Rabu, 1 Ogos 2012

Roti John


                Assalamualaikum wrh wbr....

      Selamat tengahari semua, semoga berbahagia semua. Entri kali ini mengenai roti John mudah yangdibuat petang semalam. Saya rasa semua anak-anak suka makan roti john. Anak saya memang suka makan roti john, sehinggakan sanggup tak makan nasi. So, kalau kita boleh buat sendiri, tak payah lagi nak beli. Mari kita lihat resepinya...



Resepi Roti John


Bahan-bahan:
2 keping daging burger ayam dihancurkan / 
        250 gm daging kisar
2 batang roti panjang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sdk serbuk kari
3 sdb makan minyak masak
sedikit garam
3 biji telur
sedikit butter /margerin
sos cili /sos black papper/mayonaise
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit sayur kobis cina dan karot

Cara membuatnya:
1. Hiris kecil @ cincang bawang besar dan 
   bawang putih.
2. Panaskan minyak, tumiskan bawang hingga 
   garing. Masukkan rempah kari.
3. Masukkan daging cincang. Dikacau. Kemudian 
   masukkan garam secukupnya. Biarkan
   sehingga masak.
4. Belahkan roti, jangan sampai putus.
5. Pecahkan telur, masukkan daun sup dan daun
   bawang serta garam. Kacaukan.
6. Panaskan kuali, letak sedikit butter.
   Curahkan bahan telur dipermukaan roti.
   Terlangkupkan atas kuali. Apabila dah agak
   garing, angkatkan.

Cara menyediakan roti john:
1. Parutkan sedikit kobis cina dan sebatang
   karot.
2. Letakkan roti, sapukan dengan mayonaise. 
   Kemudian letakkan sayur di atasnya, letak
   lagi sos cili/ sos black papper dan 
   mayonaise ke atasnya. Tutupkan roti. Siap
   untuk dipotong dan dihidangkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan