Jumaat, 28 September 2018
Kerabu Mangga
Assalamualaikum...
Selamat petang, semoga semuanya sihat2 sahaja di hari Jumaat yang mulia ini.
Strait to the point, hari ni teringin sangat nak makan somtam, kebetulan ada mangga muda yg dibawa oleh encik suami dari kampung. Apalagi tak dak betik muda, buah mangga muda pun takpa lah, janji boleh makan.
Terus lah saya buatkan kerabu mangga. Jom tengok resepi kerabu mangga.
Resepi Kerabu Mangga
Bahan-bahan:
1 biji buah mangga muda (dicincang &
di hiris2)
1 biji buah tomato
3 urat kacang panjang (Dipotong)
1/2 batang karot dicincang dan dihiris
1/2 biji limau nipis
segenggam ikan bilis (digoreng)
segenggam kacang tanah (digoreng)
1 ulas bawang putih
cili api ikut kepedasan
sedikit sos ikan
gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Ikan bilis dan kacang tanah digoreng,
kemudian ditumbuk kasar-kasar.
2. Cili api serta bawang putih juga ditumbuk
kasar.
3. Sediakan bekas, kemudian masukkan mangga,
karot, tomato hiris serta bahan-bahan yg
ditumbuk kedalamnya, gaulkan sehingga
bercampur.
4. Masukkan sos ikan, gula serta garam, juga
perahan limau nipis. Gaul sehingga betul-
betul bercampur. Perasakan garamnya, bila
dah secukup rasa bolehlah dihidangkan.
Rabu, 19 September 2018
Ketupat Rendang Ayam
Assalamualaikum...
Selamat tengahari... moga semuanya sihat2 sahaja hendaknya.
Hari ni teringin nak makan rendang ayam, kebetulan pula ketupat lebihan sewaktu raya haji dulu pun masih berbaki. Maka saya masakkan rendang ayam. Dapatlah makan dengan ketupat palas.
Terasa macam hari raya lah pulak... orang lain awal Muharam masak bubur asyura, kita makan ketupat rendang. Tapi takpa lah yg penting boleh makan. Tak gitu kan...
Ketupat palas ni saya buat sewaktu raya haji tempohari, kemudian masukkan dalam freezer. Jadi ia tahan lebih lama.
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dipotong dan dibersihkan)
cili blender*
6 biji bawang besar*
2 labu bawang putih*
halia*
lengkuas*
serai*
kunyit hidup*
Daun kunyit (dihiris halus)
santan
gula dan garam secukup rasa
kerisik
Cara memasaknya:
1. Blender bahan2 yg bertanda * hingga halus.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan2 blender.
Masukkan pula ayam, biarkan sehingga
mendidih.
3. Masukkan santan dan kerisik. Biarkan
mendidih lagi, kemudian masukkan garam,
gula serta perasa jika suka.
4. Bila hampir kering baru masukkan hirisan
daun kunyit.
* Untuk bahan blender, agak2 saja bahannya, jika nak sedap lebihkan bahan blender.
Isnin, 10 September 2018
Salam Maal Hijrah 1440 H / 2018 M
Assalamualaikum...
Salam maal hijrah saya ucapkan kepada teman-teman semua...
Mari kita sambut bulan hijriah dengan berhijrah dari kegelapan menuju cahaya islami, dari kekufuran menuju keimanan, semoga ditahun baru hijrah ini rezeki kita bertambah dan dipanjangkan usia kita untuk kita sentiasa beribadah kepadaNya.
Mudah-mudahan di tahun baru ini akan membawa sinar yang baru untuk kita semua.
Langgan:
Catatan (Atom)