Rabu, 27 Oktober 2021

Makanan diet minggu ke 3 Intake Oktober

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Cerita mengenai perjalanan diet saya lagi. Minggu ni adalah minggu ke 3 Intake bulan Oktober. Setiap hari menunya berganti2, so kita boleh cuba macam2 menu dalam masakan.

Makanan diet di minggu ke 3

Hari pertama

Ikan grill sama sayuran


Hari ke 2

Seafood Fettucini Kungfu sama sayuran


Hari ke 3

Ikan Kerisi grill sama kerabu epal hijau


Hari ke4

Salad telur/sayuran sama kuah kacang


Hari ke 5

Sup tempe sama sayuran


Hari ke 6

Rice brown sama kari ikan


Hari ke 7

Mee kari telur sama sayuran.





Alhamdulillah... hasil timbangan juga menurun minggu ni.

Diminggu ni juga ada challenge plate paling menarik.


Jom tengok masing2 hidangan peserta FTOC.







Best kan tengok para peserta menghiasi plate masing2. Sebenarnya tiap plate setiap hari akan dirating oleh coach yang bertugas, bertujuan untuk melihat setiap porsi itu cukup atau tidak berpandukan portion yang diberi.






Sabtu, 23 Oktober 2021

Tanaman Tepi Rumah

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu, moga semuanya sihat selalu. 

Update lagi tentang tanaman tepi rumah. Sekarang ni tengah rajin menanam pulak. Kebetulan pula sekarang ni musim hujan. Best sebenarnya tanam pokok di musim hujan ni, kalau time hujan tak payah menyiram lagi. Memudahkan kerja sebenarnya. Selalunya selepas hujan pokok2 semua sihat, segar je kelihatan daun-daunnya.

Jom tengok hasil tanaman saya, ada sikit2lah yang bertambah.


Pokok pudina, sebelum ni asyik kena makan dik ulat je. Tapi alhamdulillah dah makin subur. Ulat pun tak nampak lagi.


Ini pula pokok sirih cina, Selalunya pokok ni tumbuh merata2 kat dalam pasu atau di tempat yang lembab. Disebabkan dah tahu khasiatnya, jadi saya tanam je dalam satu bekas. Daun ni boleh dibuat ulam dan boleh juga dibuat sayur tumis. Sangat bagus untuk kesihatan.



Ini pula pokok daun selom, ada yang tak kenak ke? Sedap dimakan buat ulam atau kerabu.



Ini pula pokok pegaga air, juga sedap dibuat ulam atau dijus. Sebelum ni saya sering buat jus. Selalu petik tumbuh lagi yang baru.



Ni pokok cekur, Indonesia bilang kencur. Ubi dan pucuknya boleh dibuat ulam. Sangat berkhasiat sekali buat ibu2 selepas bersalin. 



Pokok ulam raja. Saya tanam hanya guna batangnya saja. Cepat juga tumbuh. Sekarang dah nak keluar bunganya.



Pokok daun kemangi. Sangat famous dikalangan orang Indonesia. Masuk dalam sambal terasi... sedap.



Ini pula daun basil Thailand. Juga dimakan buat ulam.



Bayam brazil, selalu juga petik sbb tu tak tinggi2. Bila selalu dipetik diakan keluar tunas yg baru. Jadi daunnya sentiasa muda. Sedap dibuat ulam, sayur tumis atau sayur lemak.


Akhirnya tumbuh juga pokok daun sup. Susah betul nak hidup  pokok  daun sup ni. Dah berkali2 cuba tanam tapi asyik mati je, batangnya mudah jadi busuk.



Anak pokok betik. Sebelum ni macam tak nak hidup je. Letak je baja milagro, terus jadi subur.



Pokok tomato, hanya ada 3 pokok, tanam je dalam satu bekas. Tak tahu lah bila nak berbuah.



Ini pula pokok cili benggala atau capsicam. Tak sabar tunggu dia berbuah.



Pokok terung pipit, yang buahnya kecil-kecil. Baru je nak membesar.



Pokok daun kaduk, tanam juga dapat benih dari sorang makcik kat taman berhampiran padang, tempat yang selalu saya pergi jogging. 



Pokok bunga telang. Akhirnya dapat juga saya tanam pokok bunga telang ni. Guna biji benih disemai, akhirnya tumbuh juga.



Ni semaian bayam, cepat je dia tumbuh. Lepas ni makan sayur bayam tak payah beli dah.

Lepas ni nak cuba pula tanam pokok daun kesum, susah juga nak hidup. Ok juga lah tanam sayur dan ulaman tepi rumah. Sesak2 boleh petik buat sayur atau ulam, jimat belanja.



Minggu ke 2 Intake Oktober

 Assalamualaikum sahabat... 

Saya doakan semoga sahabat semua sihat2 selalu di ketika ini.

Selamat berhujung minggu, ada diantara kawan2 yang mengambil kesempatan pulang ke kampung atau pergi bercuti di hujung minggu ini, moga semuanya berjalan lancar.

Update lagi tentang pemakanan sihat saya ketika menjalani program diet diminggu ke 2 di bulan Oktober.

Hari pertama 

Chicken Herbs dgn Zucchini Olio


Hari ke 2

Ikan Singgang sama Sweet Potato


Hari ke 3

Sup telur sama bunga kobis


Hari ke 4

Ikan Bawal sama kerabu kacang botor


Hari ke 5

Tempe Suhun sama kacang buncis


Hari ke 6

Suhun goreng sama ayam


Di minggu ni rasa sedih sikit sbb jarum timbang tak berganjak pun, tapi untunglah tak naik.




Share jugalah disini, nama yg tersenarai penurunan berat badan lebih dari 10 kg. 


Rabu, 13 Oktober 2021

Bermula Lagi Intake Baru

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Jumpa lagi di update kali ini, moga sahabat semua beroleh kesihatan yang baik.

Alahamdulillah... sekarang dah boleh merentas negeri, jadi ramailah diantara kita yang ada plan nak jalan2 atau balik ke kampung. Apa-apa pun, nak merentas negeri kenalah vaksin 2 dose dahulu. Yang penting kena jaga kesihatan dan jaga jarak. Jika ada simpton, elakkan pergi ketempat yang dikunjungi ramai orang.

Berbalik cerita saya, bulan ni join lagi Intake Oktober (program diet online). Bukan apa nak turunkan lagi berat badan, biar cepat stopkan ubat darah tinggi.


Seperti biasa saya sharekan plate saya untuk menu lunch di minggu pertama.

Minggu pertama

Kerabu suun sama udang


Hari ke 2

Sup Tofu ala Korea sama brokoli.


Hari ke 3

Ikan Cencaru sumbat bakar sama ulaman.


Hari ke 4

Tomyam Ayam sama Nasi Beras Perang


Hari ke 5

Bihun goreng ayam wholemeal sama sayuran.


Hari ke 6

Nasi beras perang sama kari ikan beserta sayuran.




Timbangan minggu ni alhamdulillah... turun lagi.


So bertambah semangat lah nak berdiet lagi. Untung tau join diet online ni, makanan pun sedap-sedap. Ada coach yang akan guard kita, kemudian juga kita berdiet berjemaah (ramai-ramai). Taklah diet kita ke laut. Bila diet sorang2 sekejap je dah tak bersemangat lagi.

 

Jumaat, 1 Oktober 2021

Makanan Diet Minggu Last Intake September

 Assalamualaikum...

Minggu ni adalah minggu last diet untuk bulan September. Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu dah sebulan. Setakat ni saya dah 3 bulan saya menjalani program diet FTOX.

Apa-apa pun jom tengok dulu makan untuk lunch diminggu last ni.

Minggu 4

Hari pertama

Saya hanya minum nutrition F1 sahaja kerana tak sempat masak.


Hari ke 2

Ikan bakar sama salad sayuran.

Hari ke 3

Kerabu ikan sama suhun serta sayuran.


Hari ke 4

Tumis tempwh sama sayuran


Hari ke 6

Sup shun sama sayuran.



Alhamdulillah... hasil timbangannya pula turun seperti biasa. Bersyukur sangat2 sbb hasil kerja keras membuahkan hasil. Insya allah intake seterusnya boleh turun 5 kg lagi. insya allah...




Ni lah hasil penurunan berat badan selama 3 bulan saya berdiet.


Kawan-kawan... ada yang berhajat nak belajar cara pemakanan sihat, bolehlah hubungi saya ya... Insya allah team coach akan bantu guard anda sampai jadi.