Sabtu, 28 Julai 2018

Jalan-jalan ke Nursery Bunga


       Assalamualaikum...

Salam dihari Sabtu yang indah... Alhamdulillah pagi2 hari ni dah hujan membasahi bumi Shah Alam, sejuk je terasa pagi ni. Tapi bila dah beransur tengahari, kembali panas seperti biasa.

Pagi ni sempat juga jalan2 ke nursery bunga di Sungai Buluh. Lama dah tak jalan2 kesana. Maklumlah peminat bungalah katakan. Tak dapat nanam bunga dapat lihat2 bunga pun jadi lah buat terapi mata dan minda.




Semuanya cantik-cantik terutamanya bunga ros tu, kalau boleh nak diangkut semuanya.




Sukanya tengok bunga orkid yang punyai bermacam-macam warna dan bentuk.




Tengok bunga kaktus berkenan pulak, tapi lain kali lah datang lagi.



Berbinau jugak biji mata ni bila tengok pokok semuanya cantik2. Tak tahu nak pilih yg mana satu.


Inilah sedikit pokok yg menjadi pilihan saya, hanya ditanam kat dalam rumah je... memandang
tiada tempat utk tanaman bunga di luar rumah.



Jumaat, 27 Julai 2018

Sambal Tempoyak Goreng


       Assalamualaikum...

Salam di malam Sabtu yg indah... semoga teman2 semua sihat serta berbahagia selalu disamping keluarga tersayang.

Sekarang ni tengah musim durian kan... Kalau ada durian mestilah ada tempoyak. Sebenarnya macam2 boleh dimasak dengan tempoyak ni. Selain dicampur dgn sambal belacan, dimakan bersama ulam-ulaman, ianya boleh dibuat masak tempoyak ikan patin.

Tapi kali ni saya buat sambal tempoyak goreng bersama dengan sedikit ikan bilis. Setelah jalan2 kat blog Shahida Dzulkifli, teringin pula nak cuba resepi ni, kebetulan tempoyak masih ada dalam simpanan. Terima kasih Shahida sharekan resepi ni. Kali ni saya simpan resepinya disini pula ya...



Resepi Sambal Tempoyak Goreng

Bahan-bahan:

ikan bilis (digoreng)
tempoyak
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
3 biji cili merah*
15 biji cili api*
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak utk menumis



Cara memasaknya:

1. Bahan yang bertanda * dikisar, saya guna 
   chopper je supaya tak terlalu halus.

2. Panaskan sedikit minyak, masukkan bahan
   kisar ke dalam kuali. biarkan sehingga
   cili masak dan berminyak, masukkan 
   tempoyak, garam serta gula secukup rasa.

3. Goreng sehingga bergaul rata, tutupkan 
   api. Biarkan sebentar, kemudian baru 
   masukkan ikan bilis goreng. Gaulkan
   sehingga bercampur.



Tips: 

Untuk mengelakkan ikan bilis goreng menjadi liat, jangan masukkan dulu ikan bilis kedalam sambal ketika masih panas-panas. Biarkan sebentar sehingga sambal sedikit sejuk, baru masukkan ikan bilis goreng.



Rabu, 25 Julai 2018

Pasta Spiral Goreng Lada Hitam


             Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Semalam masak spageti, berlebih pula sosnya, kemudian saya rebus pula pasta spiral.  Kemudian pasta spiral pula lebih.

Jadi hari ni saya goreng saja pasta yg berlebihan tu... Hanya goreng ringkas2 sahaja dengan sedikit bahan yg ada di dapur. Ternyata sedap juga. Jom tengok resepi ygringkas dari saya...


Resepi pasta spiral goreng lada hitam

Bahan-bahan:
Pasta spiral yg direbus
2 biji bawang besar (dicincang)
3 ulas bawang putih (dicincang)
daging cincang
sedikit lada hitam
sos tiram
kiub ayam/daging
sedikit hirisan daun sup
sedikit minyak utk menumis


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan 
   yang dicincang halus sehingga layu.
   Masukkan daging cincang.
2. Masukkan pula daging cincang. Masukkan 
   sos tiram, kiub serta sedikit garam dan 
   gula.
3. Masukkan pasta, goreng sehingga bergaul
   rata. Taburkan dengan hirisan daun sup. 
   Siap utk dihidangkan.


Untuk lebih sedap taburkan dengan mozarela cheese di atasnya.


Ahad, 15 Julai 2018

Ketupat Pulut lagi


         Assalamualaikum...

Selamat malam semua... dan selamat berhujung minggu. Semoga anda semua berbahagia selalu.

Alhamdulillah... hari ni merajinkan diri memasak ketupat pulut atau lebih dikenali dengan ketupat daun palas. Biasanya time nak raya saja orang buat ketupat pulut, ni dah habis raya baru nak buat ketupat.

Hujung minggu kelmarin saya ada balik kampung menghantar anakanda saya kesekolah, tetiba bapa belikan daun palas. Jadi disuruh saya bawa balik. Itulah sebabnya saya buatkan juga ketupat. Sayang juga jika daunnya rosak begitu saja. Dahlah bawa jauh datang dari utara sana.



Tapi kali ni saya taklah gandingkan ketupat dengan rendang atau kari ayam. Hanya sekadar belikan serunding daging dan serunding ayam sahaja dari pasar tani yang berdekatan. Itupun dah sedap. Ada juga yang makan ketupat pulut ni dicicah bersama dengan susu pekat manis. Nak tahu sedap ke tidak, kena cubalah dulu...




Ketupat yang belum dikukus.



Ketupat yang sudah dikukus.

Kali ini saya buat agak banyak, jadi supaya resepinya tak hilang saya sharekah di sini ya utk rujukan saya dimasa kan datang.

Resepi Ketupat Pulut

Bahan-bahan:

Daun palas- dibuka terlebih dahulu dan dibuat kelongsong ketupat sebelumnya.

3 kilo beras pulut (dibasuh terlebih dahulu
    dan ditoskan)
6 biji kelapa (diambil santannya, agak2 saja
    disesuaikan dengan pulut)
garam secukup rasa
10 helai daun pandan

Cara memasaknya:

1. Santan yang diperah tadi dimasukkan ke
   dalam belanga. Masukkan pula daun pandan 
   serta garam.

2. Masak santan hingga betul2 masak dan 
   sedikit berminyak.

3. Masukkan beras pulut, terus dikacau
   sehingga pulut kering. Kemudian barulah
   diangkat.

4. Kemudian barulah proses membalut ketupat 
   dibuat sehingga selesai.

5. Setelah selesai membalut, barulah direbus
   ketupat atau dikukus sehingga masak. 

Saya lebih suka mengukus memandangkan pulutnya dah lembut, kerana menggunakan pulut susu. Jika menggunakan pulut biasa, eloklah 
direbus kerana pulutnya agak keras. Terserah citarasa selera masing-masing.



Selasa, 3 Julai 2018

Masak Lemak Ikan Masin dgn Nenas


           Assalamualaikum...

     Salam di pagi Rabu yang indah, semoga semuanya sihat2 sahaja hari ini.

     Pagi ni saya update my blog dengan masakan masak lemak cili api ikan masin bersama nenas. Ini menu tengahari semalam, pagi ni baru dapat bersiaran. Biasanyanya kalau ada nenas mesti digandingkan dengan ikan masin terutamanya ikan talang. Tapi kali ni ikan talang tak de stok, jadi saya beli lah tulang ikan kurau. Tetap juga sedap.


Resepi masak lemak ikan masin dengan nenas

Bahan-bahan:
tulang ikan (ikut suka berapa banyak)
1 biji nenas (dihiris nipis)
santan secukupnya
2 batang serai (dititik)
2 helai daun kunyit
garam serta gula secukup rasa

1 biji bawang besar*
15 biji cili api* (taknak pedas boleh
    kurangkan)
2 ulas bawang putih*
Kunyit hidup*(agak-agaklah)

Bahan yang bertanda * dikisar halus.


Cara memasaknya:

1. Panaskan periuk. Masukkan bahan kisar,
   biar sehingga mendidih. 
2. Masukkan serai serta daun kunyit. Kemudian
   masukkan ikan serta nenas, biarkan lagi 
   sehingga menggelegak.
3. Masukkan pula santan, perlu dikacau selalu
   supaya tidak pecah santannya.
4. Perasakan garam serta gulanya.
5. Apabila sudah masak bolehlah diangkat dan
   dihidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas.