Rabu, 27 Februari 2013

Bunga purple

       
        Assalamualaikum wrh wbr.....

        Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua. Semoga anda semua ceria di hari ini. Cantiknya bunga purple ni ....



                                           gambar dari google

          Sebenarnya saya ni memang peminat warna purple. Bila terlihat bunga ni, rasa tertarik pula. Biasa lah pompuan kan... memang sukakan bunga-bungaan dan benda-benda yang cantik kerana ianya juga boleh menghilangkan stress dan boleh dijadikan terapi pada mata kita. Lihat lah betapa indahnya ciptaan tuhan yang maha Esa. Ianya menjadikan sesuatu benda itu untuk dijadikan manfaat kepada hamba-hambanya. Bayang kan sekiranya dunia ini tanpa bunga. Apa akan jadi....




Sabtu, 23 Februari 2013

Kuih Apam Keledek

         
      Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia kepada teman-teman semua. Saya percaya di hari minggu ini pasti ramai yang sedang berehat bersama keluarga masing-masing. Dan ada di kalangan suri rumah sibuk memasak bagi menyiapkan juadah untuk makan tengah hari bersama keluarga tersayang. Pagi ni, saya cuma buatkan kuih apam keledek, memandangkan stok keledek masih ada lagi. Jadi saya cuba buatkan kuih tersebut untuk sarapan pagi. 


    Saya cuba dari resepi YATI MEMORIES. Terima kasih Yati atas resepinya... Sedap kuihnya.





Resepi Kuih Apam Keledek

Bahan-bahan:


3/4 cawan gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*
2 cawan tepung beras
1 cawan keledek rebus
250 ml santan
1 cawan tepung gandum
sedilkit garam
1 sdk yeast
1 sdk baking powder

pewarna oren



Cara membuatnya:

1. Keledek direbus dan di blend bersama
   dengan santan (biarkan sebentar).

2. Masak bahan bertanda * dan sejukkan.

3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung beras, 
   tepung gandum, yeast, baking powder dan 
   garam.

4. Satukan semuanya dalam blender dan kisar 
   sebati.

5. Perap selama 1 jam. Sapukan loyang atau 
   acuan kecil. Masukkan bahan  tersebut dan 
   kukus selama 15 minit.

6. Sekiranya menggunakan loyang kukus 
   selama 40 minit.

7. Apam ini boleh dimakan bersama kelapa 
   parut yang di gaul dengan  sedikit garam.



Ole-Ole dari Vietnam

     
        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ukhwah di hari minggu, semoga semuanya ceria-ceria selalu. Minggu lepas saya menerima ole-ole dari seorang kawan berupa fridge magnet dan bekas alat make up setelah pulang dari bercuti ke Vietnam. Ingat juga dia ke saya. Walaupun tak dapat ke sana, alhamdulillah dapat souvenirs pun okey lah.




         Buatannya sangat kemas dan jahitan sulamannya pun sangat cantik. 



Khamis, 21 Februari 2013

Intan Berlian Mega Giveaway 2013

       
       Assalamualaikum wrh... wbr...



          Jalan-jalan Blogwalking ternampak lah peraduan Mega Giveaway 2013 yang dianjurkan oleh Intan Berlian. Melihatkan hadiahnya best juga. Saya pun ikut join juga. Kepada teman-teman yang ingin join juga, bolehlah klik kat SINI.


Syarat-syarat penyertaan:

1. Blogger mesti menetap di Malaysia / 
    mempunyai alamat di Malaysia.
2. Buat entry bertajuk "Intan Berlian Mega 
    Giveaway 2013".
3. Letak banner Intan Berlian Mega Giveaway 
    2013 dalam entry.
4. Letak link sponsor berikut dalam entry

        - Jubah Muslimah Moden & Gorgeous   Dresses

      - Awanazstyle Muslimah Shop
      - House Of Pines
      - Scaft Sweethoney
      - Celesta Hijab
      - Lalin Closet
      - My Online Butique For You
      - The Bag Galore
      - Rinieescorner
      - Coklat Manis2u
      - A Concept Nature

5. Hantarkan link entry ke kotak komen 

    penganjur.

Peraduan ini bermula pada 1 hb Februari hingga 28 hb Februari 2013.


Cepat... cepat... marilah kita sama-sama memeriahkan lagi peraduan ini.



Rabu, 20 Februari 2013

Kuih Talam Keledek

     
       Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Kebetulan stok keledek masih ada dalam  simpanan, tak tahu nak masak apa. Jadi saya cuba lah masak kuih talam keledek dari resepi KAK RUBY. Sedap sangat kuihnya. Oleh kerana anak-anak kurang meminati kuih-kuih talam ni, maka saya buatkan setengah sahaja dari resepi asal. 


    Izin kan saya letakkan resepinya kat sini ya Kak Ruby....




Resepi Kuih Talam Keledek

Bahan-bahan:


Lapisan bawah:

1 cawan keledek dipotong dadu (direbus dan 
   ditoskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sdk tepung hoen kwee / tepung jagung
80 gm gula halus
1/2 sdk garam

Cara membuatnya:


1. Bancuh semua bahan-bahan kecuali keledek, 

   tapis dan masak sehingga naik wap. Tutup 
   api dan masukkan keledek tadi dan kacau 
   hingga rata.

2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di

   sapu dengan sedikit minyak atau yang
   telah dialas dengan plastik. Kukus 
   selama 15 minit.



Lapisan atas:

80 gm tepung gandum

150 gm gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna oren

Cara membuatnya:


1. Bancuh semua bahan lapisan atas, tapiskan

   ke dalam periuk dan masak sehingga naik
   wap.

2. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi,

   kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

3. Biarkan betul-betul sejuk baru lah

   dipotong.




Ahad, 17 Februari 2013

Bayam Masak lemak

     
        Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. 
Dah makan tengah hari? Saya yakin sudah pasti ada yang sedang berehat selepas makan tengah hari ni. Entri hari ini mengenai masakan sayur yaitu sayur lemak bayam. Saya campurkan dengan ubi keledek. Sekali sekala sedap juga kalau masak lemak. Lihat lah resepi ringkas dari saya.






Resepi Sayur Lemak Bayam

Bahan-bahan:

1 ikat sayur bayam (dipotong)
1 biji ubi keledek (dipotong kecil)
santan
4 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit udang kering
cili merah (dipotong)
garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya:

1. Rebus ubi dengan sedikit air sehingga 
   empuk. Masukkan bawang serta udang 
   kering.
2. Apabila mendidih, masukkan sayur bayam.
   Masukkan juga santan. Masukkan cili 
   yang dipotong. Dikacau selalu supaya  
   santannya tidak pecah.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. 
4. Barulah di angkat untuk dihidangkan.


Sabtu, 16 Februari 2013

Tempe Goreng Kacang Panjang

     
          Assalamualaikum wrh wbr.....

     Bertemu lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua sukses selalu hendaknya.

Entri kali ini mengenai masakan iaitu tempe goreng kacang panjang. Resepi ni mudah sahaja dimasak, tak lah banyak bahan sangat digunakan. Kadang-kadang asyik makan ikan, ayam je. Sekali- sekala tukar selera, makan lah tempe pulak.
     Teringat sewaktu tinggal kat Indonesia dulu, tiap hari asyik makan tempe dan tauhu saja sbb ikan-ikan laut memang susah didapati oleh kerana tinggal jauh daripada laut. Kalau ada ikan pun yang dah dikeringkan atau dah dilengat. Kalau ikan yang hidup pun hanya ikan kolam je (ikan darat)seperti ikan gurame, ikan mas, ikan lele (keli) dan sebagainya.  Nak tak nak kena lah makan tempe sama tahu je. Itu lah pengalaman tinggal kat tempat orang. Alhamdulillah dapat juga mengetahui budaya, cara hidup, bahasa pertuturan dan sebagainya. Pengalaman yang tak semua orang dapat merasai. Dari situlah saya pandai makan tempe. Okeylah.... ayuh mari kita lihat resep masakan nya ya ibu...ibu...





Resepi Tempe Goreng Kacang Panjang

Bahan-bahan:

1 bungkus tempe
1 ikat kacang panjang @ kacang buncis
6 ulas bawang kecil *
4 ulas bawang putih *
sejemput ikan bilis *
3 biji cili api *
sedikit sos tiram
garam secukup rasa
sedikit gula
sedikit minyak masak untuk menggoreng 
         tempe dan menumis

Cara memasaknya:

1. Tempe dipotong kecil-kecil, dicuci serta 
   digoreng garing. Ketepikan.
2. Kacang panjang dipotong-potong.
3. Bahan-bahan yang bertanda * di tumbuk.
4. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk 
   hingga garing. Masukkan sos tiram, garam 
   dan gula.
5. Masukkan tempe dan kacang panjang, 
   kalau terlalu kering masukkan sedikit air. 
   Goreng sehingga kacang sedikit layu.
   Rasakan garamnya.
6. Barulah diangkat untuk dihidangkan.





Khamis, 14 Februari 2013

Segmen Menang RM 200 By Putry Mirah


           Assalamualaikum wrh... wbr...



            Jalan-jalan blogwalking kali ini terjumpalah Segmen Menang RM 200 yang dianjurkan oleh Putry Mirah. Teringin nak join sama, mudah-mudahan ada rezeki. Kalau tak dapat pun tak kisah, mungkin dapat menambah kenalan baru bagi mengeratkan silaturrahim. Saya terjumpa segmen ni dari blog Cik Intan Berlian. Siapa yang nak cuba bolehlah click kat SINI.... Tarikh tutup segmen ini akhir bulan Februari.

Tunggu apa lagi. Marilah kita pakat-pakat join bagi memeriahkan segmen tersebut.




Puding Kastad Jagung

           
                 Assalamualaikum wrh wbr......
         
      Salam bahagia teman-teman di malam Jumaat yang penuh barokah  ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera selalu. Hari ini terasa rajin lah pulak, maka saya buatkan puding kastad jagung. Dah lama tak makan puding ni. Kalau tengah cuaca panas makan puding jagung yang sejuk pasti enak dan nyaman di tekak. Apa pun lihat lah resepinya. Saya cuba resepi ni dari Normasri. Terima kasih atas resepinya.





Resepi Puding Kastad Jagung

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis (cream style)
3/4 cawan gula
2 cawan air
1 1/2 cawan susu cair/santan

Cara memasaknya:

1. Campurkan tepung kastad, gula,jagung, 
   susu dan air.
2. Kacau di atas api yang sederhana hingga 
   pekat dan berkilat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau
   acuan kesukaan.




Selasa, 12 Februari 2013

Contest Blog Comel by Nabila Biela


          Assalamualaikum wrh... wbr...




              Sekali lagi Nabila Biela menganjurkan segmen yang best sangat iaitu Contest Blog Comel, jadi saya juga ingin mencuba lagi kalau-kalau ada rezeki. Kepada kawan-kawan, apa tunggu lagi.... Marilah kita ramai-ramai mencuba nasib, selain itu marilah kita sama-sama memeriahkan lagi contest yang dianjurkan oleh adik Nabila Biela ini. Bagi yang ingin menyertai bolehlah lihat gambaran hadiahnya kat SINI


  Syarat-syaratnya:

   1. Mesti Follow blog Nabila Biela dan like
      pages.
   2. Buat satu entri ringkas dan tampal kat 
      atas dan backlink kan kat entri ni
      letak link entri kat komen di bawah ni.
   3. Like SINI.
   4. Like SINI.
   5. Tamat pada 10/3/2013.
   6. Pemenang dipilih berdasarkan blog
      comel, kemas dan cepat loading.

Cepat....cepat.... siapa cepat dia dapat.



Muzium Kota Lukut

         
         Assalamualaikum wrh wbr.....

     Salam sejahtera kepada teman-teman semua, semoga sihat sejahtera hendaknya. Mungkin ada di antara teman-teman yang sudah kembali pulang dari bercuti sempena dengan sambutan Tahun Baru Cina, apa pun jua saya ucapkan selamat bercuti kepada anda semua. hari ini saya berkesempatan pergi melawat muzium peninggalan sejarah Kota Lukut yang terletak berdekatan dengan Port Dickson. Saja bawa anak-anak jalan-jalan ke sana, biar mereka tahu serba sedikit tentang sejarah Kota Lukut.


     Muzium Lukut ditubuhkan untuk mempamerkan dan menyebarkan maklumat mengenai sejarah Lukut bermula dari awal kurun ke 19 sehinggalah Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong (Negeri Sembilan) pada pada tahun 1880. Bangunan Muzium Kota Lukut yang terletak di sebelah Timur dan di bahagian belakang kota Lukut siap dibina pada tahun 1997. Reka bentuk dan ciri-ciri utama bangunan dipercayai mengikut rupa bentuk istana Raja Jumaat bin Raja Jaafar, pemerintahan Lukut (1847-1845) yg bercirikan senibina Bugis.





Inilah Muzium Kota Lukut. Muzium ini terdapat empat galeri utama iatu:
Galeri A -memaparkan tentang sejarah Kota 
          Lukut yg pernah mencapai zaman
          kegemilangannya bermula dari kurun 
          ke 19 di bawah  pemerintahan 
          beberapa pembesar.
Galeri B -memaparkan tentang sejarah 
          kedatangan adat perpatih, sistem 
          pemerintahan Negeri sembilan dan 
          kebudayaannya.
Galeri C -memaparkan mengenai perkembangan
          teknologi pembuatan masyarakat 
          tradisional dari aspek senicipta
          dan seni halus dalam peralatan
          untuk kegunaan harian.
Galeri D -memaparkan mengenai kebudayaan
          masyarakat Malaysia melaluikepel-
          bagaian kebudayaan termasuklah seni 
          budaya, pakaian, permainan  
          tradisional, alat muzik dan
          sebagainya.











     Ini adalah lesung kaki digunakan untuk menumbuk padi untuk dijadikan beras yang digunakan oleh orang-orang dulu.



              Ini pula alat permainan tradisional orang-orang Melayu iaitu gasing dan congkak.



            Ini pula sebahagian alat-alat muzik yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada masa itu.


Selasa, 5 Februari 2013

Kuih Kaswi Pandan

     
        Asalamualaikum wrh wbr....

        Salam bahagia kepada anda semua. Petang-petang begini, cuaca pulak redup je. Sedap juga kalau ada juadah untuk minum petang. So, saya buat lah kuih kaswi pandan memandangkan dah lama tak makan kuih ni. Kali ini saya cuba dari Cikgu Hafi@ My resepi. Sedap sangat kuihnya.




        
Resepi Kuih Kaswi Pandan

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika 
         tak suka manis)
1 sdb tepung ubi
1 sdb tepung beras
daun pandan
pewarna hijau
1 sdk air kapur

1/2 biji kelapa parut putih

sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Blend semua bahan di atas, kemudian 
   tapiskan kedalam loyang atau masukkan 
   kedalam acuan yang disukai.
2. Kukus selama 30-40 minit.
3. Setelah sejuk barulah dipotong, bagi yang 
   menggunakan loyang.
4. Gaulkan kelapa bersama sedikit garam. 
   kemudian hidangkan bersama kuih kaswi
   tersebut.