Jumaat, 3 Ogos 2012
Buah Rotan
Assalamualaikum wrh wbr....
Selamat malam semua.... Hari ini saya cuba buatkan buah rotan. Biasanya bila raya, saya suka beli buah rotan ni. Tapi kali ini, saya cuba buatkan sendiri. Firstime buat buah rotan ni. Bila goreng pertama kali ia meletup-letup. Kali keduanya menggoreng, guna api slow barulah tak meletup lagi. Rupa-rupanya ia tak boleh menggoreng menggunakan minyak yang terlalu panas. Pokoknya kena sabarlah ketika menggoreng buah rotan ni.
Saya ambil resepi ni dari FATIMAH ISA. Terima kasih atas sumbangan resepinya. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini pulak... Mai kita tengok resepinya dulu...
Resepi Buah Rotan
Bahan-bahan:
500 gm tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
biji bijan halus
1 sudu besar esen ros
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 cawan
air dan ambil santannya. Kemudian 1 biji
telur, 4 sudu gula dan esen ros dimasukkan
ke dalam perahan santan dan dipukul hingga
sebati.
2. Masukkan ke dalam satu bekas yang besar,
kemudian masukkan cecair santan sedikit
demi sedikit.
3. Kemudian uli sehingga menjadi satu doh
lembut (tambah air jika santan tidak men-
cukupi) supaya senang untu dibulat-
bulatkan.
4. Adunan yang telah dibentuk hendaklah di-
gaulkan dengan bijan halus dan digoreng
dengan minyak yang sederhana panasnya
sehingga kuning keemasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan