Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari Jumaat yang penuh keberkahan ini, semoga teman-teman semua beroleh rahmatnya.
Bersua lagi dientri kali ini, hari ini saya masak ikan siakap stim halia. Masakan yang dimasak stim atau dikukus memang sangat baik untuk kesihatan kerana tidak berminyak atau tidak bersantan. Sekali-sekala sedap juga makan masakan begini, apalagi dimakan bersama sambal belacan serta ulam-ulaman. Mau bertambah juga nasinya.
Jom tengok resepinya...
Resepi Ikan Siakap Stim Halia
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2.5 cm halia
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 ulas bawang besar
3 batang serai
1/2 sdb serbuk lada hitam
6 sdb sos tiram
2 biji limau nipis
1 biji clil merah
1 biji tomato
1 tangkai daun sup (saya guna daun ketumbar)
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Halia, bawang merah, bawang putih ditumbuk
dan digaul pada ikan bersam sos tiram,
garam serta serbuk lada hitam. Perapkan
selama 15 minit.
2. Cili merah, tomato, bawang besar serta
daun sup yang telah dihiris ditabur di
atas ikan. Letakkan serai yang diketuk.
Tomato pula untuk dapatkan sedikit rasa
masam agar seimbang dengan sos tiram.
3. Stim atau kukus ikan serta ramuannya
selama lebih kurang 20 minit. Kira-kira
5 minit sebelum diangkat perahkan limau
nipis. Siap untuk dihidangkan.
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom sama-sama kita support segmen yang dianjurkan oleh dik Fathin Amelia. Jika anda ingin join bolehlah klik kat banner.
Tarikh tamat : 30hb Okt 2016.
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi dientri kali ini... Minggu kelmarin berlangsungnya majlis pernikahan anak saudara my hubby Mohd Muadz dengan pasangannya.
Keluarga sebelah pengantin lelaki.
Bergambar bersama pasangan pengantin.
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd Muadz bersama pasangannya, semoga perkahwinan beliau bahagia hingga ke Jannah....
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam di hari minggu untuk teman-teman semua, semoga anda berbahagia selalu di hujung minggu ini.
Teringin nak makan apam kukus, jadi hari ni merajinkan diri buat apam mentega kukus. Saya ambil resepinya dari Yati Memories. Apamnya naik meninggi dan gebu-gebu pulak... tu. Sedap sangat dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam bersama secawan kopi.
Terima kasih Yati Memories di atas perkongsian resepinya. Saya copykan resepinya dan letakkan disini pula untuk rujukan saya di masa akan datang nanti.
Resepi Kuih Apam Mentega
Bahan-bahan:
Bahan A untuk gula hangus:
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gm mentega
Bahan B
3/4 cawan gula castor
4 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 sdt soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sdt esen vanila
Cara membuat gula hangus:
1. Masukkan gula dalam periuk, masak dengan
api yang perlahan hingga gula larut dan
berwarna perang.
2. Padamkan api (untuk mengelakkan air gula
terpercik semasa kita tuang air) dan
masukkan air. Nyalakan semula api dan
kacau hingga semua larut dan masukkan
mentega. Kacau rata dan ketepikan.
Cara menyediakan adunan apam mentega:
1. Putar gula, telur dan esen vanila hingga
kembang dan masukkan gula hangus yang
masih panas tadi. Kemudian masukkan susu
selang selikan dengan tepung, gaul semua
hingga sebati.
2. Perap selama 1/2 jam.
3. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disapu
sedikit minyak. Adunan ini jika dituang
penuh tidak mengapa kerana ia tidak akan
melimpah.
4. Jika guna acuan lompang kukus selama 15-
20 minit. Tutup pengukus dengan kain untuk
mengelakkan wap tidak jatuh ke bawah.
5. Angkat dan boleh dimakan bersama kelapa
parut .
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua kembali dientri kali ini, selamat menyambut maal hijrah saya ucapkan kepada semua teman-teman, dan semoga teman-teman semua beroleh kebahagiaan di tahun baru hijrah ini.
Alhamdulillah hari Sabtu kelmarin, sempat hadir berarak mengiringi pengantin lelaki ke majlis kenduri dipihak perempuan.
Cantiknya pelamin yang indah dihiasi dengan jambangan bunga-bungaan. Sebenarnya dipihak perempuan punyai dua pasangan pengantin iaitu adik serta abangnya.
Ibubapa Muaz bergambar bersama kedua-dua pasangan pengantin.
Alhamdulillah masing-masing sudah kenyang menikmati hidangan makanan. Di belakang sana kelihatan kedua pasangan pengantin mungkin dah selesai makan.
Si kecik pun tak ketinggalan bergambar juga.
Itulah serba sedikit yang sempat di rakamkan sebagai kenangan. Jumpa lagi di next entri.