Ahad, 18 Januari 2026

Anak-anak Belanja Sate Kajang Di Hari Ulangtahun Kelahiran


 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu...

Cerita semalam, semalam adalah hari ulangtahun kelahiran saya 17 hb 1 2026. Alhamdulillah... masih diberi kesempatan oleh Allah swt untuk meneruskan kehidupan didunianya ini.

Si kakak mengajak adik-adiknya keluar, katanya pergi ambil barang di Selayang. Selepas balik eh bawa sate kajang pula. Alhamdulillah... sebelum ni memang teringin nak makan sate pun, tapi dok tunggu-tunggu bila agaknya nak pergi makan sate. Macam tahu pula, ibunya teringin nak makan sate. Syukur... Anak-anak yang belanja sate kajang kali ni.

 



Sate daging dan sate ayam.



Kuahnya pun begitu banyak.



Nasi impit bersama hirisan timun.



Cilinya untuk menambah kepedasan.


Kalau dulu nak makan sate kajang kena pergi kajang. Sekarang ni, kat mana-mana pun kita boleh beli sate. Kawasan yang terdekat dengan tempat tinggal saya, kat R&R Elmina. Tak perlu lagi pergi jauh-jauh semata-mata nak makan sate.


Khamis, 15 Januari 2026

Suasana Di Kampung

 Assalamualaikum...

Masih lagi cerita balik kampung ituhari. Minta maaf tak sempat nak blogwalking ke blog teman-teman. Awal tahun ni sibuk dengan macam-macam tugasan. Almaklumlah buat persiapan untuk anak-anak start masuk sekolah ditahun baru.

Baru sekarang ada sedikit masa. Update apa yang patut. Balik kampung ituhari pun tak banyak cerita sangat. 



Sekadar share suasana kampung di belakang rumah orang tua. Time ni orang tua baru sahaja membajak sawah, jadi banyaklah burung-burung bangau yang berkumpul untuk mencari makan di bendang.



Biasanya kalau balik kampung di belakang rumah disuguhi dengan permandangan yang menghijau seperti padang. Tapi kali ni nampak kurang cantik disebabkan baru je lepas musim banjir. Sebelum ini padi orang tua dah masak, tapi tak sempat di tuai, habis ditenggelami banjir.

 Oleh kerana banjirnya terlalu lama dan tenggelam sehingga melepasi paras pokok padi, Jadi semuanya hancur jadi lecur dan rosak. Tak dapat hasil sesen pun pada musim yang lepas.



Jadi terpaksalah membajak semula, serta menyemai kembali benih padi.
Mudah-mudahan dimusim kedepan, tiada lagi banjir yang melanda.



Time sekarang ini rasanya bapa dah selesai menabur benih padi, kalau pulang sekali lagi dapatlah menikmati kembali suasana kehijauan sawah padi.



Jumaat, 2 Januari 2026

Cerita Balik Kampung


 Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Sempena cuti sekolah ni berkesempatan balik ke kampung. Sambil menjenguk mak dan ayah di kampung, kita juga menjemput anak ke 4 yang bersekolah di Sekolah Menengah Agama Taufkiah (MTKH). Beliau baru sahaja tamat menduduki peperiksaan SPM.

Selalunya kita kalau balik kampung suka ikut WCE, jalan santai-santai sambil melihat dan menikmati keindahan suasana kampung. Lagipun jalan disana tidak sibuk, jadi lancar perjalanannya. Kebetulan kita balik time orang dah start kerja. Kalau hari Sabtu dan minggu memang bayak juga kereta.

Sampai di Changkat Jering, singgah dulu di gerai makan untuk mengisi perut. Selalunya digerai tersebut kita selalu makan makanan goreng saja. Tapi kali ni kita cuba order set nasi tomyam. Ternyata memang sedap masakannya.



Kita order set nasi bersama tomyam, ikan siakap tiga rasa, sayur sawi goreng belacan dan telur goreng.



Ikan siakap tiga rasa.



Telur goreng.



Sayur sawi goreng belacan.


Sudah semestinya tomyam yang sedap.



Air teh O ais satu jug, cukuplah untuk kami berempat.




 Dah habis makan, kita sambung perjalanan menuju ke kampung. Sampai di area Penang memang jem lah disebabkan ketika itu dah pukul 5.30 petang. Jadi orang berpusu-pusu balik dari kerja. Sampai kampung dah hampir pukul 9.00 malam.





Selamat Tahun Baru 2026

 

Assalamualaikum...

   Alhamdulillah... Baru sekarang dapat mengadap computer. Sempena kita telah memasuki tahun baru ini, rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 buat rakan blogger serta sahabat semua.




 Semoga dengan datangnya tahun baru ini memberi kita semangat serta azam baru. Juga semoga tahun baru ini akan mendekatkan diri kepada Allah, iman terus dipelihara dan hidup sentiasa diberkati. Aamiin...