Assalamualaikum...
Selamat Petang, semoga semunya sihat selalu.
Ini menu beberapa hari yang lepas, baru harini dapat update. Masak pajeri nenas mulanya, kebetulan ada sedikit terung jadi saya masukkan lah sekali.
Biasanya kalau masak pajeri, disimpan besoknya baru kita makan barulah sedap. Dan diganding kan pula dengan ikan kering atau ikan masin goreng... memang terangkat. Silap-silap mak mertua lalu pun tak nampak, he he he...
Resepi Pajeri Nenas Dan Terung
Bahan A
1 biji nenas, dipotong ikut suka
Santan secukupnya
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
Udang kering
Bahan B – bahan hiris
Bahan B – bahan hiris
1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Bahan C
1 batang kulit kayu manis
3 sudu besar rempah kari
Cara cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan
bahan tumbuk, kulit kayu manis hingga
wangi. (Bawang bawang boleh juga dihiris
jika mahu terasa bawang dalam kuah).
2. Masukkan rempah kari yang digaul dengan
air. Goreng hingga garing.
3. Masukkan udang kering dan masakkan
sebentar.
4. Masukkan santan dan garam serta gula
merah/pasir. Masukkan nenas yang telah
dicelur serta terung yang telah dioreng
terlebih dahulu. Akhir sekali, masukkan
kerisik.
5. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak.
6. Perasakan, bila dah cukup rasa
barulah diangkat.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas bersama ikan kering atau ikan masin.