Sabtu, 25 Ogos 2012
Udang Goreng Kunyit
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ceria untuk semua, moga sukses selalu. Kali ini saya nak share tentang masakan udang goreng kunyit. Saya rasa semua orang mesti tahu masak masakan ini kerana ianya sangat ringkas dan mudah serta bahan-bahannya pun tidak banyak digunakan. Mari kita lihat resepinya...
Resepi Udang Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana besar
1 sdt serbuk kunyit
sedikit garam
1 labu bawang besar dipotong bulat
3 ulas bawang putih diketuk kasar
1 biji cili merah
1 biji tomato dibelah enam
sedikit gula
sedikit minyak masak
Cara memasaknya:
1. Udang dibuang kepala dan dibersihkan.
2. Panaskan minyak, masukkan bawang putih.
Goreng sekejap.
3. Masukkan udang, digoreng lagi.
4. Masukkan bawang, cili, tomato serta
sedikit gula.
5. Apabila dah agak masak, barulah diangkat.
Sedap dimakan bersama nasi panas.
Jumaat, 24 Ogos 2012
Jalan-jalan ke Pantai Merdeka
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera kepada anda semua, semoga berbahagia selalu. Entri kali ini mengenai jalan-jalan kat Pantai Merdeka. Saya dan keluarga berkesempatan pergi jalan-jalan kat Pantai Merdeka, Kedah. Sekali sekala dapat jalan-jalan best juga untuk merehatkan minda.
Dalam perjalanan nak ke Pantai Merdeka kita singgah kat kawasan sungai yang terdapat banyak pokok bakau. Dari sini juga kita boleh menaiki bot untuk pergi ke Pantai Merdeka.
Ini dalam gok tempat membakar kayu bakau
untuk dijadikan arang.
Ini rupanya gok tempat pembakaran
kayu bakau.
Sayup-sayup kelihatan permandangan
Gunung Jerai.
Pantai Merdeka merupakan tempat perkelahan dan tempat bersantai-santai.
Kelihatan seperti pulau tu adalah
pekan Tanjung Dawai.
Teringat senikata lagu Cinta Pantai Merdeka
Ku ukir nama mu di awan Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh, indahnya... peristiwa....
Cinta kita di Pantai Merdeka....
Oh...oh...oh....
Khamis, 23 Ogos 2012
Paru Rendang Hijau
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam ceria untuk semua. Dipendekkan cerita, entri kali ini mengenai masakan paru masak rendang hijau yang saya buatkan untuk hari raya tempoh hari. Bahan-bahannya sama seperti buat rendang yang lain cuma cilinya menggunakan cili hijau serta ditambah pula dengan cili api untuk manaikkan rasa pedas. Lihatlah resepinya....
Resepi Paru Rendang Hijau
Bahan-bahan:
1 kilo paru direbus dan dipotong kecil-kecil
250 gm santan pekat
3 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula dan perasa
1 labu bawang besar*
10 ulas bawang kecil*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
6 batang serai*
5 biji cili hijau*
15 biji cili api*
Cara membuatnya:
1. Kisar bahan-bahan yang bertanda * sehingga
halus.
2. Panaskan kuali, masukkan bahan kisar, paru
dan santan. Kacau dan biarkan sehingga
mendidih.
3. Masukkan kerisik. Kacau lagi, masukkan
garam, gula, serbuk perasa , hirisan daun
pandan. Biarkan sehingga agak pekat
barulah diangkat.
4. Sedap dimakan dengan nasi panas atau
ketupat daun palas.
Rendang Ayam
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam sejahtera kepada teman-teman semua. Entri kali ini mengenai masakan rendang ayam yang dimasak sebelum aidil fitri. Baru sekarang berkesempatan nak update blog. Saya rasa semua orang tahu memasak rendang ayam, cuma sukatannya yang berbeza, mungkin. Sebenarnya masak rendang ayam ni, kalau banyak bahannya lagi sedap. Mari kita lihat resepinya...
Resepi Rendang Ayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
15 tangkai cili kering *
10 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
1 1/2 inci halia *
1 1/2 inci lengkuas *
6 batang serai *
1/2 inci kunyit hidup *
4 cawan santan pekat
4 sdb kerisik
2 helai daun kunyit dihiris halus
garam, gula serta serbuk perasa
Cara memasaknya:
1. Bahan-bahan yang bertanda * dikisar
terlebih dahulu.
2. Perapkan ayam bersama bahan-bahan giling
selama 1 jam.
3. Panaskan kuali masukkan bahan perap tadi
bersama santan dan masak sehingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, masukkan kerisik,
garam serta perasa secukup rasa.
4. Masak hingga ayam empuk dan agak pekat.
Akhir sekali masukkan daun kunyit dan
barulah diangkat.
5. Sedap dimakan bersama ketupat palas.
Rabu, 22 Ogos 2012
Salam Aidil Fitri 2012 M / 1433 H
Assalamualaikum wrh wbr...
Salam Aidil Fitri kepada teman-teman semua. Semoga sihat sejahtera hendaknya di bulan Syawal ini. Hari ini merupakan hari raya yang keempat. Memandangkan kita masih lagi berada dalam mood raya, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan batin. Saya kira masih ramai lagi yang masih berhari raya mengambil kesempatan ziarah-menziarahi ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.
Saya juga berkesempatan pulang berhari raya bersama keluarga di kampung. Tetapi saya pulang selepas solat Aidil Fitri dan selepas berhari raya di rumah saudara di sini. Inilah photo yg sempat diambil ketika hari raya tempoh hari.
Bersama keluarga
Bersama emak saudara sebelah suami.
Bersama ibu.
Bersama ibu dan ayah sewaktu berhari
raya ke Inabah 10,
raya ke Inabah 10,
Kuala Nerang, Kedah.
Ini ketika berhari raya di rumah bapa
saudara di Sungai Bakap,
Pulau Pinang.
saudara di Sungai Bakap,
Pulau Pinang.
Sabtu, 18 Ogos 2012
Ketupat Daun Palas
Assalamualaikum wrh... wbr...
Selamat malam semua, semoga ceria-ceria selalu hendaknya di samping keluarga. Mungkin hari ini, ramai di antara suri-suri rumah yang sibuk menyediakan rendang ketupat untuk hari raya Aidil Fitri. Begitu juga dengan saya, hari ini saya juga membuat ketupat daun palas. Tak meriah raya kalau tak ada ketupat daun palas ini. So, saya buatlah ketupat ini. Bagi sesiapa yang nak cuba buatkan ketupat ini, cara membalutnya kenalah tengok kat youtube. Mai kita tengok resepinya dulu...
Ini daun palas yang dah dibuka untuk dibuat ketupat.
Ini pula daun palas yang dah diisi dengan pulut tetapi belum direbus lagi.
Ini pula ketupat yang sudah siap direbus.
Resepi Ketupat Daun Palas
Bahan-bahan:
1 kilo beras pulut
1 kilo santan pekat
2 helai daun pandan diikat
garam secukup rasa
daun palas secukupnya
Cara membuatnya:
1. Bersihkan pulut dan toskan.
2. Masak santan, garam serta daun pandan.
3. Apabila santan sudah mendidih, masukkan
beras pulut tadi. Sentiasa di kacau agar
tidak berkerak.
4. Angkat dan bolehlah dibungkus dengan
daun palas.
5. Apabila dah habis dibalut, bolehlah
direbus di dalam periuk yang agak besar
sedikit. Masukkan air hingga tenggelamkan
ketupat tadi. Tutupkan periuk.
6. Rebus sehingga air kering.
7. Sedap dimakan dengan rendang, kari daging
atau serunding.
Biskut Cornflakes Madu
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam Aidil Fitri saya ucapkan kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini mengenai masakan biskut cornflakes madu. Sebenarnya biskut ni, saya buatkan dua hari yang lepas. Baru sekarang, saya nak entri. Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih atas resepinya. Saya copy kat sini ya.....
Resepi Biskut Cornflakes Madu
Bahan A:
125 gm butter
1/2 cawan brown sugar
1 cawan madu
Bahan B:
1 kotak cornflakes Nestle (500 gm)
1 cawan kismis
1 cawan badam cincang panggang/ gajus
Hiasan:
mangkuk kertas kecil
ceri merah dan hijau dipotong kecil
Cara membuatnya:
1. Panaskan bahan A sehingga butter cair.
Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul
rata.
2. Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3. Hiaskan dengan hirisan ceri merah/ hijau.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
pada suhu 170C selama 8-10 minit.
5. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap
udara.
Biskut Badam
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Hari ini merupakan hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan. Esok hari kita akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri. Saya kira mungkin dah ramai yang telah selamat sampai ke kampung halaman masing-masing untuk berhari raya bersama ayah dan bonda serta sanak saudara.
Walau apa pun jua selamat Hari Raya Aidil Fitri saya ucapkan.
Entri kali ini, mengenai kuih badam yang saya cuba buatkan. Resepi ini saya cuba dari resepi YATI MEMMORIES. Terima kasih saya ucapkan atas resepinya. Mohon izin saya letakkan resepinya di sini...
Resepi Kuih Badam
Bahan-bahan:
375gm mentega (1/2 cawam mentega)
1 1/2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 sdt esen vanila
1 cawan badam hancur
2 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan tepung gandum
untuk hiasan
2 biji kuning telur
badam cincang
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanilla,
Gaul hingga sebati.
2. Masukkan badam hancur, tepung jagung dan
tepung gandum dan uli menjadi doh yang
lembut.
3. Canai dan terap mengikut acuan yang
disukai.
4. Letakkan di atas loyang dan sapukan
kuning telur dipermukaan biskut dan
taburkan sedikit badam cincang.
5. Bakar selama 20 minit atau sehingga
masak pada suhu 160C.
Rabu, 15 Ogos 2012
Aidil Fitri 2012
Assalamualaikum wrh wbr....
Lebih kurang dua hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin ada di kalangan kawan-kawan yang membuat persiapan terakhir untuk menyambut hari lebaran yang bakal tiba nanti. Walau apa pun jua, di kesempatan yang ada ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dengan ucapan....
Aidil Fitri datang menjelma
Di bulan Syawal kita menerima
Dengan hati dan tangan terbuka
Semoga diberkati oleh yang Esa
Kepada kawan-kawan yang akan pulang kekampung halaman, saya doakan semoga perjalanan anda menjadi lancar dan selamat sampai ke destinasi masing-masing. Pandulah kenderaan dengan lebih berhemah agar kejadian yang tak diingini tidak akan terjadi. Insyaallah....
Kuih Bingka Ubi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia untuk semua, semoga berbahagia selalu. Kali ini saya nak share tentang resepi kuih bingka ubi. Bingka ubi ni, kita boleh buat guna gula putih atau gula merah. Kalau nak guna gula putih, kenalah pilih ubi yang berwarna kuning. Kalau guna gula merah, ubi yang biasa pun boleh digunakan. Bingkanya pun berwarna kecoklatan sedikit.
Mari kita tengok resepinya...
Resepi Kuih Bingka Ubi
Bahan-bahannya:
1800 gm ubi kayu (parut dan timbang)
500 ml santan pekat
400 ml air
450 gula castor
50 gm susu powder
80 gm marjerin
1 1/2 sdt garam halus
Cara membuatnya:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan di atas ke
dalam periuk.
2. Kacau di atas api yang sederhana sehingga
agak pekat dan naik wap.
3. Sapukan minyak di sekeliling loyang.
4. Masukkan ke dalam loyang dan bakar
sehingga kekuningan dengan suhu 180C
selama 1 jam 15 minit.
5. Bila dah masak, angkat dan sejukkan
dahulu baru dipotong.
Puding Laici Berkuah
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam persaudaraan untuk semua, semoga anda semua sukses selalu. Rasanya kita sudah pun hampir berada di penghujung bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Dua tiga hari lagi kita akan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti. Masing-masing sibuk membuat persiapan untuk sambutan Aidil Fitri yang bakal tiba nanti.
Entri kali ini saya nak share resepi yang saya cuba dari YATI MEMORIES untuk berbuka iaitu puding laici berkuah. Okey juga rasanya. Terima kasih Yati kerana mengongsikan resepi tersebut. Izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan saya. Kita tengok resepinya....
Resepi Puding Laici Berkuah
Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung kastard
1 sdb tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur
Cara membuatnya:
1. Campurkan kesemua sekali dan dimasak di
atas api yang sederhana dan dikacau sampai
pekat dan likat.
2. Setelah pekat dan likat, angkat dan
masukkan ke dalam acuan yang berbentuk
supaya senang dimakan.
3. Sejukkan ke dalam peti sejuk hingga beku
dan keluarkan dari acuannya.
4. Dihidangkan bersama fruit cocktail atau
laici dan kuahnya.
Kuahnya:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan tin susu cair itu
juga)
Gula ikut suka rasa manis
jika suka boleh letah 1 biji kuning telur
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan dan jerangkan
di atas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu, kemudian sejukkan dalam peti ais.
Hiasan:
1 tin fruit cocktail.
Selasa, 14 Ogos 2012
Kacang Goreng Bersalut
Assalamualaikum wrh... wbr...
Entri kali ini mengenai kacang goreng bersalut. Selalunya saya beli saja kalau nak makan. Kali ini saya cuba buatkan sendiri. Sedap juga rasanya. Rangup sangat kacangnya. Saya ambil resepinya dari AZIAN. Terima kasih atas resepinya.
Izinkan saya letakkan resepinya di sini. Inilah resepinya bagi sesiapa yang ingin mencubanya...
Resepi Kacang Goreng Bersalut
Bahan-bahan:
1 kilo kacang tanah
sebuku bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
4 sdb tepung gandum
4 sdb tepung beras
4 sdb tepung jagung
4 sdb bijan
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Gaulkan kacang yang telah dicuci dan
ditoskan dengan bawang putih kisar, cili
kisar, gula dan garam.
2. Masukkan bahan-bahanyang lain selain
minyak masak dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan
api yang sederhana. Pisahkan, sambil
dikacau supaya masak rata.
4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan
toskan.
5. Sejukkan dahulu sebelum menyimpan di
dalam bekas kedap udara.
Langgan:
Catatan (Atom)