Jumaat, 22 Disember 2017

Jalan-jalan ke Pantai Merdeka


        Assalamualaikum...

      Bersua kembali... ini cerita minggu lepas sewaktu pulang kampung menghadiri majlis kahwin sepupu tempohari. Memandangkan sewaktu pulang dari kenduri masih awal, maka kami ambik kesempatan jalan2 ke Pantai Merdeka dimusim cuti sekolah ni...

      Di musim cuti sekolah ini pantai merdeka memang meriah sangat dipenuhi ramai orang terutama cuti di hujung minggu. Macam2 kegiatan ada di pantai tersebut,ada gerai jualan, gerai makanan dan minuman, permainan utk kanak2, pertunjukkan ular dan sebagainya.







               Memang sesuai sangat bawa keluarga serta anak-anak jalan-jalan ke Pantai Merdeka.


Khamis, 21 Disember 2017

Spiral Pasta Bolognese mudah


         Assalamualaikum...

      Selamat malam semua... semoga teman2 sihat-sihat sahaja di ketika ini. Malam ni baru sempat nak update my blog. Kali ini saya nak bercerita pula tentang masakan spiral pasta bolognese yang mudah.

      Biasalah... bila cuti2 sekolah begini, anak2 semua berkumpul dirumah, jadi mak-mak ni tiap hari kena memikirkan apa benda yg hendak dimasak untuk anak2. Bila masak yg itu2 saja boring pulak anak2. Sekali sekala nak juga ubah selera, jadi saya masakkan pasta spiral sos spagetti.


Resepi Sos Bolognese

Bahan-bahan:
2 tin sos bolognese original
400 gm daging cincang
2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 biji tomato (dipotong dadu kecil2)
garam serta perasa
minyak zaitun utk menumis


Cara memasaknya:

1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak
   zaitun. Tumis bawang besar yang dicincang
   halus. kemudian masukkan tomato, Biarkan
   sehingga layu.
2. Masukkan daging cincang, kacau sehingga 
   keluar minyak.
3. Masukkan pula sos bolognese tadi, biarkan 
   sehingga mendidih.
4. Masukkan juga garam serta perasa, bila 
   sudah secukup rasa, angkat dan hidangkan 
   dgn pasta atau spagetti.


Pasta Spiral

Bahan-bahan:
1 bungkus pasta spiral
air secukupnya untuk merebus
sedikit garam
sedikit minyak

Cara merebus:
1. Masukkan air secukupnya kedalam periuk, 
   masukkan pula sedikit garam serta sedikit 
   minyak.
2. Bila air sudah menggelegak masukkan pasta
   tadi. Biarkan mendidih atau sehingga pasta
   masak.
3. Angkat dan sejatkan airnya. Bila airnya
   sudah kering, masukkan sedikit minyak,
   kacau2kan supaya pasta tidak melekat.


Isnin, 18 Disember 2017

Majlis Perkahwinan Sepupu


           Assalamualaikum... 

       Selamat petang semua, semoga anda semua berbahagia selalu. Sekarang musim cuti persekolahan, maka ramailah yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri perkahwinan. Tak terkecuali juga bapa saudara saya pun mengadakan perkahwinan anak perempuannya.

       Jadi sempatlah saya dan keluarga pulang ke kampung meraikan kenduri perkahwinan sepupu.

















    Selamat pengantin baru saya ucapkan kepada Nurul Nadira beserta pasangannya Muiz, semoga bahtera perkahwinan akan terus kekal hingga ke jannah.


Ahad, 10 Disember 2017

Kuih Cara Berlauk


     Assalamualaikum...

   Selamat pagi... semoga anda semua ceria serta berbahagia selalu. Lama tak buat kuih cara berlauk. Kelmarin saya buatkan kuih cara berlauk untuk dibawa kepengajian...

   Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu, kerana kuih caranya sangat sedap dan lembut.



Resepi Kuih Cara Berlauk

Bahan untuk lauk:


200 gm daging cincang
2sdb rempah kari daging
1 sdb sos tiram
sedikit lada hitam
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumbuk:


2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia

Bahan taburan:


1 pokok daun bawang (dihiris)
2 biji cili merah(buang biji dan dihiris 
  halus)
sedikit bawang goreng jika suka

Cara membuat inti:


1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak

   dan tumis bahan-bahan tumbuk.

2. Bila rempah naik bau, masukkan daging 
   cincang. Kacau sebentar.


3. Kemudian masukkan rempah kari, sos tiram,
   garam dan gula secukup rasa serta lada 
   hitam jika suka.


4. Biarkan sehingga daging masak dan kering
   sambil dikacau sekali sekala. Angkat dan
   ketepikan.



Bahan kuih cara:

300 gm tepung gandum
690 gm santan pekat
2 biji telur
1/2 sdt garam
1 sdb minyak masak
pewarna kuning

Caranya:


1. Satukan tepung, garam dan telur di dalam
   sebuah bekas.


2. Masukkan santan sdikit demi sedikit sambil
   dikacau dengan whisk hingga menjadi adunan
   yang licin dan halus.


3. Masukkan pewarna dan minyak, kacau rata.

Untuk membuat kuih cara berlauk:


1. Panaskan acuan kuih cara, untuk permulaan
   sapu minyak pada acuan. Step ini dilakukan
   pada permulaan sahaja, tidak perlu 
   seterusnya.


2. Tuangkan adunan dalam acuan, letakkan

   bahan inti serta bahan taburan.

3. Tutup acuan supaya kuih cepat masak. 
   Apabila sudah masak, angkat dan hidangkan.




Sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau hidangan dimajlis2 tertentu.

Jumaat, 8 Disember 2017

Kari Ayam Kapitan


           Assalamualaikum...

      Selamat petang... semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini saya entrikan mengenai kari ayam kapitan, memandangkan anak2 semuanya suka ayam, bosan selalu masak kicap, goreng letak garam kunyit je... Jadi,  kali ini saya cuba masakkan kari ayam kapitan pula. Sukanya anak2, ada yang makan nasi berulang kali. Kalau anak-anak cakap sedap, kira ok lah tu. Bolehlah dimasak selalu.

      Saya cuba dari resepi Singgahsana Kitchen, cuma saya tambahkan ubi kentang. Terima kasih Iza Akma resepinya ini... izinkan saya letakkan resepinya di sini pula ya...



Resepi Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahan:
1 kilo ayam
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam halus
2 cawan pati santan
3 helai daun limau purut
1 sdb gula merah
1 sdb jus limau nipis
2 biji kentang (di belah2)
minyak utk menumis dan menggoreng

Bahan kisar:
20 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
2 batang serai
6 biji cili merah
8 tangkai cili kering
sedikit belacan

Hiasan:
bawang goreng
daun pudina (tak letak)



Cara memasaknya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan
   garam halus, perap selama 4 jam (saya 
   pun tak perap lama sbb nak cepat).
   Kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan kuali, masukkan sdikit minyak 
   dan tumis bahan kisar tadi hingga naik 
   bau dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng
   tadi serta kentang, biarkan selama 6-7 
   minit.
4. Masukkan pula pati santan, daun limau 
   purut, gula merahs serta jus limau nipis. 
   Kacau dan biarkan sehingga kentang empuk.
5. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan
   dengan bawang goreng serta daun pudina.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.



Khamis, 7 Disember 2017

Masak Lemak Ikan Kembung


       Assalamualaikum...

    Selamat malam semua... semoga anda semuanya sihat. Baru sekarang dapat update my blog. Kali ini bercerita pula tentang masakan lauk kegemaran encik suami yaitu masak lemak cili api. Kali ni saya masakkan masak lemak cili api ikan kembung letak kacang buncis serta sedikit petai. Memang berselera sangat makan nasi. Jom tengok resepinya...



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung

Bahan-bahan:

2 ekor ikan kembung yg besar (dipotong)
2 helai daun kunyit
2 keping asam gelugur
Beberapa batang kacang buncis (dipotong)
sedikit isi petai
3 cawan santan
2 batang serai diketuk

Bahan tumbuk:
2 biji bawang besar
2 inci kunyit
15 biji cili api
2 inci lengkuas


Cara memasaknya:

1. Bawang besar, kunyit hidup, lengkuas 
   serta cili dikisar hingga lumat.

2. Masukkan bahan kisaran tadi ke dalam 
   santan dan ikan.

3. Kalau perlahan-lahan sehingga mendidih
   untuk mengelak ikan hancur serta santan
   tidak pecah.

4. Masukkan asam keping, serai serta daun
   kunyit yang disimpul. Kemudian masukkan
   pula kacang buncis dan sedikit petai. 
   Kacau lagi.

5. Masukkan garam serta perasa jika suka.

6. Setelah masak, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas bersama lauk pauk yg lain.


Ahad, 3 Disember 2017

Roti Jala Kuah Durian

    
  Assalamualaikum...

    Selamat tengahari dan selamat bekerja kepada teman2 yang sedang bekerja di ketika ini, semoga anda semua ceria2 selalu hendaknya.

    Hari ni saya buatkan roti jala pandan untuk sarapan pagi ni. Memandangkan lebihan durian hari tu masih lagi berbaki, saya simpan kat dalam freezer, jadi ianya tahan lebih lama. Buka je peti ais... semerbak harum bau durian. Mana boleh tahan. So saya masakkan serawa durian. Boleh juga dimakan bersama roti gardenia atau roti jala.

    Jadi disini Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu. Memandangkan kejadian rotinya menjadi dengan cantik dan lembut, rasanya pun sedap. Cuma saya tukarkan pewarna kuning kepada pewarna hijau dan ditambah pula dengan sedikit paste pandan. Jom tengok resepinya...



Resepi roti Jala Pandan

Bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder (tak letak pun takpa)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (boleh guna air atau          santan)
3-4 titik pewarna hijau

sedikit paste pandan
4 sdb mentega (dicairkan serta disejukkan)
1 biji telur
garam secukup rasa



Cara memasaknya:

1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak
   ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang
   ditengah tepung. Masukkan telur yang
   dipukul sedikit dan kacau rata.


2. Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air
   dan kacau lagi hingga licin dan tidak 
   berbintil2. Masukkan mentega cair, pewarna
   kuning serta garam secukup rasa. Kacau 
   rata dengan whisk, kacau adunan dan 
   tapiskan.


3. Panaskan non stick pan, kacau bancuhan
   roti jala dan masukkan ke dalam acuan.
   Kemudian kirai diatas kuali tadi, 
   pastikan ianya bercantum antara satu 
   sama lain. Gunakan api yang sederhana.
   Bila roti jala nampak pucat, bolehlah 
   anda lipat atau gulung. Buat kaedah 
   yg sama untuk baki adunan hingga siap.



Resepi Serawa Durian

Bahan-bahan:

sebiji durian (ambil isinya)
3 helai daun pandan
1 1/2 ketul gula kabung (saya tak guna gula
  putih)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam


Cara memasaknya:

1. Cairkan gula melaka dgn air, masukkan 
   juga sehelai daun pandan yang disimpul. 
   Tapis dan masukkan je dalam periuk.

2. Masukkan juga santan pekat.

3. Masukkan daun pandan dan isi durian, tak 
   payah keluarkan bijinya.

4. Kacau kuah hingga pekat dan sebati, kacau
   selalu supaya santan tidak pecah.

5. Rasakan kuahnya. Jika dah secukup rasa,
   bolehlah diangkat.

* Kuah duria @ serawa durian ini boleh juga
  dimakan bersama pulut, roti gardenia atau
  roti jala.


Sabtu, 2 Disember 2017

Kesan Air Putih Selepas Tidur


              Assalamualaikum...

    

     Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. 


     Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur.  Oleh itu tiap pagi kita perlu 'paksa diri' untuk minum air putih. Ini adalah sebab-sebabnya:
  
KEBAIKAN MINUM AIR PUTIH -MINERAL-
Berikut 8 sebab yang ingin saya kongsikan kepada anda semua tentang kebaikan minum air putih.
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita. 
2. Meningkatkan kesuburan.
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat            yang menyebabkan kanser
Air putih bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air putih menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air putih juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air putih.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
AIR kosong PENAWAR pelbagai jenis PENYAKIT.


Jumaat, 1 Disember 2017

Kuih Apam Gula Merah


       Assalamualaikum...

   Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua berbahagia selalu.

   Hari ni adalah hari yg paling bahagia kerana anak bujang saya sudah pun kembali setelah 3 bulan merantau di negara orang yaitu Korea. Pada mulanya memang berat juga hendak melepaskan ianya pergi, tapi untuk kebaikkannya nak cari pengalaman mencari rezeki di negara org, maka dilepaskan juga. Alhamdulillah... katanya banyak benda yang dapat dipelajari dan juga dapat menimba banyak pengalaman baru. 

   Dah lama teringin nak makan kuih apam gula merah, so dapatlah saya buatkan hari ini. Sedap kuih apam bila dimakan bersama kelapa parut yang digaul dgn sedikit garam.
Terima kasih Yati Memories di atas resepinya ini, saya copykan di sini pula utk rujukan saya nanti.



Resepi Kuih Apam Gula Merah

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

Semua bahan dimasak dan disejukkan.

Bahan B
1 sdb yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sdk gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air


Cara membuatnya:

1. Masak bahan A hingga gula larut dan
   sejukkan.

2. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau
   sehingga berbuih.

3. Campurkan kesemua bahan C ke dalam mangkuk
   besar dan masukkan sekali air gula yang
   telah didejukkan tadi.

4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi.
   Gaul sebati, setelah sebati, tutup dan
   biarkan selama 10 minit.

5. Lengserkan loyang dengan acuan, dan
   tuangkan adunan ke dalam acuan, biarka
   selama 10 minit.

6. Kukus adunan selama 40 minit kalau acuan
   besar dengan api yg sederhana kuat.

7. Biarkan sejuk, baru dikeluarkan dari
   acuan.



* Sedap dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.