Rabu, 31 Ogos 2016

Serawa Cempedak


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Sekarang ni tengah musim buah. Kat mana-mana pun terdapat orang menjual buah-buahan termasuklah buah cempedak. Harum semerbak baunya jika buah tu dah cukup masak.

     Alhamdulillah kelmarin ada kawan baru balik dari dusun buah, diberinya sebiji cempedak. Dapatlah merasa buahnya. Jadi saya buatkan serawa cempedak. Sedap sangat dapat  makan bersama pulut. Jom tengok resepinya...


Resepi Serawa Cempedak

Bahan-bahan:
ulas cempedak
santan
gula 
sedikit gula merah
simpulan daun pandan
sedikit sagu
sedikit garam
 

Cara membuatnya:
1. Masaukkan santan ke dalam periuk, kemudian
   masukkan gula, gula merah, daun pandan.
   Masak di atas api hingga mendidih.
2. Masukkan pula sagu dan masak lagi hingga 
   mendidih.
3. Masukkan buah cempedak, biarkan hingga buah
   cempedak masak. Taburkan sedikit garam 
   untuk menaikkan lemaknya.
4. Apabila sagu sudah kembang bolehlah
   diangkat untuk dihidangkan.
 

*  Serawa cempedak ini sedap dimakan bersama
   roti atau nasi pulut. 

 

Ahad, 28 Ogos 2016

Majlis Akad Nikah Anak Saudara


        Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.

    Kelmarin Hari Sabtu bersamaan 27hb Ogos 2016, adalah majlis akad nikah anak saudara sebelah my hubby yaitu Zarith Yasmin bersama pasangannya Mohd Hafiz. Alhamdulillah majlisnya berjalan dengan lancar. Dengan sekali lafaz sahaja mereka berdua sah menjadi suami isteri. Majlis akad nikah tersebut diadakan di Masjid Al Fallah, Subang Jaya. 


Selesai sahaja akad nikah, maka acara mengarung cincin juga pembatalan air sembahyang dilakukan oleh kedua pasangan. Hafiz menyarungkan cincin kepada Yasmin. 






  
Pasangan pengantin bergambar bersama keluarga sebelah lelaki.



Juga pasangan pengantin bergambar bersama keluarga sebelah perempuan.

     Selamat Pengantin Baru saya ucapkan kepada Zarith Yasmin bersama pasangannya Hafiz semoga ikatan perkahwinan mereka akan terus berkekalan hingga ke Jannah. Amin.....

Rabu, 17 Ogos 2016

Laksa Johor lagi


          Assalamualaikum wrh... wbr...

     Salam bahagia semua... semoga anda semua sentiasa ceria selalu hendaknya. Gara-gara terliur dengan entri laksa johor yang dipaparkan oleh Zila Forever, jadi saya pun mencuba juga resepinya. Memang sedap rupanya laksa johor ni. Biasanya kalau kat belah utara laksa kuah lemak je. Dimakan bersama ulam-ulaman. Tapi laksa johor makan dengan salah satunya hirisan kacang panjang. Best jugak.

     Terima kasih Zila Forever di atas perkongsian resepinya ini. Kali ini saya copykan resepinya disini pula ya untuk rujukan saya nanti.
 

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan:

1 paket spagetti (makan utk 10 orang)
1 kg ikan selayang ( dicuci, direbus dan diambil isinya)
3/4 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan cili kering yang dikisar
3/4 cawan udang kering (cuci bersih, kering dan dikisar)
2 cawan santan pekat
3 cawan air
1/2 cawan minyak masak
1 sdb kerisik
garam serta sebuk perasa secukup rasa
 

Bahan kisar:

5 batang serai
2 inci halia 
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Ulam-ulam:

Timun 
Taugeh
Daun kesum/daun selasih
kacang panjang 
limau kasturi
lobak asin
 
Cara memasaknya:

1. Ikan dibersihkan, kemudian direbus. Ambil
   isinya, air rebusan ikan disimpan. Kisar
   isi ikan bersama air rebusan ikan tadi.
   Ketepikan.

2. Panaskan periuk, masukkan 1/2 cawan
   minyak, kemudian tumis bahan kisar.
   Biarkan sehingga naik bau. Masukkan pula
   rempah kari dan goreng laju selama satu 
   minit. Masukkan 1/2 cawan air dan biarkan
   5 minit. 

3. Selepas itu masukkan cili kisar dan 
   biarkan sehingga keluar minyak. Bila 
   terbit minyak masukkan pula masukkan ikan
   yang telah dikisar. Kacau rata, masukkan 
   santan dan air. Bila sudah mendidih
   masukkan udang kering dan kerisik.

4. Kuah laksa johor agak pekat, jadi pandai-
   pandailah mengagak airnya supaya tidak 
   terlalu cair. 





Spaghetti

Masak air dalam periuk. Bubuh garam dalam air rebusan tu. Bila telah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga rasa dah kenyal, tapis dan siram air sejuk sehingga  hilang panasnya atau cuci bawah air paip. Tos air nya dan tuang sedikit minyak supaya tak melekat.

Ulam ulam

Ulam Laksa Johor ialah timun, taugeh, bawang besar diracik bulat bulat halus, daun selasih atau daun kesum, limau kasturi dan lobak asin. Kalau suka makan selasih boleh bubuh. 

Sambal belacan

Cili kering - rebus Belacan bakar Tumbuk cili bersama belacan bakar sehingga lumat.

Cara menghidang

Bubuh spaghetti dalam mangkuk, taburkan ulam-ulam dan curahkan kuah. perah limau kasturi dan makan dengan sambal belacan.



Selasa, 16 Ogos 2016

Sup Ayam Hadnyai


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Selamat petang semua... semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. 

      Hari ini saya entrikan mengenai masakan sup ayam hadnyai. Boring asyik masak sup biasa saja, teringin pula nak merasa keenakan sup hadnyai ni. Sebenarnya dah pernah makan sup kat Hadnyai sewaktu berkunjung ke sana tempohari. Masyaalah tak terkata pedasnya, sampai berair air mata. Mungkin orang kat sana suka makan masakan yang pedas-pedas agaknya.
     

     
      Sewaktu menumis bahan kisar pun dah berbau harum semerbak satu rumah. Memang sedaplah supnya kalau dihirup panas-panas. Ramai blogger masakan sudah mencuba memasak sup ayam hadnyai ni, saya je yang ketinggalan. Saya ambil resepinya dari blog Zila Forever. 


Resepi Sup Ayam Hadnyai

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam (dipotong-potong)
7 cm lengkuas (dihiris dan ditumbuk sedikit
   supaya pecah)
5 batang serai ( dititik)
2 sdb ketumbar, 1 sdk jintan manis, 1 sdk
  jintan putih (ditumbuk lumat)
rempah 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga)
daun sup
daun bawang
daun sadri @ batang sadri. 



Cara memasaknya:

1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, 
   cabai, ketumbar, halia, jintan manis, 
   jintan putih, bunga lawang, buah
   pelaga,kulit kayu manis, bunga cengkih,
   lengkuas dan serai sehingga menaikkan bau
   semerbak mewangi dan harum.

2. Masukkan ayam yang sudah dipotong-potong
   mengikut citarasa ke dalam bahan tumisan
   tadi,dan gaulkan sehingga rata dan
   tutupkan tudung seketika. Biarkan selama 
   5 minit. Kemudian masukkan batang sadri.

3. Masukkan 5 cawan air dan biarkan sehingga
   menggelegak.

4. Tambahkan garam secukup rasa dan sedikit
   gula untuk menyedapkan rasa kuahnya.

5. Hiriskan daun sup, daun bawang, sadri dan
   taburkanpada hidangan. Perahkan sedikit
   limau nipis.