Selasa, 14 Ogos 2012

Kacang Goreng Bersalut

             
            Assalamualaikum wrh... wbr...

   Entri kali ini mengenai kacang goreng bersalut. Selalunya saya beli saja kalau nak makan. Kali ini saya cuba buatkan sendiri. Sedap juga rasanya. Rangup sangat kacangnya. Saya ambil resepinya dari AZIAN. Terima kasih atas resepinya. 


   Izinkan saya letakkan resepinya di sini. Inilah resepinya bagi sesiapa yang ingin mencubanya...



Resepi Kacang Goreng Bersalut

Bahan-bahan:


1 kilo kacang tanah
sebuku bawang putih (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
garam dan gula secukup rasa
4 biji telur
4 sdb tepung gandum
4 sdb tepung beras
4 sdb tepung jagung
4 sdb bijan
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya:


1. Gaulkan kacang yang telah dicuci dan
   ditoskan dengan bawang putih kisar, cili
   kisar, gula dan garam.

2. Masukkan bahan-bahanyang lain selain 
   minyak masak dan gaul rata.

3. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan 
   api yang sederhana. Pisahkan, sambil
   dikacau supaya masak rata.

4. Angkat bila kacang nampak agak garing dan 
   toskan.

5. Sejukkan dahulu sebelum menyimpan di 
   dalam bekas kedap udara.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan