Assalamualaikum wrh... wbr...
Dah lama rasanya saya tak bersiaran. Masih belum terlambat lagi untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada teman-teman semua. Semoga tahun baru ini akan memberi azam dan tekad yg baru serta kehidupan kita juga akan menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.
Kali ini saya entrikan mengenai nasi arab pula yaitu nasi mandi ayam. Jom tengok resepinya yang ringkas ini.
Resepi Nasi Mandi
Bahan-bahan:
1 kg beras basmati (rendam 30 minit)
1 ekor ayam
3 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
3-4 batang cili hijau
minyak zaitun untuk menumis
2 sdb rempah mandi chef Amir
secubit safron (direndam dalam 1/4 cawan air
panas selama 2 jam)
Cara memasaknya:
1. Tumis bawang dan cili jijau yang telah
dimayang sampai wangi, masukkan rempah
mandi. selepas garing masukkan ayam dan
masak hingga kering airnya.
2. Masukkan air dan beras diikuti dengan
garam, boleh ditambah dengan 1/3 cawan susu
cair.
3. Setelah nasi kering buat lubang ditengah
nasi dan letakkan foil.
4. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang
yang telah dibakar. Tutup tudung periuk
selama 2 minit supaya aroma asap arang tadi
meresap ke dalam nasi.
5. Buka semula tudung periuk dan keluarkan
foil bersama arang tadim letakkan sedikit
minyak sapi dan renjiskan safron yg telah
dibancuh dengan air.
6. Gemburkan nasi dan biarkan sehingga nasi
masak.
7. Hidang bersama salad dan sos cili arab.
Salad Nasi Arab
Bahan:
1 biji timun
2 biji tomato
1 labu bawang besar
sedikit daun ketumbar
sedikit garam
sedikit perahan limau (jika suka)
Caranya:
1. Potong timun serta tomato secara dadu,
gaulkan bersama semua bahan.
2. Tambah sedikit perahan limau.
3. Simpan sekejap di dalam peti sejuk dan
sedia untuk dimakan.
Bahan:
Buah tomato
cili hijau/ cili api (ikut kepedasan)
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
lemon jus
garam secukup rasa
Caranya:
Blend semua bahan dan simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit, sedia untuk dimakan.