Jumaat, 23 Ogos 2013

Kek Batik


        Assalamualaikum wrh wbr....

    Hari ini anak-anak sekolah kebangsaan ada jamuan hari raya. Jadi saya buatkan kek batik untuk mereka untuk di bawa ke sekolah. Sukanya mereka... Sebenarnya selalu juga mereka minta untuk dibuatkan kek batik ni. Kek batik ni memang mudah dan cepat untuk disiapkan. Bukan juga kanak-kanak yang sukakan kek batik ni, orang tua pun apa kurangnya. 


   Saya buatkan 2 bancuhan. Dapatlah satu loyang 10x10 inci. Resepi ini saya cuba dari Che Mat Gebu. Terima kasih atas resepinya. Saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.




Resepi Kek Batik

Bahan-bahan:

500gm biskut marie (patahkan 4)
250 butter
4 biji telur (dipukul sedikit)
1 cawan susu pekat manis
3 sdb serbuk koko
1/2 cawan air
1 sdk esen vanilla

1 cawan milo



Cara membuatnya:

1. Campurkan semua bahan-bahan di atas ke 
   dalam kuali kecuali biskut marie. Masak 
   atas api perlahan-lahan hingga pekat dan 
   berkilat. Tutupkan api.

2. Cepat-cepat masukkan biskut. Gaul rata.

3. Masukkan ke dalam loyang yang digriskan 
   dengan butter terlebih dahulu.Tekan-
   tekankan ia.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk. Bila nak 
   makan, keluarkan lebih kurang 1/2 jam, 
   baru lah dipotong.


Cantiknya Bunga Ros Jepun


              Assalamualaikum wrh wbr...

          Salam bahagia kepada teman-teman semua, semoga ceria selalu hendaknya. Kali ini saya nak share mengenai pokok ros jepun yang saya tanam. Memnag cantik kalau di tanam dengan bermacam-macam warna. Biasanya bunga ros jepun ini akan kembang apabila pukul sepuluh pagi.Kalau di kampung orang akan panggil pokok bunga pukul 10.












            Bunga ini memang cantik ditanam di halaman rumah. Juga cara menamnya sangat mudah dibiakkan, cuma potong batangnya dan cucukkan kedalam tanah.


Ahad, 11 Ogos 2013

Salam Aidil Fitri 2013 M / 1434 H


         Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam bahagia kepada teman-teman semua. Memandangkan kita masih lagi berada di dalam suasana hari raya, rasanya masih belum terlambat lagi, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.


           
           Kepada teman-teman serta sahabat handai semua, saya ingin memohon kemaafan di atas segala salah dan silap sekiranya ada terlanjur bicara secara sengaja atau pun tidak sengaja.

         Photo-photo yang sempat diambil untuk dijadikan kenangan ketika berhari raya ke rumah saudara-mara.








Kenangan ketika berhari raya di Inabah 10, 
di rumah bapa angkat di Kuala Nerang, Kedah.


Photo di atas ketika berhari raya di 
rumah saudara mara sebelah suami di Batu Kurau, Perak.






  Ini pula photo kenangan ketika berhari raya 
ke rumah anak saudara sebelah suami
 di Kemunting, Perak.


Sabtu, 3 Ogos 2013

Kuih Samperit lagi


            Assalamualaikum wrh wbr....

     Teman-teman sekalian, hanya tinggal 3 hari lagi kita akan menyambut hari raya Aidil Fitri. Saya kira mungkin ada di antara teman-teman yang masih lagi membuat persiapan terakhir bagi menyambut lebaran nanti.

     Kali ini saya membuat biskut dahlia atau biskut samperit bunga. Masih lagi mencuba dari resepi Che Mat Gebu kerana biskutnya memang sangat sedap.



        

Resepi Biskut Dahlia

Bahan-bahan:
300 gm mentega
160 gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sdt  esen vanila / esen rose
240 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
160 gm tepung kastad
ceri merah dipotong kecil untuk hiasan

Cara membuatnya:

1. Putar mentega dan gula ising hingga
   berkrim. Masukkan kuning telur dan 
   esen vanila dan putar hingga kembang.
2. Perlahankan speed, masukkan tepung
   sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan 
   akan menjadi doh yang lembut dan mudah
   ditekan.
3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang
   dipasang muncung  untuk biskut dahlia. 
   Tekan atas dulang pembakar. Buatkn 
   hingga  siap dan hiaskan dengan ceri yang
   dipotong kecil-kecil. 
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 
   terlebih dahulu dengan suhu 175 C selama
   5 - 20 minit.
5. Apabila biskut dah sejuk, baru masukkan 
   ke dalam bekas kedap udara.