Rabu, 31 Januari 2018
Sambal Ikan Bilis Belado
Assalamualaikum...
Selamat petang teman-teman semua, semoga sihat selalu.
Hari ini saya entrikan mengenai masakan ikan bilis lagi. Tapi kali ini, saya masak sambal ikan bilis belado pulak. Letak pulak sedikit isi petai. Dimakan pula bersama dengan nasi panas-panas. Fuhhh... sodapnya.
Tak nak celoteh panjang-panjang. Jom kita tengok resepinya.
Resepi Sambal Ikan Bilis Belado
Bahan-bahan:
2 biji kentang (dipotong dadu)
2 genggam ikan bilis
daun limau purut
garam dan gula secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng dan menumis
Bahan kisar kering/kasar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang cili merah
10 biji cili api hijau
1 inci belacan
Cara memasaknya:
1. Kentang dan ikan bilis digoreng dahulu
dan kemudian ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar
hingga berminyak. Kemudian masukkam
garam serta gula.
3. Masukkan pula kentang, daun limau purut
serta ikan bilis yang telah digoreng
tadi. Kacau lagi.
4. Rasakan ia, bila dah secukup rasa
barulah diangkat untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Selasa, 30 Januari 2018
Sambal Tempe dan Bilis
Assalamualaikum...
Selamat petang. Semoga berbahagia selalu. Semalam di pasar ada dijual tempe. Dah lama tak masak tempe, jadi hari ni saya masak sambal tempe sama ikan bilis. Sedap jugak bila dimakan dgn nasi panas-panas.
Jom tengok resepi ringkas sambal tempe dari saya.
Resepi Sambal Tempe Ikan Bilis
Bahan-bahan:
2 bungkus tempe (dipotong ikut kesukaan)
1 genggam ikan bilis
cili kisar
sedikit belacan
air asam jawa
garam serta gula
4 ulas bawang merah (dihirid)
3 ulas bawang putih (dihiris)
minyak utk menggoreng serta menumis
Cara memasaknya:
1. Tempe serta ikan bilis digoreng. Kemudian
ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang
merah serta bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili blender, belacan.
Biarkan hingga cili garing atau berminyak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau lagi hingga
mendidih.
4. Masukkan pula garam, gula serta sedikit
serbuk perasa jika suka.
5. Perasakan ianya, bila sudah secukup rasa
barulah diangkat untuk dihidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Khamis, 25 Januari 2018
Rendang Ayam
Assalamualaikum...
Selamat petang teman-teman blogger semua. Salam Jumaat untuk semua, semoga kita semua memperoleh keberkahan di hari Jumaat yg mulia ini.
Ini sambungan entri yg kelmarin mengenai nasi lemak rendang. Hari ni saya updatekan mengenai resepi rendang ayam pula. Biasanya kalau buat rendang mesti digandingkan dengan ketupat pulut atau lemang. Tapi kali ini saya gandingkan dengan nasi lemak pula.
Anak-anak pun suka makan. Sampai habis rendang dimakan oleh mereka, tak tinggal sisa pun. Sbg ibu2 apa yg paling kita suka adalah jika hasil airtangan kita dinikmati oleh keluarga. Bahagia bangat...
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
20 biji cili kering (diblender)
santan secukupnya
kerisik
2 helai daun kunyit
garam, gula kabung dan sedikit serbuk perasa
Sedikit minyak utk menumis
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci halia
Cara memasaknya:
1. Panas sedikit minyak, masukkan bahan
kisar. Kemudian masukkan pula cili kisar.
2. Masukkan kerisik, ayam, santan, sehelai
daun kunyit. Biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan pula garam, gula serta sedikit
serbuk perasa jika suka. Biarkan sehingga
rendang sedikit kering serta berminyak.
Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama ketupat pulut, lemang atau dimakan bersama nasi lemak.
Nasi Lemak Rendang Ayam
Assalamualaikum...
Selamat petang semua sahabat. Semoga anda sihat2 sahaja diketika ini. Hari ni terlebih rajin sikit saya masak nasi lemak sambal ikan bilis serta ayam masak rendang.
Dah lama tak makan nasi lemak yang dimasak sendiri. Kalau makan nasi lemak yg dibeli asyik tak puas je. Jadi kalau masak sendiri, nak makan banyak mana pun boleh. Anak-anak makan pun boleh menambah. Itu untungnya kalau masak sendiri... kan. Cuma rajin dengan tak rajin je.
Resepi Nasi Lemak:
Bahan-bahan:
4 cawan beras (saya guna beras biasa)
3 helai daun pandan
2 inci halia (diketuk)
garam secukup rasa
santan ikut sukatan seperti memasak nasi biasa.
Cara memasaknya:
1. Beras dicuci bersih, masukkan ke dala
rice cooker. Kemudian masukkan santan
secukupnya seperti memasak nasi biasa.
2. Masukkan daun pandan, halia serta
garam secukupnya.
3. Masak seperti memasak nasi biasa. Bila
sudah mendidih dikacau, kemudian
ditutupkan lagi. Biar sehingga nasi
masak.
Resepi sambal ikan Bilis
Bahan-bahan:
Cili kering (dibelah dan direbus sebentar,
angkat dan blender)
ikan bilis
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
4 ulas bawang putih (juga dimayang halus)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 inci belacan
air asam
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali,
tumis bawang merah serta bawang putih.
Biarkan sehingga garing.
2. Masukkan cili blender. Kemudian masukkan
belacan. Biarkan sehingga cili masak
atau naik minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa
secukupnya. Masukkan ikan bilis, bawang
hiris. Masak lagi sehingga bawang layu.
4. Masukkan garam, gula serta sedikit serbuk
perasa. Bila sudah masak, barulah di
angkat utk dihidangkan.
Nasi lemak ini boleh dihidangkan bersama telur rebus, hirisan timun, kacang goreng, ikan bilis goreng serta lauk pauk yg lain seperti rendang ayam, rendang daging, sambal ikan bilis, sambal sotong dan sebagainya.
Untuk resepi rendang ayam saya akan tunjukkan di next entry.
Selasa, 23 Januari 2018
Sayur Campur
Assalamualaikum...
Salam sejahtera semua pengunjung blog diari diela, semoga anda semua ceria dan bahagia selalu hendaknya.
Alhamdulillah... bersua lagi di entri kali ini, entry kali ini mengenai masakan sayur campur pula. Alangkah bagusnya jika anak-anak kita suka makan sayur. Cara masaknya juga mestilah kreatif sikit, mesti letak sayur yang berwarna-warni. Barulah anak2 berminat sikit nak makan sayur.
Jom tengok resepi sayur campur yg ringkas dari saya.
Resepi Sayur Campur
Bahan-bahan:
1/2 biji bunga kobis putih
1/2 biji bunga kobis hijau
1 batang karot
beberapa ekor udang hidup
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
sedikit sos tiram
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya;
1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan
tumis bawang putih, bawang besar hingga
naik bau, masukkan udang. Goreng sekejap.
2. Masukkan Sayur karot, kobis hijau serta
kobis yg putih. Kacau lagi sehingga layu.
3. Masukkan sos tiram, garam serta serbuk
perasa.
4. Masukkan cili merah, kacau lagi. Barulah
tutupkan api.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas beserta lauk-pauk yang lain.
Selasa, 16 Januari 2018
Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum...
Selamat malam semua pengunjung Blog Diari Diela, semoga anda semua baik2 sahaja malam ini. Baru sekarang dapat meluangkan masa mengupdate my blog.
Kali ini nak bercerita tentang masakan daging salai masak lemak cili padi. Kebetulan masih ada daging yang masih berbaki di dalam freezer. So saya cuba masakkan daging masak lemak cili api siang tadi. Saya cuba resepi dari blog Corat-coret @ Dapor GeeHut, memang sedap lauknya. Cuma saya masak tidaklah sampai naik minyak, saya sentiasa kacau supaya santan tidak pecah minyak. Itu pun memang tetap sedap, apalagi dimakan dengan nasi panas-panas. Memang tak cukup 2 pinggan nasi.
Jom kita tengok resepinya...
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan:
1/2 kg daging
1 mangkuk santan pekat
2 biji kentang (saya tambah)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
10 - 15 biji cili api
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
4 cm halia
3 cm kunyit hidup
Cara memasaknya:
1. Bakar daging sehingga separuh masak
di atas api.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk
bersama daging yg dihiris, kentang, serai
dan daun kunyit. Tambah sedikit air dan
masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan, garam, gula dan asam
gelugur.Biarkan sehingga mendidih dan
pekat.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Jumaat, 12 Januari 2018
Puding Roti Karamel
Assalamualaikum...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu.
Hari teringin pula nak makan puding karamel, dah lama tak buat. Kebetulan roti gardenia masih berbaki tak ada siapa yang makan, daripada rosak begitu saja saya buatkan puding roti karamel.
Kali ini saya cuba resepi dari Yati Memories. Sedap pudingnya, apalagi dimakan ketika sejuk, memang best.
Resepi Puding Roti Karamel
Bahan-bahan:
3 sdb gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti
3 biji telur gred A
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sdk esen vanilla
Cara membuatnya:
1. Cara membuat gula hangus, masukkan gula
dalam kuali, masak ingga gula jadi perang
(guna api kecil supaya tidak hangit).
Kemudian masukkan 1 sdk air panas, kacau
hingga sebati dan matikan api. Tuang
terus dalam loyang, matikan api.
2. Panaskan pengukus. Carik-carikkan roti,
kemudian blender bersama air suam dan
susu.
3. Selepas itu masukkan telur yg ditapis
itu dan masukkan esen vanila. Blend
sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi
ke dalam loyang gula hangus dan kukus
hingga masak (40-1jam).
4. Sejukkan dahulu baru dipotong dan
dihidangkan.
Rabu, 3 Januari 2018
Roti Totila Burger Daging
Assalamualaikum...
Selamat malam semua... semoga anda semua sihat sahaja malam ini. Baru sekarang dapat update my blog yang satu ni.
Kali ini nak bercerita pula mengenai resepi ringkas roti totila. Roti totila ni biasanya kita boleh dapatkan kat mana2 pasaraya. Roti ini gunanya untuk membungkus daging atau ayam yg telah dimasak beserta sedikit sayuran dengan sedikit sos seperti mayonaise atau sos cili. Sebenarnya macam2 kita boleh letakkan seperti sosej, burger ayam, burger daging dan sebagainya.
Kali ini secara mudahnya saya meletakkan burger daging yang sudah siap dimasak bersama sedikit sayuran. Jom tengok resepi ringkas dari saya...
Resepi Roti Totila Daging Burger
Bahan-bahan:
1 bungkus roti totila
1 bungkus daging burger (saya guna burger
Ramli)
1 biji tomato (dihiris)
1 perdu daun salad
1/2 batang timun (dipotong memanjang)
1 biji cili benggala (juga dipotong)
sos cili
mayonaise
Cara membuatnya:
1. Daging burger dimasak diatas kuali leper
sehingga masak, jangan terlalu lama nanti
dagingnya akan menjadi keras. Kemudian
letakkan sedikit ajishio untuk penambah
rasa. Angkat dan sejukkan.
2. Kemudian daging burger tadi di potong
panjang2.
3. Ambil satu keping roti totila, potong
dua. Letak daun salad, kemudian masukkan
daging burger, letak timun, tomato serta
cili benggala. Picitkan sos tomato
serta mayonaise.
4. Gulung seperti bentuk kun, sematkan
dengan lidi penculik gigi supaya bungkusan
tidak terburai. Siap untuk dimakan.
Inilah rupanya roti wraps atau roti totila.
Langgan:
Catatan (Atom)