Ahad, 27 Mei 2012
Zikrullah Pengubat Hati
Assalamuaalaikum wrh wbr....
Bersyukur kita ke hadrat Allah swt kerana dgn izinnya dapat saya berentri lagi. Untuk kali ini saya hanya menyampaikan sedikit tazkirah peringatan dan panduan untuk diri saya dan teman2 tentang kebaikkan zikrullah.
Zikrullah ertinya melafazkan dengan lidah serta membenarkan dengan hati. Zikir juga terbahagi kepada 2 iaitu zikir lisan dan zikir hati. Zikir lisan ialah menyebut nama Allah berulang kali, menyebut sifat2nya serta melafazkan puji padanya. Manakala zikir hati pula menghadirkan kebesaran, keagungan, kehebatan, kemuliaan, kesempurnaan dalam jiwa hingga hati sentiasa mengingati Allah.
Seperti mana yg kita ketahui, zikrullah adalah pengubat jiwa yang lara, menerangi hati kita yang dalam kegelapan dan ubat dari segala penyakit hati yg sentiasa bersarang di lubuk hati kita. Dengan berzikir kepada Allah hati kita akan menjadi lebih tenang.
Dalam kitab Tanbih al Ghafilin mempunyai 5
kelebihan berzikir:
1. Mendapat keredhaan Allah.
2. Akan menambah kesungguhan dalam
melaksanakan ketaatan.
3. Terkawal daripada hasutan syaitan.
4. Untuk melembutkan hati.
5. Mencegah dari melakukan maksiat.
Orang yang berzikir kpd Allah akan merasa tenang jiwanya kerana jiwanya berhubung terus dgn Allah dan merasa selamat di bawah jagaannya. Ketenangan hati org yang beriman akan dapat dirasakan oleh orang yang hatinya diliputi oleh kemanisan iman.
Selasa, 22 Mei 2012
Bulan Rejab
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga semuanya berada dalam lindungan Allah swt selalu. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di bulan Rejab , bulan yang punyai banyak kelebihan. Hari ini adalah 1 hb Rejab.
Sabda Nabi S.A.W :
" Sesungguhnya bulan Rejab itu adalah bulan Allah, bulan Syaaban itu bulan ku dan bulan Ramadhan bulan umat ku".
Bulan Rejab adalah bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Pintu rahmat Allah sentiasa terbuka luas bagi hamba-hambanya yang inginkan kesejahteraan jiwa dan ketenangan fikiran.
Marilah kita sama-sama membacakan doa ini.
Kelebihan di bulan Rejab:
1. Barangsiapa yang berpusa 1 hari dlm bulan
ini dengan ikhlas pasti ia akan mendapat
keredhaan dari Allah swt.
2. Barangsiapa yg berpuasa 2 hari dari bulan
ini, ia akan mendapat kemuliaan dari Allah
swt dan insyaallah permintaannya akan
dimakbulkan Allah swt.
3. Barangsiapa yang berpuasa 3 hari pada 1,
2, dan 3 Rejab, maka Allah swt akan
memberikan pahala seperti 900 tahun
berpuasa dan menyelamatkan dari bahaya
dunia dan siksa akhirat.
4. Barangsiapa yg berpuasa 7 hari dalam bulan
ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka
jahanam.
5. Barangsiapa berpuasa 8 hari dari bulan
ini, nescaya akan dibukakan 8 pintu
syurga.
6. Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan
ini, Allah akan mengampuni dosa-dosanya
yang telah lalu dan menggantikan semua
kejahatannya dgn kebaikan dan barangsiapa
yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah
akan menambahkan pahalanya.
7. Barangsiapa yg berpuasa pada tanggal 27
Rejab, akan mendapat pahala seperti 5
tahun berpuasa.
Marilah kita sama-sama mengambil peluang
ini untuk meningkat ibadah kita dibulan yang
penuh kelebihan dan kemuliaan ini. Semoga
segala amalan yang kita kerjakan akan diterima oleh Allah swt. Insyaallah.....
Sabtu, 19 Mei 2012
Kuih Koleh Kacang
Assalamualaikum wrh wbr...
Selamat malam semua. Semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Hari ini teringin sangat hendak makan kuih koleh kacang. Jadi saya pun buatlah kuih. Resepi kuih ini adalah resepi yang saya belajar dari saudara saya. So... anda juga boleh mencubanya.
Resepi Kuih Koleh Kacang
Bahan-bahan:
250 gm santan dimasak jadikan tahi minyak.
A 350 gm gula merah
150 gm gula putih
300 ml air
2 helai daun pandan
B 300 gm tepung kacang hijau
1 sudu teh garam halus
C 1700 ml santan (2 biji kelapa)
Cara membuatnya:
1. Masak bahan-bahan A hingga mendidih dan
semua gula jadi cair dan hancur.
Tapiskan.
2. Satukan bahan B dan C. Kacau hingga rata
dan sebati. Tapiskan dalam kuali.
3. Masukkan bahan A tadi. Kacau atas api
sederhana besar selama 1/2 jam.
4. Bila telah masak masukkan ke dalam loyang
bersaiz 10x10x1 inci dan taburkan tahi
minyak secukupnya.
5. Bila dah betul-betul sejuk barulah
dipotong.
love wall hanging
Assalamualaikum wrh wbr.....
Bertemu kembali teman-teman semua. Entri kali ini saya nak share lah dengan anda tentang love wall hanging yang saya hasilkan. Tapi belum siap sepenuhnya. Inilah hasilnya.....
Rabu, 16 Mei 2012
Selamat Hari Guru
Assalamualaikum wrh wbr......
Bersua kembali bertemu teman-teman semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini adalah Hari Guru bagi mereka-mereka yang bergelar guru. Guru adalah seorang insan yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa guru siapalah kita. Guru juga mendidik anak bangsa kita agar dapat melahirkan generasi cerdik pandai yang akhirnya akan dapat membantu membangunkan sebuah negara.
Bersempena dengan hari guru ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia, khasnya kepada guru-guru saya yang telah banyak berjasa mengajar serta mendidik diri ini tanpa rasa jemu.
Sebuah sajak utk guru yang bertajuk
GURU PENDIDIK JIWA.
Wahai guruku, mulianya hatimu
mengajar mendidikku selalu
Tanpa kenal penat dan jemu
moga tuhan meredhaimu.
Ya Allah peliharalah guruku
agar terus berada dalam rahmatmu
Agar terhindar dari tipuan dunia
yang sentiasa menipu manusia.
Ampunkanlah wahai guruku
kesilapan anak muridmu
Ku serahkan jiwa ragaku
agar terdidik nafsu liarku.
Dengan izin Allah ya Rabbi
engkaulah guru sejati
Engkau pendidik yang benar murni
moga tuhan sentiasa merahmati.
Langgan:
Catatan (Atom)