Ahad, 28 Jun 2020
Roti Jala Pandan Kuah Durian
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua sahabat, moga sihat selalu hendaknya.
Sekarang kan musim durian. Dimana-mana pun ada saja orang yang menjual durian. Dibawa balik buah durian, disuruh buat kuah durian. Lepas tu di syorkan pula buat roti jala. Jadi kirailah roti jala buat dimakan dengan kuah durian.
Resepi Roti Jala Pandan
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan susu cair
1 cawan air daun pandan kisar
2/3 minyak masak
1/2 sdt pewarna hijau
2 biji telur
1/2 sdt gram
Cara memasaknya:
1. Campurkan semua bahan, masukkan ke dalam
pengisar. Kisar hingga sebati.
2. Masukkan adunan ke dalam botol yg
mempunyai muncung 3 atau 4.
3. Panaskan kuali nonstick, dengan api kecil.
Kirailah roti jala dengan bentuk yang
disukai.
4. Biarkan beberapa saat, tak perlu
diterbalikkan. Angkat dan gulungkan.
Resepi Kuah Durian
Bahan-bahan:
Isi durian
santan
gula merah
sedikit garam
daun pandan
Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk.
Masak hingga kuah menjadi pekat.
2. Perasakan ia, jika ada rasa yang
kurang, bolehlah ditambah. Siap untuk
dihidangkan.
Sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang atau dimajlis2 tertentu.
Rabu, 24 Jun 2020
Kuih Apam Tepung Beras
Assalamualaikum...
Bersua lagi di hari ini, semoga semuanya berbahagia selalu.
Pagi ni kukus apam tepung beras untuk sarapan pagi. Sedap kuih apamnya, tapi tak ada kelapa parut sbb belum keluar ke kedai. Walaupun tak ada kelapa parut, makan macam tu je dah pun sedap. Kalau ada kelapa parut, tak cukup 3 ketul kuih agaknya.
Resepi Kuih Apam Tepung Beras
Bahan-bahan:
1 cawan nasi
2 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 1/4 cawan air
1 sdt yis
1 paket eno tanpa perisa (tak letak)
Pewarna
Cara membuatnya:
1. Kisar nasi bersama air serta gula hingga
halus. Kemudian masukkan yis, biarkan
seketika.
2. Masukkan tepung beras sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk
sehingga bercampur rata. Biarkan selama
1/2 jam atau lebih supaya adunannya naik.
3. Masukkan pewarna, masukkan kedalam acuan
yang digris dahulu dengan minyak masak.
4. Kukus selama 15 hingga 20 minit sehingga
masak. Pastikan pengukus dipanaskan
terlebih dahulu.
5. Bila dah masak, sejukkan dahulu baru
dikeluarkan dari acuan. Siap dihidangkan.
Sedap dimakan dengan teh O atau kopi O panas.
Isnin, 22 Jun 2020
Kek Butter Pelangi
Assalamualaikum...
Selamat pagi...
Salam di pagi Selasa yang indah, semoga semua sahabat beroleh kesejahteraan dan kesihatan yang baik di hari ini.
Cerita semalam buat kek butter pelangi. Saya sebenarnya paling tak pandai buat kek sebenarnya. Mesti tak berapa menjadi, tapi bila dimakan tetap juga sedap. Cuma rupanya saja yg kurang menarik.
Kena buat selalu agaknya, baru menjadi dengan elok kot.
Resepi Kek Butter Pelangi
Bahan-bahannya:
1/2 cawan butter
3/4 cawan gula kastor
sedikit esen vanila
50 gm serbuk santan
3 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sdk baking powder
pewarna kegemaran
badam flakes secukupnya
Cara membuatnya:
1. Satukan butter, gula dan esen vanila,
pukul sehingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur satu persatu, pukul
sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan serbuk santan, kacau
rata.
4. Ayakkan tepung dan baking powder,
masukkan tepung sedikit demi sedikit
ke dalam adunan, kacau rata.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,
letak pewarna kegemaran.
6. Sapu loyang dengan sedikit butter.
Tuangkan adunan berselang seli serta
lorekkan sedikit, kemudian taburkan
badam ke atasnya.
7. Bakar pada suhu 170C selama 30 minit
atau sehingga masak, bergantung kepada oven masing-masing.
Ahad, 21 Jun 2020
Kuih Apam Coklat
Assalamualaikum...
Selamat pagi... moga sahabat semua sihat selalu.
Sarapan pagi ni saya buat kuih apam coklat. Anak bongsu saya memang sangat suka kuih atau roti yang berperisa coklat. Kalau beli aiskrim juga yg menjadi pilihan mesti berperisa coklat.
Jadi saya buatkan apam coklat pula. Mula2 dianya jual mahal tak mahu makan. Tapi bila dah cuba, lepas satu satu diambilnya. Memang sedap kuih apam coklat ni.
Jom tengok resepinya...
Resepi Kuih Apam Coklat
Baha-bahan:
Bahan A (diayak)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sdt bikarbonate soda
Bahan B
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak jagung
1 cawan air panas
1 sdt emulco coklat
1 sdt eseb vanila
2 biji telur
Cara memasaknya:
1. Panaskan air kukusan.
2. Pukul telur dan gula hingga kembang.
3. Masukkan air panas, minyak, esen vanila
serta emulco coklat, pukul sebati.
4. Masukkan bahan A dan pukul lagi hingga
sebati.
5. Masukkan ke dalan acuan yg kecil-kecil.
8. Kukus selama 15 hingga 20 minit
menggunakan api besar.
9. Lapkan penutup kukusan setiap kali
masukkan adunan yang baru.
Jumaat, 19 Jun 2020
Kimchi Kobis Beajing
Assalamualaikum...
Salam dipagi Sabtu yg indah... Alhamdulillah sejuk je terasa pagi ni, awal pagi lagi hujan dah turun, Hujan rahmat.
Update lagi tentang masakan hari ni. Rajin pula buat kimchi mudah, guna kobis bulat. Biasanya orang buat kimchi guna napa cabbage. Kebetulan encik suami beli kobis beijing, jadi saya buatlah kimchi.
Sedap juga sekali sekala makan nasi dengan kimchi ala2 korea gitu...
Resepinya mudah je, selalu tengok kat youtube. Jadi kita cubalah buat.
Resepi Kimchi Kobis Beijing
Bahan-bahan:
Kobis bulat (dipotong)
1 batang karet (dihiris seperti batang
mancis)
2 pokok daun bawang (dipotong serong)
serbuk cili
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
garam dan gula
Bijan sangrai
Cara membuatnya:
1. Bahan yang bertanda * dikisar terlebih
dahulu, saya guna blender kering.
2. Kobis selepas dicuci diperap dengan garam.
Biarkan beberapa seketika. Kemudian cuci
dan toskan.
3. Didalam bekas lain masukkan kobis.
Masukkan pula bahan-bahan lain, gaul
hingga bercampur. Rasakan mengikut
selera kita. Bila dah cukup rasa,
bolehlah dihidangkan.
4. Bila hendak makan taburkan dengan sedikit bijan yang telah disangrai (goreng tanpa
minyak).
Gulai Ayam Sama Kentang
Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua, moga memperoleh keberkatan di hari Jumaat yang mulia ini.
Semenjak dua menjak ni, saya suka menonton youtuber Indonesia Squad Mang Ihin. Suka saya melihat mereka sekeluarga masak-memasak mencuba resepi baru yang direquest oleh penggemarnya.
Saya yg melihatnya juga teringin mencuba resepi yang dimasak oleh mereka. Kali ini saya cuba masak gulai ayam kentang. Resepi asalnya gulai ayam sama wayah pisang, oleh kerana tiada wayah pisang maka saya gantikan dengan kentang sahaja. Tetapi gulainya tetap juga sedap.
Jom kita tengok resepinya...
Resepi Gulai Ayam sama Kentang
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
santan
1 helai daun kunyit
2 batang serai
4 helai daun limau purut
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak utk menumis
Bahan kisar:
cili merah
cili api
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sdb lada putih
1 sdb ketumbar
Cara memasaknya:
1. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar
dengan sedikit minyak. Biarkan hingga
bahan tumis berminyak.
2. Masukkan daun kunyit serta daun limau
purut. Kemudian masukkan ayam dan
kentang. Kacau hingga rata.
3. Masukkan santan, biarkan hingga kentang
serta daging ayam empuk.
4. Masukkan garam, gula serta perasa jika
suka.
5. Dah siap tutupkan api dan siap untuk
dihidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Rabu, 17 Jun 2020
Kuih Apam Kampung Gula Merah
Assalamualaikum...
Bersua lagi dientri pagi ini, moga sahabat semua memperoleh kesihatan yg baik dihari ini.
Hari ni buat kuih apam kampung gula merah pula, mood rajin mengapam pula dua tiga hari ni. Nak makan punya pasal mesti lah kena rajin. Kalau nak beli tak tahu lah pula kat mana dijualnya.
Saya cuba dari resepi Yati Memories, cuma saya buat setengah adunan je. Anak-anak kurang suka kuih2 macam ni. Kalau buat banyak tak habis lah pula, membazir jadinya.
Kuih apam ni memang sedap, apa lagi dimakan dengan kelapa parut. Lepas satu butir
satu butir lagi masuk ke mulut.
Jom tengok resepinya...
Resepi Kuih Apam Kampung Gula Merah
Bahan-bahan:
Bahan A
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
Bahan B
11 gm yis mauripan
1/2 cawan air suam
1 sdk gula halus
Bahan C
4 cawan tepung gandum
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Masak bahan A hingga gula larut, tapiskan
dan sejukan.
2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan
biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
3. Satukan bahan C ke dalam mangkuk besar
dan masukkan sekali air gula yg telah
sejuk tadi (kacau guna whisk hingga
sebati).
4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi,
gaulkan, setelah sebati tutup dan
biarkan hingga ia naik, perap selama
1 jam.
5. Setelah itu masukkan ke dalam loyang
yang disapu dengan sedikit minyak. Jika
guna acuan kecil-kecil kukus lebih kurang
10-15 minit. Jika menggunakan loyang,
kukus selama lebih kurang 40 minit.
6. Apabila kuih dah masak, biarkan sehingga
sejuk baru dikeluarkan dari loyang atau
acuan.
Sedap dimakan bersama kelapa parut.
Selasa, 16 Jun 2020
Ikan Siakap Keongsom
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua...
Tengahari semalam saya masak masakan Thai keongsam ikan siakap. Akhir-akhir ini suka pula saya masak masakan thai. Keongsam ni lebih kurang juga macam masakan asam pedas kedah, cuma tak masukkan daun kesom je. Rasanya macam singgang ikan pun ada jugak. Pokoknya sedap lah... dimakan pula bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, bertambah jugaklah nasinya.
Yang nak cuba inilah resepinya...
Resepi Ikan Siakap Keongsom
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap saiz sederhana
1/2 biji nenas
1/2 ikat kangkung
2 batang serai
1 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
air secukupnya untuk kuah
Bahan kisar:
2 biji cili merah
10 biji cili api
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
1. Kisar bahan kisar dengan sedikit air
hingga halus.
2. Masukkan bahan kisar, serai serta air
secukupnya ke dalam periuk. Masak hingga
mendidih.
3. Masukkan pula nenas dan biarkan air
nenas turun sebelum dimasukkan ikan
siakap.
4. Masak 5-8 minit sahaja ikan siakap
bergantung saiznya untuk mengelakkan
ikan hancur. Perasakan dengan garam
dan gula mengikut selera anda.
5. Tutup api, kemudian baru masukkan kangkung
supaya tidak terlebih masak dan perahkan
limau nipis mengikut tahap masam yang
anda suka.
6. Siap untuk dihidangkan.
Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.
Isnin, 15 Jun 2020
Kuih Apam Nasi
Assalamualaikum...
Salam dipagi Selasa yang indah, moga semua sahabat ceria dan bahagia selalu.
Lama tak masak kuih, bangun pagi ni dok pikir juga nak buat kuih apa. Teringat lama tak buat kuih apam. Lihat dalam periuk ada nasi sejuk baki semalam. Jadi kita buatlah kuih apam nasi pagi ni.
Sementara tunggu adunan naik, sempat lagi pergi beli kelapa parut. Sebenarnya apam nasi ni makan saja tanpa kelapa parut pun dah sedap. Kalau ada kelapa parut bertambah2 sedap lah lagi.
Jom kita tengok resepinya...
Resepi Kuih Apam Nasi
Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan
pewarna
acuan yg disukai
Cara memasaknya:
1. Mula-mula kisar nasi dengan air hingga
halus.
2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam
bekas yg besar sedikit, masukkan yis,
tunggu sehingga yis kembang.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung beras.
Kacau hingga sebati, perap selama 1 jam.
4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,
warnakan mengikut warna kegemaran.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan yg disapu
dengan sedikit minyak terlebih dahulu
supaya tidak melekat dan mudah untuk
ditanggalkan nanti.
6. Panaskan periuk pengukus, kukus selama
lebih kurang 15-20 minit. Siap.
Untuk mengelakkan kelapa parut cepat basi, kukus sebentar. Kemudian gaulkan dengan sedikit garam. Siap untuk dimakan bersama kuih apam.
Ahad, 14 Jun 2020
Sandwich Sardin
Assalamualaikum...
Selamat pagi... moga semuanya sihat selalu.
Hari ni buat sanwich sardin untuk sarapan pagi ni.
Sanwich Sardin
Bahan-bahan:
1 tin sarden
sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
4 ulas bawang merah (dihiris halus)
roti gardenia
mayonaise
1 biji bawang holand (dicincang halus)
daun salad
Caranya:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah
hingga layu, masukkan sardin. Masak
hingga pecah minyak.
2. Lenyek sardin, masukkan bawang holand yg
dicincang halus.
3. Sapu mayonaise pada permukaan roti,
letakkan inti sardin, letak salad
diatasnya. Letakkan juga roti ke atasnya.
4. Potong roti secara menyerong, siap untuk
dihidangkan.
Sedap dimakan bersama teh O atau kopi O panas.
Jamu mata dgn kecantikkan bunga-bunga
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu, semoga anda pengunjung blog Diari Diela diberikan kesihatan yg baik dihari ini.
Rasanya minggu ni ramai yang pulang menziarahi keluarga dikampung, maklumlah sebelum ni kita tidak dibenarkan merentas negeri. Alhamdulillah syukur, disebabkan kes covid 19 semakin membaik, jadi kita sudah diberikan banyak kelonggaran melakukan pergerakkan kemana sahaja tetapi masih mengekalkan sop.
So hari ni, encik suami mengajak ke nurseri bunga katanya nak membeli pokok kegemarannya pokok bunga kertas. Sukanya saya... apalagi bolehlah cuci mata dengan keindahan, kecantikkan dan kesegaran bunga-bunga.
Dah lama tak jalan-jalan ke nurseri bunga Sungai Buloh. Bila sampai disana, masya allah ramainya orang. Seperti pergi ke pasar pagi lah pulak. Mungkin sebelum ni orang tak boleh keluar ke mana2. Jadi hujung minggu ni ramai yg ambil kesempatan keluar membeli bunga2 kegemaran mungkin.
Macam-macam jenis bunga ada dijual, seperti orkid, pokok lidah jin yg tengah viral sekarang ni.
Ada pokok yang boleh ditanam didalam dan luar rumah. Cantik2 bentuk serta coraknya. Tapi boleh tahan jugaklah mahalnya bila dah habis pkp berbanding dulu.
Ini pokok yang tak payah guna tanah, hanya letak diatas rak atau ditampal pada kayu.
Ini pula pokok daun basil.
Pokok sirih gading atau money plant, pokok palm dan macam-macam lagi.
Bahagian yang saya paling suka, pokok kaktus. Kalau nampak kaktus mesti nak jugak beli walaupun satu. Aduhai... cantik-cantik semuanya.
Pokok bunga kertas.
Ni hasil tangkapan saya, tak banyak pun. Tapi beli juga.
Langgan:
Catatan (Atom)