tahu sajalah di sana parkingnya agak susah, dan terlalu penuh, kalau dapat parking pun terpaksa jauh kena berjalan.



Puas juga nak dapat jumpa doktor, lama menunggu. Pesakitnya tak lah ramai sangat, tapi bila jumpa doktor tu lama sangat. Kadang sorang pesakit jumpa doktor ambil masa setengah jam atau lebih.

Encik suami, jantungnya masih lagi agak lemah, jadi ada beberapa ubat terpaksa ditukar. 4 bulan lagi kena datang semula untuk ECO dan berjumpa doktor pakar kembali. Mudah-mudahan selepas ini, kesihatan jantungnya akan bertambah baik lagi.







Alhamdulillah urusan jumpa doktor dan urusan ambil ubat selesai hampir pukul 3 petang. Masing-masing dah kelaparan.


Balik terus singgah makan kat medan selera SS 19. Sebelum balik singgah di rumah makcik dulu.









Tengok laman rumahnya cantik dipenuhi bunga-bunga. Berposing dululah sebelum balik. Sampai rumah ngam-ngam waktu maghrib. Itulah kegiatan saya di hari ini. 



Khamis, 23 April 2026

Tahniah... Nurul Ezzati Dapat Anugerah


 Assalamualaikum...

Bersua lagi di entry kali ini.

Hari ni 23 hb April 2025. Alhamdulillah Nurul Ezzati dijemput untuk menghadiri majlis Anugerah Sanjungan Ilmu, di Dewan Hana, Sik, Kedah.

Jadi Ezzati diperbolehkan balik dari sekolahnya dua hari lebih awal daripada kawan-kawan yang lain. Minggu ni adalah minggu semua pelajar balik ke rumah masing-masing.



                      


                       



Hanya 3 orang pelajar cemerlang dari sekolahnya dijemput menghadiri anugerah tersebut.

Tapi saat-saat bahagia ini, tak dapat kami ibu bapanya menghadirkan diri ke sana disebabkan tugas dan juga perlu ke hospital untuk temujanji ckeck up bapanya.

Tapi hanya dapat dilihat dari jauh saja.  Alhamdulillah Ezzati ditemani oleh ibu dan bapa saudaranya. 


     




Alhamdulillah rezekinya hari ini dapat  naik ke pentas menerima hadiah wang RM1000 beserta sijil anugerah dari YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Bin Md Nor, Menteri Besar Kedah.





                     

                     


            Bersama Mak Ndaknya.

Semoga Ezzati terus cemerlang di masa akan datang serta berjaya dunia dan akhirat.




Rabu, 22 April 2026

Segmen Pencarian Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2026

 

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...

Join lagi segmen dari sahabat kita Aynora. Jom sama-sama kita meriahkan serta meramaikan lagi segmen dari beliau.

Mudah saja cara nak join, tak banyak syarat pun. Kawan-kawan yang nak join boleh klik kat banner di bawah untuk melihat syarat-syaratnya dan juga tarikh tamat segmen tersebut.



Biasalah mak-mak ni, kalau saya ke blog kawan-kawan suka lihat resepi atau menu-menu masakan. Kadang-kadang dari resepi menu masakan dapat juga idea nak masak.








Ahad, 19 April 2026

Tak Tahan Godaan Bila Melihat Bunga

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Di cuti hujung minggu ni, ramai yang ambil kesempatan berjalan-jalan bersama keluarga. Kalau saya hari ni habiskan masa di rumah saja.

Cuma pagi tadi keluar sekejap membeli nasi lemak untuk sarapan pagi. Kebetulan hari ni kakak yang jual nasi lemak kereta hijau kat depan pasar Bandar Country Homes, berniaga hari ni. Dapatlah bersarapan nasi lemak pagi tadi.

Cuma, kat sebelah keretanya tu ada orang vietnam menjual bunga. Ini lah yang tak tahannya. Setiap kali pergi mesti nak dibeli bunganya. Walau tak banyak, satu pasu sudah pasti... he he... tak tahan godaan betoi.


Siapa yang tak tergoda dengan kecantikkan bunga-bunga yang dijualnya, cantik-cantik dan segar-segar pula.





Selalunya nak beli bunga kena ke nursery Sungai Buloh. Sekarang ni tak payah ke sana lagi, dekat rumah pun boleh dapatkan bunga.


Macam-macam bunga ada, dari bunga indoor hinggalah bunga outdoor pun ada dijual di sini.





  











Hari ni saya tak beli sebab semalam saya dah beli satu jenis bunga. Hari ni hanya jamu mata saja.



Sabtu, 18 April 2026

Segmen Bloglist Raya 2026 bersama Faezah Mdnor

 

Assalamualaikum...

Salam di hari Sabtu yang cerah ini, moga sahabat semua sihat selalu.

Terjumpa segmen bloglist raya dari blogger Faezah Mdnor melalui blog Cie. Dah lama tak join segmen ni, maka saya juga ikut join segmen ni.




Kawan-kawan yang nak join, boleh klik kat banner untuk tahu apa syaratnya. Jom kawan-kawan sama-sama kita support teman kita ni.





Jumaat, 17 April 2026

Jamuan Raya Sekolah Sri Khaira


Assalamualaikum ...

Salam Jumaat diucapkan kepada teman-teman semua. Pejam celik pejam celik, rupanya kita dah berada di pengakhiran bulan syawal.

Hari ini Jumaat, 17 hb April 2026. Sekolah Kafa Sri Khaira, sesi pagi di tempat saya mengajar mengadakan jamuan raya dan penutupan kamil sekolah. Sekolah tempat saya mengajar ni, muridnya taklah begitu ramai kerana kat tempat saya tinggal banyak saingan, banyak sekolah Kafa lain yang bari dibuka juga. Kalau dulu, murid begitu ramai. Sekarang hanya ibu bapa yang mempercayai sekolah Khaira sahaja yang menghantar anak mereka belajar di sini.

Tapi tak mengapa, walaupun murid tak ramai, tanggungjawab kita sebagai guru perlu diteruskan. Kalau murid sedikit senang nak fokus pada anak-anak.

Serba sedikit photo yang sempat dijadikan kenangan sempena jamuan raya tahun ini.






Happy dapat duit raya dari kawan-kawan, guru-guru serta pihak sekolah.




Bergambar beramai-ramai bersama ustaz, merupakan pengurusan sekolah Sri Khaira.










Kelas darjah 3 bersama Ustazah Zara.


Makanan potluck dari anak-anak.


     



          

Murid-murid menjamu selera dengan makanan yang dibawa.



Backgound raya yang serba ringkas. 







Persembahan lagu raya dari pelajar darjah 1 dang darjah 2.


Persembahan lagu raya dari pelajar darjah 3.



Persembahan hafazan.


Juga persembahan bercerita.




Sebelum balik, murid darjah 3 mendapat hamper untuk persembahan lagu raya.


       

Kelas darjah 1 dan darjah 2 dapat hamper untuk persembahan lagu raya.