Rabu, 13 November 2024

Pulut Mangga

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita diupdate kali ini.

Pagi tadi saya masak nasi pulut untuk dimakan bersama buah mangga. Kebetulan ke pasaraya, terlihat banyaknya buah mangga yang kekuningan. Mungkin dah tiba musim mangga agaknya. Jadi belilah sedikit.

Mudah saja cara saya masak pulut. Saya terus masak seperti memasak nasi tapi menggunakan air yang sedikit daripada menanak nasi biasa. Kalau dikukus pulutnya akan jadi keras. Jadi saya lebih suka pulutnya ditanak seperti biasa, pulutnya akan menjadi lembut.



Cara masak pulut:

3 cawan beras pulut 

air secukupya


Cara masak:

1. Basuh beras hingga bersih. Masukkan 

   ke dalam periuk. Masukkan air secukupya.

2. Masak atas api higga mendidih. Kacau

   perlahan-lahan higga kering.

3. Tutup periuk, kecilkan api. Biarkan

   sehingga pulut masak sempurna.



Untuk santannya:

santan dari sebiji kelapa

garam secukupnya

Caranya:

Santan dimasak diatas api perlahan, masukkan garam secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila hampir mendidih, barulah dimatikan apinya. Terus di angkat dan hidangkan.

Cara hidangnya:

Masukkan nasi pulut keatas pinggan, lalu masukkan juga santannya. Masukkan juga buah mangganya. Sedap dimakan denga kopi O panas.



Isnin, 11 November 2024

Jalan-Jalan Ke Japanese Village

 Assalamualaikum...

Apdate lagi tentang jalan-jalan hari minggu kelmarin. Kalau berkunjung ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi, tak sah kalau kita tak berkunjung ke Japanese Village. Jadi dah alang-alang datang ke sana ambil kesempatan pergi lah sekejap ke Japanese Village.


Dari tempat parking ke Taman Japanese Village memang agak jauh juga. Jadi kena hiking untuk sampai ke taman tersebut. Memang lenguh kaki lah juga bagi saya yang dah berumur ni. Jadi kawan-kawan, kalau hendak kesana janganlah pakai kasut yang bertumit tinggi. Elok pakai kasut yang tapaknya rata supaya mudah untuk kita berjalan.



Untuk permadangannya memanglah cantik, suasana berada dihutan sebab sekelilingnya memang hutan.








Disediakan pakaian tradisional jepun, bagi yang berminat untuk mengenakan pakaian tersebut untuk bergambar. Tapi kita tak sempat kerana mengejar masa, sebab sewaktu kita datang dah hampir nak tutup. Jadi sempat jalan-jalan sahaja.




Jadi kira ok lah bagi saya, yang tak pernah pergi ke Jepun, adalah suasana perdesaan Jepun. 



Ahad, 10 November 2024

Jalan-Jalan Ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Hari ni ambil kesempatan pergi jalan-jalan bersama keluarga. Lama tak pergi jalan-jalan.

Kali ini kita sekeluarga jalan-jalan ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi. Suka lihat rekabentuk bangunannya yang unik, terasa seolah-olah berada di France pula. Apa-apa pun jom layan pic yang sempat diambil sewaktu ke sana.


Untuk tiket masuk dikenakan bayaran dewasa RM15, kanak-kanak pula RM8.

Cantik rekabentuk bangunannya.

















Ini diambil gambar dari atas bangunan.


Di hari minggu ni memang ramai yang datang menikmati suasana di Bukit Tinggi. 

Kalau kawan-kawan ada kesempatan bole bawa keluarga jalan-jalan ke sana. Disamping melihat rekabentuk bangunannya yang cantik, juga dapat menghirup udara nyaman dari alam kerana ianya terletak ditempat yang tinggi.




Rabu, 6 November 2024

Nasi Lemak Hijau

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga berbahagia selalu.

Tadi pagi saya masak nasi lemak hijau pandan untuk sarapan pagi. Tempat tinggal saya yang sekarang ni agak jauh dari kedai makan. Jadi pagi-pagi kena lah cari idea untuk masak buat sarapan.

Sekali sekala teringin juga nak makan nasi lemak. Jadi buatlah nasi lemak berwarna hijau. Resepinya seperti buat nasi lemak biasa, cuma tambah air daun pandan serta pewarna sahaja. Jom tengok resepiya.


Resepi Nasi Lemak Hijau

Bahan-bahan:

beras

santan pekat

halia

air daun pandan

air secukupnya untuk masak nasi

garam

sedikit pewarna

Cara masak nasi:

1. Basuh beras. Kemudian masukkan santan, 

   air daun pandan, halia serta garam.

2. Masukkan kedalam rice cooker. Masak 

   hingga mendidih. 

3. Kacau-kacau biar santannya tidak 

   berketul. Masak lagi hingga nasi 

   masak sempurna.



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

ikan bilis

bawang merah [dihiris]

bawang putih dihiris]

cili blender

ikan bilis

belacan

air asam

gula, garam serta sedikit perasa

Cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah serta bawang 

   putih hingga kekuningan.

2. masukkan cili blender. Masak hingga

   berminyak.

3. Masukkan air asam jawa, sedikit 

   ikan bilis, garam gula perasa. 

   Masak dengan api sederhana untuk 

   masak yan sempurna.

4. Perasakan garam, bila dah cukup 

   rasa barulah diangkat untuk di

   hidangkan.



Bahan lain seperti:

telur rebus atau goreng

ikan bilis goreng

kacang tanah goreng [tiada stok]

timun dihiris

Alhamdulillah... sedap dimakan bersama kopi O panas.


Isnin, 4 November 2024

Udang Goreng Kacang Buncis

 Assalamualaikum sahabat semua...

Selamat malam... moga semuanya sihat selalu. Hari ni saya masak ringkas je untuk menu makan tengahari tadi. Biasanya ayam goreng mesti ada setiap hari. Kalau tak ayam goreng dengan garam kunyit, ayam goreng tepung, disebabkan si kecil tu suka makan nasi dengan ayam goreng. Kalau tak dak ayam goreng, rela dia tak makan nasi. Aduhai... anak2 la ni. Sampai dah naik jemu kita ni makan ayam tiap hari.

Jadi hari ni masak udang pula. Mulanya nak buat udang masak lemak, tapi tak jadilah pulak disebabkan kesuntukan masa, anak nak pergi sekolah. Jadi udang goreng dengan buncis je lah biar cepat dimasak dan cepat dimakan.



Udang goreng kacang buncis

Bahan-bahan:

Udang

kacang buncis [dipotong]

Sedikit karot [dipotong]

bawang merah [dihiris]

bawang putih [dihiris]

cili merah [dihiris]

kunyit serbuk

garam

sedikit sos tiram



Cara memasaknya:

1. Udang dibersihkan dan dicampurkan 

   dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah 

   serta bawang putih hingga kekuningan.

   Masukkan udang. Kemmudian dikacau 

   hingga udang masak.

3. Masukkan pula kacang buncis, sentiasa

   dikacau supaya tidak hangit. Masukkan 

   pula sos tiram. 

4. Perasakan dengan garam. Bila dah cukup 

   rasa barulah dimatikan api. Angkat 

   dan hidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas berserta sambal belacan dan ulaman.



Jumaat, 25 Oktober 2024

Kuih Apam Gula Melaka

 Assalamualaikum...

Salam di petang Jumaat, moga sahabat semua dikurniakan keberkatan sempena di hari junmmat yang mulia ini.

Buat lagi kuih apam, tapi kali ni buat kuih apam gula melaka pula. Biasalah melayan tekak yang rasa nak makan ja dipetang hari ni.

Jom tengok cara buatnya.



Resepi Kuih Apam Gula Melaka

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 senduk nasi gula merah 

1 cawan air

1 sudu besar minyak masak

1 sudu makan yis mauripan

sedikit garam

1/2 cawan air

gula pasir sekiranya gula merah belum cukup manis


cara memasak:

1. Gula merah dicampur dengan 1 cawan 

   air dimasak di atas api hingga larut,

   kemudian tapiskan.

2. Campurkan dengan bahan lain di dalam

   mangkuk sehingga sebati.

3. Kemudian perap lebih kurang 1/2 jam.

4. Panaskan pengukus. Kemudian sediakan 

   acuan yang disapu dengan minyak masak.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan, 

   lalu dikukus selama 20 minit.

5. Bila dah masak  barulah diangkat dan

   disejukkan.



Biasalah, kuih apam ni kalau tak makan dengan kelapa memang tak best. Jadi kelapa parut yang agak muda digaul dengan sedikit garam. Kalau nak kelapa tahan lama, eloklah dikukus terlebih dahulu.



Rabu, 23 Oktober 2024

Share Tanaman Terbaru Di Mini Kebun

Assalamualaikum...

Jumpa lagi di kali ini. Semoga teman-teman semua sihat selalu.

Share lagi tanaman terbaru saya di laman mini di depan rumah. Sebenarnya menanam ni sebagai hobi sahaja untuk mengisi masa lapang, juga kegiatan untuk mengeluarkan peluh di pagi hari. Bila bangun pagi dapatlah melihat tanaman kita yang tumbuh menghijau.


Ini dibahagian depan rumah. Tanam bunga kenga kertas, bunga jasmin, bunga bawang belanda, marigold, juga pokok bayam brazil.


Di rak pula saya tanam pokok-pokok sayur seperti kangkung, bayuam brazil, daun basil, daun basil thailand dan juga pokok lain.



Di bahagian depan pintu rumah pula saya letakkan pokok-pokok indoor plant untuk mengelakkan panas terik matahari. Biasanya pokok-pokok ini saya letakkan di dalam rumah.

 

Di rak ini pula saya letakkan pokok-pokok bunga.


Juga saya menanam pokok daun salam, pokok pegaga. 

Walaupun laman kecil, tapi kita manfaatkan tanaman pokok seadanya.


Selasa, 15 Oktober 2024

Kuih Apam Nasi

 Assalamualaikum...

Moga sahabat semua sihat dan bahagia selalu.

Lama dah tak buat kuih. Sekali sekala teringin juga nak makan kuih buatan sendiri. Jadi saya buatkan kuih apam nasi untuk minum petang semalam.

Jadi, kawan-kawan kalau ada nasi lebih jangan biarkan nasi basi begitu saja. Lebih baik kita olah dia jadikan kuih pula. Memang sedap kuih kalau dimakan bersama kelapa parut.

Saya cuba resepi dari fb. Jom tengok resepinya.


Resepi Kuih Apam Nasi


Bahan-bahan:

1 cawan teoung gandum

1 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 cawan nasi

1 cawan air

1 paket yis mauripan



Cara membuatnya:

1. Blender gula, nasi dan air hingga 

   gula hancur dan halus.

2. Masukkan bahan-bahan blender ke 

   dalam tepung gandum, tepung beras 

   serta yis mauripan. Kacau hingga 

   bercampur rata.

3. Perap selama 1 jam.

4. Selepas 1 jam kacau kembali. 

   Bahagikan kepada beberapa bahagian. 

   Letakkan pewarna yang disukai.

5. Siapkan pengukus terlebih dahulu. 

   Kukus airnya hingga mendidih.

6. Masukkan bahan kedalam acuan yang 

   disapu minyak dahulu untuk

   mengelakkan kuih melekat pada acuan.

7. Kukus selama 10 minit jika acuan kecil. 

   Jika acuan besar kukus lebih kurang 

   20 minit. Jika menggunakan loyang,

   kukus lebih kurang 1 jam.

8. Jika dah masak, biarkan kuih sejuk 

   dulu, baru dikeluarkan dari acuan.



Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap dimakan dengan minuman panas-panas.



Jumaat, 11 Oktober 2024

Masakan Ala Western

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi di update kali ini.

Cerita malam tadi, teringin nak makan masakan ala-ala western. Sebenarnya ni adalah makanan kesukaan anak-anak. Seronok lah anak2 kalau dapat makan makanan macam ni, terutama si kecil. Jadi saya buatlah ala kadar saja. Cepat dimasak dan mudah untuk disediakan.


Untuk ayamnya saya gunakan dada ayam, sebab banyak isi dan tak ada tulang. Kemudian saya hanya goreng menggunakan tepung goreng ayam sahaja. Jadi ayam dipotong kecil supaya mudah untuk menggoreng, juga kalau potong kecil2 ayam akan cepat masak.


Kentang goreng beli yang dah siap, tinggal goreng saja. Kemudian tabur dengan sedikit garam.

Untuk coslownya pula saya parut lobak merah,  hiris nipis-nipis kobis beajing. Kemudian masukkan mayonaise. Digaul hingga bercampur rata.



Untuk memudahkan, sosnya saya hanya campurkan sos cili dengan sos lada hitam.

Itu pun dah sedap dah.

 

Selasa, 8 Oktober 2024

Cucur Sayur Untuk Sarapan Pagi

Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua... Moga pekerjaan atau urusan sahabat semua dipermudahkan selalu. 

Pagi-pagi ni dok pikir tak tau nak sarapan apa. Tengok2 kat dalam peti ais ada lah sikit sayuq yang berbaki. Juga stok tepung gandum sentiasa ada kat rumah. Jadi saya buat cucuq la untuk sarapan pagi ni.

Buat cucuq ni mudah saja, macam-macam bahan kita boleh letak kat dalam cucuq ni. Potong-potong bahan, gaul dengan tepung, masukkan apa yang patut. Dah boleh goreng.

Jom tengok resepi cucuq mudah dari saya.



Bahan-bahan:

tepung gandum

ubi kentang

karot

bawang besar

kobis

sedikit ikan bilis

garam atau perasa jika suka

lada sulah

air

minyak masak secukupnya untuk menggoreng



Cara membuatnya:

1. Ubi kentang, karot, bawang besar juga 

   kobis dipotong dadu.

2. Dalam bekas masukkan tepung gandum, 

   bahan-bahan potong, garam, lada sulah. 

   Kemuadian masukkan air secukupnya. 

   Digaul hingga bercampur.

3. Panaskan minyak masak, sudukan atau 

   jemput-jemput bahan ke dalam minyak 

   panas. Kebudian balik-balikkan supaya 

   ia masak sekata.

4. Dah masak, barulah diangkat dan

   dihidangkan.



Cucuq ni boleh dihidangkan dengan sos cili atau mayonaise. Sedap dimakan bersama kopi O atau teh O panas.



Isnin, 7 Oktober 2024

Selamat Pengantin Baru Afik

 Assalamualaikum...

Bertemu lagi kita di kali ini. 

Cuti sekolah baru2 ni, anak saudara sepupu melangsungkan perkahwinan anaknya. Jadi sempatlah makan kenduri.


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Sempat juga berarak ke majlis di pihak perempuan.

Selamat Pengantin baru Mohamad Syafik bersama pasangannya. Moga kekal bahagia hingga ke jannah.

Simpan disini gambar kenangan pengatin.



Bergambar bersama ibunya serta adik saya.




Hantaran dari pihak pengantin lelaki.





Terjumpa pula kawan sekolah kebangsaan, Rima Melati namanya.


Bergambar bersama tokwan menakan.

Didoakan semoga ikatan perkahwinannya cepat mendapat zuriat serta kekal bahagia hingga ke hujung nyawa.