Ahad, 28 April 2013

Crochet Sarung Bantal Kusyen Kuning dan Oren


        Assalamualaikum wrh wbr....

        Salam bahagia di hari minggu ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta. Entri kali ini pula mengenai crochet sarung bantal kusyen. Kali ini gabungan warna kuning dan oren pula. Masih lagi menggunakan motif bunga yang sama dengan crochet yang sebelum ini.





            
       Ini bahagian hadapannya masih belum
 siap sepenuhnya. Belum dikait bahagian
 belakangnya.



           Ini pula sarung bantal yang sudah 
                 siap dikait.



                   Ini bahagian belakangnya.



                     Warnanya yang terang kelihatan lebih ceria. Kombinasi antara warna kuning, oren hijau dan putih. Selain cantik diletakkan diatas kerusi atau kusyen, ia juga boleh diletakkan di dalam kereta.

 



Jumaat, 26 April 2013

Mini GA 2

 
        Assalamualaikum wrh... wbr...




         Dah lama tak join GA. Mini GA ini dianjurkan oleh Syiela. Tarikh tutupnya hari ini, 27 hb April 2013. Cuba je lah mana tahu kalau-kalau ada rezeki. Kalau siapa-siapa yang nak join, klik kat banner di atas.






Ahad, 21 April 2013

Ayam Masak Madu


           Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam di hari minggu untuk teman-teman semua di dunia maya ini. Entri kali ini mengenai masakan lauk pauk. Tak tahu nak masak apa... Tengok resepi Ayam masam masak madu Che Mat Gebu, tergoda lah pula. Nampak sedap je. So saya cubalah resepinya. Alhamdulillah sedap rasanya. Anak-anak pun suka sangat masakan ni. Siap pesan lagi, lain kali masak lagi. Apa-apa pun saya ucapkan terima kasik bebanyak kepada CHE MAT GEBU di atas resepi ini.






Resepi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan:

500 gm ayam
3 sdb cili kisar
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 sdb cili sos
3 sdb madu
1 sdt serbuk lada hitam
2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-
              dihiris
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
Garam
air secukupnya

Caranya:

1. Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
2. Ayam diletak garam kunyit, kemudian 
   digoreng hingga warna keemasan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk 
   hingga berminyak. Kemudian masukkan 
   cili kisar biarkan sehingga cili masak.
4. Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, 
   biarkan mendidih.
5. Masukkan ayam, serbuk lada hitam, 
   hirisan bawang besar dan hirisan cili. 
   Gaul rata dan masak hingga pekat.
   Rasakan, dan jika perlu masukkan garam.
   Barulah diangkat untuk dihidangkan.



Jumaat, 19 April 2013

Sayur Lemak Pucuk Manis


            Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam ukhwah di hari Sabtu, semoga teman-teman semua berbahagia selalu hendaknya. Entri kali ini mengenai masakan sayur pula iaitu sayur lemak pucuk manis bersama ubi keledek putih. Pucuk manis ni kalau dimasak dengan rebung yang fresh lagi sedap. Nak cari kat mana rebung yang fresh, kalau kat pasar tu, rebungnya yang dah dimasamkan. Lainlah kalau tinggal kat kampung. 

     Sedap juga.... Sekali- sekala makan nasi bersama sayur lemak ni best juga. Kena pula dengan ikan masim goreng dan berulam sambal belacan pula. Wah.... bertambah-tambah nasi tak terasa. Masakan  yang lemak-lemak ni tak boleh lah dimakan selalu. Sekali sekala apa salahnya. Kesihatan kena jaga juga. Mai lah kita lihat resepinya....






Resepi Sayur Lemak Pucuk Manis

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk manis (diambil daunnya)
1 ketul keledek putih (dipotong kecil)
sejemput udang kering
3 ulas bawang kecil (dihiris)
2 1/2 cawan santan
garam  dan perasa secukup rasa.

Cara memasaknya:

1. Masukkan keledek kedalam periuk, masuk-
   kan sedikit air. Rebus dahulu supaya 
   keledek empuk.
2. Masukkan bawang, udang kering, santan
   serta pucuk manis. Biarkan sehingga men-
   didih, selalu dikacau supaya santan tidak 
   pecah.
2. Masukkan garam dan sedikit perasa. 
   Bila cukup masak, barulah diangkat untuk
   dihidangkan.



Selasa, 16 April 2013

Crochet Cover Purple Bantal Kusyen


              Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam sejahtera semua, semoga semuanya sihat-sihat sahaja hendaknya. Entri kali ini mengenai crochet purple bantal kusyen yang terbengkalai tempohari. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan crochet tersebut. Lihatlah hasilnya....








           Kombinasi warna yang menarik iaitu warna purple muda, purple tua, hijau, kuning dan  putih. 


Ahad, 14 April 2013

Masak Lemak Nangka Muda


          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam bahagia teman-teman semua. Semoga bahagia selalu di hujung minggu ini. Entri kali ini mengenai masakan lauk pauk pula. Kelmarin sewaktu ke pasar, terpandanglah nangka muda. Teringin pula rasanya nak makan masak lemak cili api nangka muda. So beli lah nangka muda tu. Asyik tertangguh je dari hari ke hari. Hari ni, baru lah dapat masak. Alhamdulillah, bertambah juga lah dua tiga pinggan nasi. Lihat lah resepinya....






Resepi Masak Lemak Nangka Muda

Bahan-bahan :

Buah nangka muda
sedikit daging (dipotong nipis)
santan secukupnya
10 ulas cili api*
1 biji bawang besar*
2 inci kunyit*
1/2 inci halia*
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
garam dan sedikit perasa.

Cara memasaknya:

1. Rebus buah nangka muda sehingga empuk. 
   Kemudian angkat dan toskan.
2. Kisar bahan yang bertanda * sehingga 
   halus.
3. Masukkan bahan yang dikisar kedalam 
   periuk bersama serai serta asam keping. 
   Masukkan sedikit air. Masak di atas api 
   sehingga mendidih.
4. Masukkan daging, biarkan hingga empuk. 
   Masukkan daun kunyit. Masukkan santan. 
5. Kecilkan api, masukkan santan. Kacau 
   selalu agar santannya tidak pecah. Masuk-
   kan garam dan perasa.
6. Bila dah secukup rasa barulah diangkat 
   untuk dihidangkan.



Selasa, 9 April 2013

Agar-agar Sirap Susu


          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia semua, semoga teman-teman ceria-ceria selalu hendaknya. Di cuaca yang panas terik ni.... sedap juga kalau dapat makan agar-agar atau puding yang sejuk dan dapat menyamankan tekak. Oleh kerana masih ada lagi agar-agar yang berbaki maka saya buatkan agar-agar sirap susu. Lihat lah resepinya....






Resepi Agar-agar Sirap Susu

Bahan-bahan:

10 gm agar-agar
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 helai daun pandan
1/2 cawan susu cair
sedikit sirap ros

Cara memasaknya:

1. Masakkan agar-agar dengan air sehingga 
   larut, masukkan gula dan daun pandan. 
   Kacau lagi sehingga mendidih.
2. Bahagikan kepada dua bahagian. Sebahagian
   daripada agar-agar tersebut, masukkan 
   pewarna  sirap ros. Masukkan ke dalam
   bekas dan bekukan. Setelah sejuk potongkan
   kecil-kecil. Masukkan ke dalam bekas atau  
   acuan yang disukai.
3. Sebahagian lagi masukkan susu cair. Biarkan
   mendidih seketika. Kemudian barulah dituang
   ke dalam acuan yang berisi agar-agar sirap 
   tadi. Sejukkan ke dalam peti sejuk.


Isnin, 8 April 2013

Kuih Koci


          Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Kelmarin pergi pasar beli barang-barang dapur, terlihat daun pisang yang cantik-cantik lagi fresh. Teringin pula nak cuba masak kuih yang menggunakan daun pisang. Belek punya belek resepi, terjumpalah resepi kuih koci ni. Teringin nak makan hasil buatan sendiri. Saya cuba dari resepi PERIUK TANAH.  Sedap kuihnya.... Mai lah kita tengok resepinya.







Resepi Kuih Koci

Bahan-bahan:


- Daun pisang secukupnya dilayur dan di-

   potong 5x5 inci.
- 1 cawan santan pekat yang dicampur dengan
  1 sdb tepung gandum, kemudian dimasak
  sehingga sedikit pekat dgn menggunakan 
  api yang sederhana (saya tak letak).

Intinya:

4 sdb gula merah
2 sdb gula putih
1/2 biji kelapa parut
1 helai daun pandan
1/2 cawan air

Caranya:

1. Masak gula merah dan gula putih bersama 
   air sehingga larut. Angkat dan tapiskan. 
2. Masakkan  kembali dengan menggunakan api 
   yang kecil. Masukkan daun pandan serta 
   kelapa. Masak sehingga kering. Kemudian 
   angkat dan sejukkan.

Dohnya:

1 1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan santan cair
1 sdt garam

Caranya:

1. Masukkan kedua-dua jenis tepung serta
   garam ke dalam bekas, masukkan santan 
   sedikit demi sedikit sambil di uli dohnya.
2. Ambil sedikit dan bulatkan.

Cara membalut kuih:

1. Ambil daun pisang, sapukan sedikit minyak 
   ke atas permukaannya.
2. Ambil secubit doh, leperkan ia. Kemudian 
   masukkan inti kelapa ke dalamnya.
   Tutupkan ia, bulatkan sebesar bola 
   pingpong. 
3. Letakkan ke atas daun pisang, masukkan 
   sedikit santan. Kemudian barulah
   dibalutkan ia. Ulangi lagi proses membalut
   kuih sehingga selesai.
4. Masukkan kuih-kuih tersebut ke dalam
   pengukus dan kukuslah selama 20 - 25
   minit. 
5. Setelah masak barulah di angkat.


Jumaat, 5 April 2013

Warna-warni bunga Bougenvile

       
          Assalamualaikum wrh wbr...

         Salam bahagia kepada teman-teman di dunia maya ini. Semoga semuanya ceria-ceria selalu. Entri kali ini mengenai bunga bougenville atau lebih dikenali dengan bunga kertas. Sebenarnya my hubby memang gemar sangat dengan bunga-bunga kertas ini. Dialah yang menanam pokok bunga tersebut. 


        Bermacam-macam warna yang menjadi pilihannya. Sekiranya ke nurseri bunga, pokok bunga kertas lah yang menjadi tumpuannya. Lihatlah pokok-pokok bunga kertas yang menjadi pilihannya. Walaupun tidak mempunyai laman, tetapi tetap juga ingin menanam pokok tersebut. 




Bunga kertas, warnanya gabungan antara warna pink dan putih.
 


         Ini pula bunga kertas berwarna ungu muda. Daunnya pula berwarna hijau dan ditepinya sedikit warna putih.
 


Bunga kertas berwarna merah.




Ini pula bunganya berwarna pink.






               Bunga kertas di atas berwarna putih, daunnya pula berwarna hijau serta di bahagian tepi daun sedikit putih.
 





                Bila melihat bunga yang bermacam-macam warna, nampak cantik lah pula. Pokok bunga kertas ini memang cantik jika ditanam di halaman rumah. Sebenarnya pokok bunga ini tidak memerlukan banyak air, yakni tidak perlu kerap disiram. Sekiranya sering disiram, daunnya yang akan banyak, bunga tidak akan keluar. Ia juga memerlukan sinaran matahari yang cukup, dan tidak perlu diletakkan ditempat yang teduh. Di samping pembajaan yang cukup, barulah pokok akan tumbuh subur dan banyak berbunga.



Rabu, 3 April 2013

Daging Masak Sambal Serai


         Assalamualaikum wrh... wbr...

      Sudah beberapa hari tak bersiaran. Hari ni baru lah nak masukkan entri. Kali ini entri mengenai masakan lauk pauk pula iaitu daging masak sambal serai. Tak payah lah kita berceloteh panjang-panjang. Lihat je lah resepinya...





Resepi Daging Masak Sambal Serai

Bahan:


400 gm daging dipotong kecil
20 btg cili kering dikisar
6 ulas bawang merah (dikisar) 
4 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halai (dikisar)
2 batang serai diketuk
garam
gula
sedikit kerisik

sedikit minyak utk menumis



Cara memasaknya:

1. Kisar bawang merah, bawang putih  dan 
   halia sehigga lumat.

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk 
   tadi bersama dengan serai yang dititik
   sehingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, Goreng sehingga 
   naik minyak. Masukkan daging, digoreng
   lagi.

4. Masukkan garam, gula serta serbuk perasa
   jika suka. Rasakan ia.

5. Bila daging dah empuk dan rasanya dah
   secukup rasa, barulah diangkat dan 
   dihidangkan.



Isnin, 1 April 2013

Origami Bunga Tulip


             Assalamualaikum wrh wbr....

     Bertemu lagi kita dientri kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Entri kali ini, mengenai origami iaitu hasil lipatan kertas dilipat-lipat menghasilkan pelbagai bentuk seperti bunga, binatang, benda-benda dan sebagainya.

Biasanya kertas yang digunakan mestilah kertas yang berwarna, barulah nampak cantik dan menarik. Lihatlah origami tulip yang saya hasilkan....





         Origami tulip di atas menggunakan warna merah, daun serta batangnya menggunakan kertas warna hijau.





         Origami tulip tersebut menggunakan kertas warna putih, batang serta daunnya menggunakan kertas yang berwarna hijau.