Sabtu, 29 Mac 2014

Jalan-jalan ke Padang Kota Lama, Penang.


         Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia semua.... moga berbahagia selalu. Sewaktu ke Penang tempohari, selepas ke rumah adik, kami sempat juga lepak-lepak kat Padang Kota Lama. Ramainya orang, masih lagi mood cuti sekolah, jadi ramai orang ambil kesempatan bawa keluarga bersantai-santai kat tepi pandai.





Replika buah pala adalah mercu tanda bagi Penang, yang memang terkenal dengan jeruk dan halwa buah pala. 




Best juga dapat bersantai-santai bersama keluarga begini dengan suasana pantai yang tenang dan damai.


Ramainya orang yang datang, sampai nak cari 
parking pun susah.








Dapat berehat cuma sebentar sahaja kerana hari pun dah nak malam.


Jumaat, 28 Mac 2014

Jambatan ke Dua Pulau Pinang


       Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga berbahagia selalu di ketika ini. Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak naik jambatan ke dua Pulau Pinang. Sempena cuti seminggu ambil keempatan balik kampung. Kemudian bawa mak ayah jalan-jalan kat penang ke rumah adik yang kebetulan baru berpindah ke Batu Maung, Pulau Pinang.


       Sedikit info tentang jambatan ke dua Pulau Pinang atau namanya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, adalah sebuah jambatan tol yang menghubungkan antara
Batu Kawan di tanah besar dengan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Panjang jambatan ini adalah 24 km Bersamaan 15 batu, adalah jambatan yang terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Pembinaannya menelan belanja RM 4.5 billion.




Tolnya mempunyai 28 lorong.


 Free tol hingga akhir bulan March.






Kelihatan Pulau Jerjak.


Ini pula kelihatan Pulau Aman.



    Susur keluar ke tol Plus di Batu Kawan.                                        


     Terasa lama pula berada di atas jambatan ke dua ni. Kalau jambatan yang pertama dulu hanya 13 km sahaja. Walau apa pun syukurlah dapat merasa juga naik jambatan ke dua ini.


Khamis, 27 Mac 2014

Berarak ke Majlis Kenduri Anak Saudara


        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam sejahtera teman-teman semua. Di minggu cuti sekolah ini ramai diantara kita yang mengambil kesempatan mendirikan rumah tangga. So, anak saudara sebelah suami juga mendirikan rumahtangga juga sempena cuti seminggu ini. Kami sekeluarga pun ikut berarak menemani pengantin ke majlis perkahwinan sebelah pihak lelaki.




Sebelum bertolak ke majlis pengantin lelaki, sempat bergambar bersama ahli keluarganya.


Pengantin diiringi dengan paluan kompang.



Hidangan yang disajikan untuk pengiring pengantin. Memang sedap masakannya.


Pengantin menikmati makan beradap.




Saudara mara yang hadir, mengiringi pengantin.


Pengantin bergambar bersama ibunya, my biras.


Kek pengantin.


Acara memotong kek pengantin.

Tak sempat pun mengambil photo kenangan bersama pengantin, terpaksa beredar awal kerana ke klinik anak demam pula time ni. Kenalah pergi cari ubat dulu sebelum panasnya naik mendadak. Apa-apa pun alhamdulillah, dah selamat semuanya. Selamat pengantin baru di ucapkan kepada anak saudara Nawwar binti Mohd Ridwan bersama pasangannya Ridwan.

Jumaat, 21 Mac 2014

Tanamanku Semakin Subur Kembali


         Assalamualaikum wrh wbr....

        Salam bahagia teman-teman semua. Setelah beberapa lama hujan tidak turun dan kita semua menghadapi masalah jerubu dan ada juga sesetengah kawasan yang mengalami catuan air. Kini beberapa hari ini, hujan kembali turun membasahi bumi ini. Alhamdulillah pokok-pokok tanamanku juga kini telah kembali segar. Sebelum ini memang jenuhlah nak disiram setiap hari, ada juga pokok yang kering dan mati begitu saja.




Pokok ulam raja, dah sedia untuk dipetik pucuknya.


Pokok cili merah, buahnya pun ada yang sudah masak. Sebelum ini pun dah banyak kali diambil buahnya.


Ini pula pokok kacang bendi, hanya yang hidup cuma dua pokok sahaja. 


Pokok daun pegaga air dan pegaga kampung yang masih lagi kecil serta pokok daun cekur atau kencur.


Pokok daun selasih


Siapa yang tak kenal, pokok pandan wangi yang digunakan untuk mewangikan kuih.


Ini pula pokok serai.



Akhir sekali pokok daun kesum atau daun cenohom, gunanya untuk masakan kuah laksa, asam pedas dan lain-lain.

     Elok juga kita bercucuk tanam jika ada sedikit tanah yang terluang dipersekitaran rumah kita, sekurang-kurangnya dapatlah juga jimatkan sedikit wang dan jika terdesak dapat juga digunakan untuk masakan.


Sotong Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang


          Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia di petang Jumaat yang berbahagia ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu hendaknya. Tahniah diucapkan kepada adik-adik kita yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan kelmarin. Dan bagi mereka yang keputusannya tidak memuaskan, jangan berputus asa, teruskan berusaha lagi , semoga masih ada peluang lagi untuk adik-adik kita membuktikan kejayaan mereka.

       Entri kali ini mengenai masakan pula, iaitu masakan sotong goreng kunyit dengan kacang panjang. Selain daripada sayur kacang panjang boleh juga digoreng menggunakan kacang buncis. Apa-apa pun lihatlah resepinya yang serba ringkas ini.

Resepi Sotong Goreng Kunyit dgn Kacang 
Panjang

Bahan-bahan:
segenggam sotong 
secekak kacang panjang (dipotong)
serbuk kunyit
garam secukupnya
bawang besar (dipotong bulat)
2 biji cili merah (dipotong)
sebiji tomato (dibelah enam)
sedikit perasa jika suka
sedikit minyak masak

  Cara memasaknya:
1. Sotong dibersihkan dan digaul dengan garam
   dan kunyit secukupnya. Perapkan seketika.
2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali.
   Masukkan sotong yang digaul dengan garam 
   kunyit, goreng sekejap sehingga berminyak.
   Masukkan kacang panjang, buah tomato,
   bawang besar serta cili merah. Biarkan 
   seketika.
3. Akhir sekali masukkan garam serta perasa.
   Sedia untuk diangkat.

Isnin, 17 Mac 2014

Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway


         Assalamualaikum wrh... wbr...



Kali ini saya join lagi giveaway yang dianjurkan oleh Mama Lynn. Manalah tahu kalau-kalau terpilih jadi pemenangnya. Marilah kita pakat-pakat join giveaway tersebut. Jika teman-teman nak join juga, sila klik kat banner.

Syarat-syarat penyertaan:

Warganegara Malaysia.
Mempunyai blog sendiri.
Buat entri bertajuk " Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway".
Letak banner di atas dan link kan dengan entry penganjur.
Tinggalkan link entry pada kotak komen blog Mama Lynn.
Giveaway bermula dari 15 March 2014 - 15 April 2014.


Ahad, 16 Mac 2014

Segmen : ayuinsyirah mencari rakan blogger


       Assalamualaikum wrh... wbr...




        Kali ini saya join pula dalam segmen ayuinsyirah mencari rakan blogger. Marilah kita sama-sama bantu membantu agar follower kita semakin bertambah. 

Saya berasal dari negeri jelapang padi KEDAH.                   


          Jika teman-teman nak ikut join sama boleh lah klik kat banner. Tarikh tutupnya 21 March 2014.





Sabtu, 15 Mac 2014

Bersama Pelakon Rozaidi Abdul Rahman


        Assalamualaikum wrh wbr.....

      Bertemu lagi, entri kali ini mengenai kenangan bersama selebriti pula. Sebelum ini, saya tak pernah tahu pun mengenai orang bakal menjadi besan abang ipar saya tu seorang pelakon rupanya. Kelmarin sewaktu bertandang kerumah bakal besannya (menghantar tanda pertunangan)kali pertama melihat seperti kenal je, rasanya pernah lihat beliau di dalam tv. Tetapi pikir saya ini mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Ternyata apabila beliau memperkenalkan dirinya, rupa-rupanya ia memang seorang pelakon drama atau filem.


      Namanya Rozaidi Abdul Rahman, sebelum beliau terlibat dengan dunia lakonan, beliau adalah seorang pesilat dan pernah menjuarai beberapa pertandingan silat.

      Tak sangka pula dapat bertemu dengan pelakon drama.
        




Gambar kenangan my hubby bersama 
pelakon Rozaidi 
Abdul Rahman.


Menghantar Tanda / Pertunangan Anak Saudara


      Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga anda lebih ceria di hujung minggu ini. Kelmarin hari Sabtu, 15 March 2014 adalah hari pertunangan anak saudara sebelah my hubby. Kami sempatlah menghadiri pertunangan tersebut di Masjid Tanah, Melaka. Pertunangan tersebut taklah dibuat secara besar-besaran, hanya dihadiri oleh adik-beradik kedua belah pihak sahaja.

     Pasangan yang ditunangkan pun tiada di sini (Malaysia). Kedua-duanya masih lagi belajar di Jordan.



Serba sedikit buah tangan yang dibawa termasuk cincin  sebagai tanda ikatan pertunangan.





Perbincangan diantara kedua belah pihak.
                                                   

Penyerahan cincin pertunangan daripada biras saya kepada bakal besannya.



Sebelum pulang sempat lagi bergambar kenangan dihadapan rumah.


My biras bersama bakal besannyanya.