Rabu, 13 November 2024

Pulut Mangga

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita diupdate kali ini.

Pagi tadi saya masak nasi pulut untuk dimakan bersama buah mangga. Kebetulan ke pasaraya, terlihat banyaknya buah mangga yang kekuningan. Mungkin dah tiba musim mangga agaknya. Jadi belilah sedikit.

Mudah saja cara saya masak pulut. Saya terus masak seperti memasak nasi tapi menggunakan air yang sedikit daripada menanak nasi biasa. Kalau dikukus pulutnya akan jadi keras. Jadi saya lebih suka pulutnya ditanak seperti biasa, pulutnya akan menjadi lembut.



Cara masak pulut:

3 cawan beras pulut 

air secukupya


Cara masak:

1. Basuh beras hingga bersih. Masukkan 

   ke dalam periuk. Masukkan air secukupya.

2. Masak atas api higga mendidih. Kacau

   perlahan-lahan higga kering.

3. Tutup periuk, kecilkan api. Biarkan

   sehingga pulut masak sempurna.



Untuk santannya:

santan dari sebiji kelapa

garam secukupnya

Caranya:

Santan dimasak diatas api perlahan, masukkan garam secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila hampir mendidih, barulah dimatikan apinya. Terus di angkat dan hidangkan.

Cara hidangnya:

Masukkan nasi pulut keatas pinggan, lalu masukkan juga santannya. Masukkan juga buah mangganya. Sedap dimakan denga kopi O panas.



Isnin, 11 November 2024

Jalan-Jalan Ke Japanese Village

 Assalamualaikum...

Apdate lagi tentang jalan-jalan hari minggu kelmarin. Kalau berkunjung ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi, tak sah kalau kita tak berkunjung ke Japanese Village. Jadi dah alang-alang datang ke sana ambil kesempatan pergi lah sekejap ke Japanese Village.


Dari tempat parking ke Taman Japanese Village memang agak jauh juga. Jadi kena hiking untuk sampai ke taman tersebut. Memang lenguh kaki lah juga bagi saya yang dah berumur ni. Jadi kawan-kawan, kalau hendak kesana janganlah pakai kasut yang bertumit tinggi. Elok pakai kasut yang tapaknya rata supaya mudah untuk kita berjalan.



Untuk permadangannya memanglah cantik, suasana berada dihutan sebab sekelilingnya memang hutan.








Disediakan pakaian tradisional jepun, bagi yang berminat untuk mengenakan pakaian tersebut untuk bergambar. Tapi kita tak sempat kerana mengejar masa, sebab sewaktu kita datang dah hampir nak tutup. Jadi sempat jalan-jalan sahaja.




Jadi kira ok lah bagi saya, yang tak pernah pergi ke Jepun, adalah suasana perdesaan Jepun. 



Ahad, 10 November 2024

Jalan-Jalan Ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Hari ni ambil kesempatan pergi jalan-jalan bersama keluarga. Lama tak pergi jalan-jalan.

Kali ini kita sekeluarga jalan-jalan ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi. Suka lihat rekabentuk bangunannya yang unik, terasa seolah-olah berada di France pula. Apa-apa pun jom layan pic yang sempat diambil sewaktu ke sana.


Untuk tiket masuk dikenakan bayaran dewasa RM15, kanak-kanak pula RM8.

Cantik rekabentuk bangunannya.

















Ini diambil gambar dari atas bangunan.


Di hari minggu ni memang ramai yang datang menikmati suasana di Bukit Tinggi. 

Kalau kawan-kawan ada kesempatan bole bawa keluarga jalan-jalan ke sana. Disamping melihat rekabentuk bangunannya yang cantik, juga dapat menghirup udara nyaman dari alam kerana ianya terletak ditempat yang tinggi.




Rabu, 6 November 2024

Nasi Lemak Hijau

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga berbahagia selalu.

Tadi pagi saya masak nasi lemak hijau pandan untuk sarapan pagi. Tempat tinggal saya yang sekarang ni agak jauh dari kedai makan. Jadi pagi-pagi kena lah cari idea untuk masak buat sarapan.

Sekali sekala teringin juga nak makan nasi lemak. Jadi buatlah nasi lemak berwarna hijau. Resepinya seperti buat nasi lemak biasa, cuma tambah air daun pandan serta pewarna sahaja. Jom tengok resepiya.


Resepi Nasi Lemak Hijau

Bahan-bahan:

beras

santan pekat

halia

air daun pandan

air secukupnya untuk masak nasi

garam

sedikit pewarna

Cara masak nasi:

1. Basuh beras. Kemudian masukkan santan, 

   air daun pandan, halia serta garam.

2. Masukkan kedalam rice cooker. Masak 

   hingga mendidih. 

3. Kacau-kacau biar santannya tidak 

   berketul. Masak lagi hingga nasi 

   masak sempurna.



Resepi Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

ikan bilis

bawang merah [dihiris]

bawang putih dihiris]

cili blender

ikan bilis

belacan

air asam

gula, garam serta sedikit perasa

Cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah serta bawang 

   putih hingga kekuningan.

2. masukkan cili blender. Masak hingga

   berminyak.

3. Masukkan air asam jawa, sedikit 

   ikan bilis, garam gula perasa. 

   Masak dengan api sederhana untuk 

   masak yan sempurna.

4. Perasakan garam, bila dah cukup 

   rasa barulah diangkat untuk di

   hidangkan.



Bahan lain seperti:

telur rebus atau goreng

ikan bilis goreng

kacang tanah goreng [tiada stok]

timun dihiris

Alhamdulillah... sedap dimakan bersama kopi O panas.


Isnin, 4 November 2024

Udang Goreng Kacang Buncis

 Assalamualaikum sahabat semua...

Selamat malam... moga semuanya sihat selalu. Hari ni saya masak ringkas je untuk menu makan tengahari tadi. Biasanya ayam goreng mesti ada setiap hari. Kalau tak ayam goreng dengan garam kunyit, ayam goreng tepung, disebabkan si kecil tu suka makan nasi dengan ayam goreng. Kalau tak dak ayam goreng, rela dia tak makan nasi. Aduhai... anak2 la ni. Sampai dah naik jemu kita ni makan ayam tiap hari.

Jadi hari ni masak udang pula. Mulanya nak buat udang masak lemak, tapi tak jadilah pulak disebabkan kesuntukan masa, anak nak pergi sekolah. Jadi udang goreng dengan buncis je lah biar cepat dimasak dan cepat dimakan.



Udang goreng kacang buncis

Bahan-bahan:

Udang

kacang buncis [dipotong]

Sedikit karot [dipotong]

bawang merah [dihiris]

bawang putih [dihiris]

cili merah [dihiris]

kunyit serbuk

garam

sedikit sos tiram



Cara memasaknya:

1. Udang dibersihkan dan dicampurkan 

   dengan garam dan kunyit.

2. Panaskan minyak, tumis bawang merah 

   serta bawang putih hingga kekuningan.

   Masukkan udang. Kemmudian dikacau 

   hingga udang masak.

3. Masukkan pula kacang buncis, sentiasa

   dikacau supaya tidak hangit. Masukkan 

   pula sos tiram. 

4. Perasakan dengan garam. Bila dah cukup 

   rasa barulah dimatikan api. Angkat 

   dan hidangkan.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas berserta sambal belacan dan ulaman.