Khamis, 25 Februari 2016

Agar-agar Coklat


        Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia... bertemu lagi di entri kali ini. Oleh kerana ada lebihan sedikit agar-agar yang masih bersisa, jadi saya masak agar-agar coklat. Sayang juga kalau dibiarkan tidak digunakan. Kebetulan ada coklat dan lebihan susu cair. Lihatlah resepinya yang mudah ini...


Resepi Agar-agar Coklat

Bahan:
5 gm agar-agar
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 sdb coklat
1/2 cawan susu cair

 Caranya:

1. Masak agar-agar bersama air sehingga
   agar-agar larut.
2. Masukkan gula, biarkan sehingga gula cair.
3. Kemudian masukkan susu cair beserta coklat.
   Tunggu sehingga mendidih.
4. Angkat dan masukkan ke dalam acuan kecil
   yang dibasahkan terlebih dahulu.
5. Sejukkan sebentar. Barulah masukkan ke
   dalam peti sejuk.


* Sedap dimakan ketika sejuk.

Selasa, 23 Februari 2016

Puding Sagu Berkuah


           Assalamualaikum wrh... wbr...

      Apa khabar teman-teman semua? Tentu sihat hendaknya. Bersua lagi di entri kali ini. Di cuaca panas terik sedap juga kalau makan makanan yang dapat menyejukkan tekak. So... saya buatkan puding sagu berkuah.

Resepi Puding Sagu Berkuah

Bahan-bahan:
1 cawan sagu
3 cawan air
sedikit gula
pewarna

Caranya:
1. Masak sagu bersama air hingga mendidih.
   Masukkan sedikit gula.
2. Apabila sagu sudah masak atau jernih,
   bahagikan kepada beberapa bahagian.
3. Masukkan pewarna setiap bahagian. Kemudian
   masukkan ke dalam acuan kecil-kecil.


Kuah santan

bahan-bahan:
1 tin susu cair
1 tin air
sedikit garam 

Caranya:
1. Masukkan bahan-bahan tersebut di dalam
   periuk. Masak sehingga naik wap.
2. Angkat dan sejukkan.

Sirap Gula Melaka

Bahan-bahan:
gula melaka @ gula merah
1 helai daun pandan
air secukupnya

Caranya:
1. Didihkan gula melaka bersama air, masukkan
   daun pandan. Biarkan gula tersebut cair 
   dan sedikit pekat.
2. Angkat dan sejukkan, kemudian masukkan 
   ke dalam peti sejuk.


Sabtu, 20 Februari 2016

First Mini Giveaway MasitaEyta Mencari Followers Yang Ke 150 & 10 New Bloglist


           Assalamualaikum wrh... wbr...

http://masitaeyta.blogspot.my/2016/02/first-mini-giveaway-masitaeyta-mencari.html


       Jom kawan-kawan kita join giveaway dari teman kita ni. Siapa-siapa yang berminat nak ikut join, bolehlah klik kat banner.

         Tarikh tamatnya 31 Mac 2016.

      * Maaf saya tak ada instagram


Kuih Apam Gula Hangus


        Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman semua. Di malam minggu ini saya rasa teman-teman sudah semestinya sedang beristirehat bersama keluarga masing-masing. semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.

    Petang tadi sempat saya membuat apam. Dah lama rasanya saya tak membuat apam. Kali ini saya cuba buatkan apam gula hangus. Saya cuba resepi dari dapur Kak Rose, My Kuali. Terima kasih resepinya, izinkan saya copykan resepinya di sini pula... ya.

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan:
Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan air

Bahan B
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sdb marjerin
2 sdb susu pekat
1 sdt soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Caranya:
1. Gula dihanguskan, kemudian dicampurkan
   dengan air, kemudian sejukkan.
2. Di dalam blender masukkan susu, telur,
   minyak masak dan marjerin. Kisar 
   anggaran 3 minit.
3. Masukkan bahan A yang telah disejukkan 
   tadi bersama-sama soda bikarbonat dan
   dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar
   lagi hingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang selama 
   45 minit, jika menggunakan acuan kecil
   kukus selama 15 minit.
6. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah
   ditambah dengan sedikit tepung agar apam
   tadi tidak mendap dan basah dibahagian
   bawahnya.


Khamis, 18 Februari 2016

Nasi Ayam Madu


         Assalamualaikum wrh... wbr...

   Apa khabar teman-teman semua, tentunya anda semua sihat serta ceria selalu hendaknya. Bersua lagi di entri kali ini. 
   
   Hari ni teringin pula nak makan nasi ayam. Tercari-cari kat dapur maya kawan-kawan. Terbekenanlah dengan resepi nasi ayam madu dari Yati Memories. Memang sedap rasanya resepi masakan nasi ayam dari Yati ni. tapi saya tak letak madu sebab tak ada stok madu kat rumah, tapi walaupun tak ada madu ayamnya tetap juga sedap dimakan.
    Terima kasih Yati di atas resepinya, izinkan saya sharekan resepinya disini pula untuk rujukan saya nanti.

Resepi Nasi Ayam

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras
6 cawan air (air rebusan ayam dicampur
          dengan 1 ketul kiub ayam)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning
2 sdb butter

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
4 batang serai (diketuk)
3 sdb minyak masak

Caranya:
1. Basuh beras dan rendam 30 minit, toskan.
   Ketepikan.
2. Masukkan 5 cawan air rebusan ayam dalam
   rice cooker. Masukkan beras dan biarkan
   sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis 
   hingga naik bau.
4. Masukkan 1 cawan air, biarkan mendidih 
   dan masukkan ke dalam rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak
   macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan dengan  
   chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah dihidang
   bersama ayam goreng dan sos cili merah 
   dan sos kicap. 

Bahan untuk ayam goreng madu:
1 ekor ayam
3 sdb kicap pekat
3 sdb sos tiram
2 sdb madu
2 sdb sos tomato

Caranya:
1. Rebus ayam besama air hingga separuh 
   masak dan keluarkan dari sup tersebut 
  (air rebusan ayam inilah buat masak 
   nasi ayam tadi).
2. Perap ayam bersama kicap sos tiram, sos
   tomato dan madu selama 1/2 jam.
3. Goreng ayam dalam minyak terendam. Setelah
   masak angkat dan toskan.

Sup ayam:
air dari rebusan ayam
daun sup / daun bawang secukupnya
1 ketul kiub ayam
garam secukup rasa
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
rempah tumis (bunga lawang, bunga 
     cengkih,kulit kayu manis,buah  
     pelaga)

Caranya:
1. Masukkan rempah tumis ke dalam periuk 
   yang berisi air rebusan ayam.
2. Masukkan kiub ayam serta garam. Biarkan
   sehingga mendidih.
3. Apabila dihidang nanti taburkan hirisan 
   daun sup serta daun bawang.
 
Sos pedas merah:
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili merah
6 biji cili api (merah/hijau)
2 sdb cuka
2 sdb gula 
sedikit garam
2 sdb sos cili
1/2 cawan air masak utk blend bahan2
hirisan daun ketumbar (saya tambah)
  
caranya:
1. Kisar bawang putih, cili api dan cili 
   merah.
2. Masukkan cuka dan sos cili, gaul sebati.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya.
   perasakan.
4. Sekiranya dah ok, bolehlah dihidangkan 
   bersama ayam. 

Sambal kicap:
10 biji cili api (merah/hijau)
2 ulas bawang putih
1/4 cawan kicap
gula dan garam secukup rasa
sedikit sup ayam

caranya:
1. Bakar bawang putih sekejap. Kisar cili 
   api bersama bawang putih.
2. Masukkan dalam mangkuk dan letakkan kicap.
3. Masukkan pula gula dan garam secukupnya. 

      

Selasa, 16 Februari 2016

Eggles Caramel Pudding


       Assalamualaikum wrh... wbr...

   Bersua kembali di kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu hendaknya.

   Tengahari tadi terasa begitu panas sekali rupanya petang hujan turun dengan lebatnya. Jalan- didapur teman-teman terjumpa puding caramel yang sangat sedap. Anak-anak pun cakap puding ni memang sedap, siap suruh buat lagi. Saya ambil dari dapur Nieza. Terima kasih di atas resepinya, izinkan saya sharekan resepinya di sini pula.

Resepi Eggles Caramel Pudding

Bahan-bahan:

Bahan A
2 senduk gula (guna senduk nasi)

Bahan B
1 paket serbuk agar-agar (7 gm)
4 cawan air
2 1/2 senduk gula

Bahan C
1 tin susu cair (400 gm)
2 sdb tepung kastad
1 sdt esen vanilla
* campur semua bahan c


Cara penyediaannya:
1. Hanguskan gula seperti buat caramel 
   untuk puding caramel yang lain.
2. Dalam periuk didin bahan B. 
   Kecilkan api, kemudian masukkan 
   bahan C. Kacau rata selama lebih 
   kurang 3 minit atau sehingga adunan 
   sedikit likat dan pekat.
3. Matikan api, tuangkan adunan ke 
   dalam acuan yang berisi gula hangus.
4. Bekukan dalam peti ais, potong 
   dan boleh dihidangkan.


* Lebih sedap dihidang sejuk-sejuk. 

Isnin, 15 Februari 2016

Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung


          Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman, didoakan semoga anda semua berada didalam rahmat Allah selalu. 
    Kali ini saya entrikan mengenai masakan ikan kembung masak lemak cili api. Ada lebihan dua ekor ikan kembung yang agak besar, jadi pikir punya pikir... saya masakkan masak lemak cili api. Memandangkan semua bahan masih ada dalam peti sejuk. Lihatlah resepinya....

Resepi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Bahan:
2 ekor ikan kembung besar
2 batang serai
2 helai daun limau purut
1/2 biji timun (dipotong)
1 keping asam gelugur
1/2 biji kelapa (diambil santan)
garam dan sedikit perasa 

Bahan kisar:
13 biji cili api
1 biji bawang besar
4 ulas bawang kecil
1 inci kunyit

Cara memasaknya:

1. Sediakan periuk, masukkan bahan tumbuk
   sehingga mendidih.
2. Masukkan serai, asam gelugur serta  
   timun. Biarkan ia menggelegak.
3. Masukkan pula santan, biar sehingga
   mendidih. Kemudian masukkan pula ikan.
4. Masak dengan api yang sederhana, 
   masukkan pula garam serta perasa. 
   Kemudian rasakan ia.
5. Bila seudah masak , bolehlah diangkat
   untuk dihidangkan.


Khamis, 4 Februari 2016

Ayam Masak Minang


          Assalamualaikum wrh... wbr...

    Bersiaran lagi di pagi Jumaat yang penuh berkah ini. Terasa sekejap je, pejam celik pejam celik tahu-tahu dah tiba Jumaat lagi. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Begitulah dunia dah akhir zaman, masa terasa cepat sangat berlalu.

     Berbalik kepada cerita entri kali ini, saya kongsikan resepi yang dicuba dari Iza Akma dari blog SINGGAHSANA KITCHEN iaitu ayam masak minang. Ternyata memang sedap rasanya, macam dah makan kat restoran nasi minanglah pulak. Apa-apa pun terima kasih di atas resepinya. Izinkan saya copykan resepinya di sini pula untuk rujukan saya nanti.


Resepi Ayam Masak Minang

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
1 helai daun kunyit
4 helai daun limau purut
200 ml santan  (boleh guna santan segar)
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa 
sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 inci lengkuas
1 inci halia 
1/2 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
5 biji buah keras
12 tangkai cili kering
4 batang serai


Cara memasaknya:

1. Bersihkan ayam, potong ikut citarasa
   masing-masing dan toskan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan
   bahan-bahan kisar. Masak sehingga 
   bahan tumisan masak dan airnya kering.

3. Masukkan ayam, kacau rata-rata dan 
   biarkan ia masak.

4. Tuangkan santan bersama air sedikit 
   supaya ianya tidak terlalu pekat. 
   Masukkan daun kunyit serta daun limau
   purut.

5. Kemudian masukkan garam secukup rasa
   bersama asam gelugur, rasakan kuahnya.

6. Masak dengan api yang sederhana , 
   biarkan ianya mendidih dan kuahnya 
   pekat.


*  Masakan ini mesti dimasak menggunakan 
   api yang kecil dan menggunakan masa yang 
   agak lama.


Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder - Menangi Penginapan Swiss Garden Resort


            Assalamualaikum wrh... wbr...

   

    Dah lama tak join giveaway. Kali ni saya ikut menyertai giveaway yg dianjurkan oleh Nurin Khairi. Tarikh tamatnya 12 February 2016.