Isnin, 16 Februari 2015
Acar Timun dan Nenas
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga ceria selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai acar timun. Sebelum ini saya pernah makan kat rumah my biras di Perak, mungkin acar seperti ini terkenal kat Perak tapi tak tahu pula namanya. Jadi bila dah makan rasanya sedap, saya tanyalah cara membuatnya. Lihatlah resepinya
Resepi Acar Timun dan Nenas
Bahan-bahan:
1/2 biji nenas (dibuang kulit dipotong)
1 biji timun (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
gula dan garam secukup rasa
kacang goreng tumbuk
Sambal belacan:
2 biji cili merah
7 biji cili api
belacan bakar
sedikit garam
air asam jawa
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan-bahan diatas, kemudian
digaul hingga bercampur. Rasakan ia, jika dah
cukup rasa masam, masin dan manisnya barulah
siap untuk dihidang.
Khamis, 12 Februari 2015
Asam Pedas Ikan Bawal
Assalamualaikum wrh...wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di ketika ini. Kali ini saya entrikan mengenai masakan asam pedas ikan bawal. Oleh kerana isi ikan bawal masih berbaki lagi di dalam peti sejuk, maka saya masakkan asam pedas. Dah lama tak makan asam pedas, bila nengok cerita drama Asam Pedas Untuk Dia, teringin pula rasanya nak makan nasi berlaukkan asam pedas.
Resepi Asam Pedas
Bahan-bahan:
3-5 ketul ikan (apa-apa ikan pun boleh)
10-20 biji cili kering (diblender)
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
sedikit kunyit hidup*
1 biji tomato
kacang bendi
1 biji terong
sedikit belacan
air asam jawa secukupnya
daun kesom
garam dan gula
sedikit minyak masak untuk menumis
Cara memasak:
1. Bahan yang bertanda * ditumbuk sehingga
lumat.
2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan
kisar. Dikacau sebentar, masukkan cili
kisar serta belacan. Masak sehingga naik
minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan air
secukupnya. Masukkan ikan, kacang bendi,
terung serta daun kesum. Biarkan sehingga
mendidih.
4. Masukkan tomato, garam, gula serta perasa
jika suka.
5. Bila sudah cukup rasa, barulah diangkat
untuk dihidangkan.
Selasa, 10 Februari 2015
Segmen Projek Syukur
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Kali ini saya join segmen projek syukur oleh Nazirah. Jomlah ramai-ramai kita support segmen beliau. Tarikh tamatnya 14 February 2015. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner.
Dalam hidup ini aku sangat-sangat bersyukur kerana:
1. Masih diberi kesempatan hidup serta dapat
menghirup udara segar ciptaan Allah swt.
2. Diberi rezeki oleh Allah ( cukup makanan,
pakaian serta keperluan lainnya).
3. Dilahirkan sempurna fizikal dan waras akal
fikiran, tiada cacat cela.
4. Masih mempunyai kedua orang tua yang sihat
walafiat.
5. Dikurniakan seorang suami tang penyayang,
memahami dan menerima diriku seadanya.
6. Dikurniakan cahaya mata, seorang lelaki
dan tiga orang perempuan.
7. Diberikan tubuh badan yang sihat supaya
dapat beribadah kepada-Nya.
8. Tidak diberi dugaan yang besar-besar oleh
Allah.
9. Dianugerahkan kehidupan yang lebih baik
dari sebelumnya.
10. Segala nikmat yang diberikan oleh-Nya.
Ahad, 8 Februari 2015
Spageti Bolognese mudah
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Bersua kembali.... kali ini saya entrikan mengenai spageti bolognese mudah. Sekali sekala teringin kuga nak makan stail orang putih. Jadi saya masakkan spageti mudah, main campak-campak je.
Bahan-bahan:
1 bungkus spageti
250 gm daging cincang
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 biji bawang holand(dicincang halus)
boleh ditambah sayur seperti karot,cendawan
butang, tomato dsb
1 ketul kiub ayam
1 tin sos spageti
1/2 tin tomato puree
garam dan gula secukup rasa
sedikit cheese mozarella
minyak zaitun (untuk menumis dan untuk digaul dgn spageti)
Cara memasak:
1. Rebus air dalam periuk, masukkan 2 sudu
garam. Apabila air mendidih masukkan
sedikit minyak supaya spageti tidak
melekat. Apabila spageti sudah lembut
angkat dan toskan.
2. Untuk sos dpageti: panaskan minyak.
Masukkan bawang putih dan bawang besar
hingga layu, masukkan daging cincang.
Goreng sehingga sedikit keperangan.
3. Masukkan sos spageti serta tomato puree.
Tambahkan sedikit air supaya berkuah.
Masukkan kiub ayam.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasakan
ia, jika sudah secukup rasa barulah
diangkat untuk dihidangkan.
5. Hidangkan bersama parutan keju.
Bestnya Kalau Pandai Buat Cake
Assalamualaikum wrh... wbr....
Dalam bahagia teman-teman semua, semoga anda semua berbahagia selalu dihari minggu ini. Kali ini bukanlah nak cerita pasal masakan tapi cerita magenai my sepupu yang pandai membuat serta mendeko kek. Namanya Ida Farhana Idris yang dikenali dengan panggilan Ana, sekarang ni telah memulakan bisnesnya keknya hampir setahun tetapi beliau telah menerima banyak tempahan kek dan pelbagai desert untuk pelbagai majlis.
Sukanya saya melihat hasil dekorasi kek yang ringkas tetapi sedap. Banyak tempahan cake yang ia terima terutamanya cake birthday, kek pertunangan, kek perkahwinan serta pelbagai desert untuk pelbagai majlis. Inilah sebahagian hasil dekorasi kek tempahannya.
Keknya juga dijual di sebuah kafe di Seksyen 19, Shah Alam.
Dekorasi keknya yang cantik itu memang menggoda setiap orang untuk merasai keenakan keknya.
Desert yang dihasilkan oleh beliau memang sangat-sangat memukau dan menyelerakan para tetamu yang datang. Teringin juga nak belajar buat kek dengan beliau suatu hari nanti jika ada kelapangan.
Selasa, 3 Februari 2015
Bayam Butter Garlic
Assalamualaikum wrh.... wbr....
Salam bahagia semua, semoga berbahagia selalu di hari cuti ini. Hari ini saya entrikan mengenai masakan sayur bayam butter garlic. Biasanya orang putih suka masak stail gini. Masakannya sangat ringkas. Selalu nengok kat yutube. Teringin pula nak merasa. Jadi kebetulan hari ini ada sayur bayam so.... saya cubalah resepi ni. Ok juga rasanya. Tapi bila goreng bawang putih jangan sampai hangit, nanti akan jadi pahit rasanya.
Resepi Bayam Butter Garlic
Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 ikat sayur bayam (dipotong)
sedikit butter
sedikit garam
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit butter ke dalam kuali,
masukkan bawang putih yang dicincang
halus. Goreng sehingga naik wangi.
2. Masukkan sayur bayam, goreng seketika.
3. Masukkan sedikit garam. Dikacau lagi
sehingga sayur sedikit layu. Barulah
diangkat untuk dihidangkan.
Ahad, 1 Februari 2015
Kuih Kaswi Pandan
Assalamualaikum wrh... wbr....
Hai semua.... dah lama tak makan kuih kaswi, jadi saya buatkan kuih kaswi pandan untuk minum petang.Memang sedap bila dimakan bersama teh O atau kopi O panas.
Tapi biasa lah kuih-kuih begini hanya kita yang berumur ni saja yang suka. Anak-anak langsung tak sentuh. Jadi kalau nak buat kuih eloklah buat setengah adunan saja, kalau tak jenuhlah nak perabih.
Jadi kepada teman-teman nak resepinya kenalah klik kat SINI. Sebelum ni dah pernah buat, tapi saya gunakan acuan kuih lompang. Kali ni saya masukkan dalam loyang pula. Bila dah sejuk barulah dipotong dan digaul dengan kelapa yang dicampur dengan sedikit garam.
Segmen jom blogwalking dan Menang Hadiah by dyan zakhi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Hari ni saya join segmen jom blogwalking dan menang hadiah oleh Dyan Zakhi.Jomlah ramai-ramai kita support segmen beliau. Jika teman-teman nak ikut join juga bolehlah klik kat banner.Tarikh tamatnya 6hb February 2015.
Langgan:
Catatan (Atom)