Assalamualaikum...
Selamat pagi semua... semoga anda semua sihat2 sahaja pagi ini. Selamat bercuti kepada adik2 yang cuti sekolah, pastikan cuti diisi dengan aktiviti yg berfaedah. Juga tidak lupa mendoakan mereka yg terkena musibah banjir di Pantai Timur, semoga mereka semua berada dlm keadaan selamat dan mudah2an banjir akan cepat beransur surut.
Musim cuti sekolah ni kaum ibulah tiap hari yg paling sibuk, menyediakan makan minum anak2. Almaklumlah anak2 semuanya berkumpul dirumah.
Hari ni saya masak mee cintan goreng pula untuk sarapan pagi ni. Biasanya asyik masak mee atau kue tiaw goreng je... tapi kali ni masak mee cintan goreng. Mee ni sebenarnya tidak ada bahan perencahnya. Kita masak bumbunya seperti hendak memasak bihun, cuma kita gantikan bihun dengan mee cintan.
Sedap juga, sekali sekala tukar selera. Jom kita tengok caranya...
Resepi Mee Cintan Goreng
Bahan-bahan:
1 bungkus mee cintan (direbus dgn air)
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kisar (ikut kepedasan)
2 ekor sotong (ikut suka ayam atau udang)
2 batang sawi (dipotong)
1/2 batang karot (dipotong)
2 biji telur
sos tiram / sos tomato / kicap
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis
Caranya memasaknya:
1. Mee cintan direbus dan di toskan. Kemudian
ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang
merah dan bawang putih sehingga garing.
Masukkan cili kisar hingga berminyak.
masukkan sotong, siarkan seketika.
3. Masukkan sos tiram, kicap, sos cili,
garam serta gula secukup rasa.
4 Masukkan pula karot serta sayur sawi.Jika
terlalu kering tambahkan sedikit air.
5. Masukkan pula mee tadi, dikacau serta
digaul supaya bercampur dengan
perencahnya. Bila sudah masak bolehlah
diangkat untuk dihidangkan.
Sesuai juga dimakan diwaktu petang atau dimalam hari.