Rabu, 26 Disember 2012
Jalan-Jalan ke Exspo Perabut
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia untuk semua. Berjumpa lagi di entri kali ini. Tempoh hari saya sempat jalan-jalan ke exspo perabut yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam. Macam-macam barangan perhiasan rumah di pamerkan di sana termasuklah lampu-lampu, cermin, meja-kerusi, set bilik tidur, peralatan dapur dan sebagainya.
Cantik sangat set meja makan English style ni.
Ini pula set cushion, cantikk sangat.
Inilah sebahagian perabut yang menarik parhatian saya, sekadar jamu mata je....
Bubur Jagung
Assalamualaikum wrh wbr.....
Bertemu lagi dientri kali ini, semoga semua teman-teman sihat sejahtera hendaknya. Petang ini saya masak bubur jagung untuk minum petang. Sama seperti bubur yang lain juga. Bahan-bahannya tak lah banyak sangat. Lihatlah resepinya.....
Resepi Bubur Jagung
Bahan-bahan:
2 tongkol jagung (dileraikan isi jagung
dari empulurnya)
3 cawan santan
sedikit sagu (direndam)
2 helai daun pandan (disimpul)
gula (ikut manis)
sedikit garam
Cara memasaknya:
1. Masukkan jagung, santan serta daun
pandan ke dalam periuk. Biarkan sehingga
mendidih. Dikacau selalu supaya santan
tidak pecah.
2. Masukkan sagu, gula serta sedikit garam.
Biarkan sehingga sagu kembang.
2. Rasalah manisnya. Bila dah masak bolehlah
diangkat untuk dihidangkan.
Ahad, 23 Disember 2012
Ikan Cencaru Bakar
Assalamualaikum wrh wbr......
Salam di hujung minggu kepada kawan-kawan semua. Semoga berbahagia selalu hendaknya. Hari ini saya masak ikan cencaru bakar untuk menu makan tengahari. Alhamdulillah makan nasi sampai bertambah lah juga. Maklumlah sekali sekala masak ikan bakar ditambah pula dengan air asam. Ummmph ... sedapnya.
Resepi Ikan Cencaru Bakar
Bahan-bahan:
3 ekor ikan cencaru
3 batang serai *
2 ulas bawang besar *
3 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
3 biji cili hijau *
segenggam kelapa parut *
1 inci kunyit hidup *
air asam jawa secukupnya
garam dan gula
sedikit minyak
Cara memasaknya:
1. Ikan cencaru dibelah belakang, dicuci
bersih serta dilumur garam serta kunyit.
2. Blend kan bahan-bahan yang bertanda *
dengan sedikit sahaja air.
3. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak
serta masukkan bahan-bahan yang diblender
tadi. rasakan ia. Bila dah agak kering,
tutupkan api.
4. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke
dalam ikan tersebut, bakarlah sehingga ikan
itu masak. Sekiranya tidak mahu di bakar,
boleh juga digoreng.
Jumaat, 21 Disember 2012
Crochet Pot Holder
Assalamualaikum wrh wbr......
Salam sejahtera kepada teman-teman sekalian. Entri kali ini, saya nak share lah pula mengenai crochet pot holder. Crochet ni paling mudah kerana ianya sangat kecil dan cepat untuk disiapkan. Sekejap je dah siap.
Crochet ni masih lagi menggunakan bunga yang sama dengan alas meja dan cover kotak tisu. Konon-konon nya nak buat satu set lah.
Kuih Apam Tepung Gandum
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di petang Jumaat untuk semua teman-teman. Cuaca di petang ini, hujan turun dengan lebatnya. maka biasanya bila hujan perut pun jadi lapar lah. Tercari-cari apakah kuih yang hendak dibuat untuk minum petang ini. Dah lama tak buat kuih apam. Bila lihat kuih apam kat Blog KAYU MANISKORNER 563, teringin pula hendak mencubanya.
Bila dilihatkan bahan-bahannya dah sedia ada. Maka saya pun cubalah resepinya. Sedap kuih apam ni . Anak-anak saya pun suka. Terima kasih Kayu Maniskorner kerana share kan resepinya. Saya copykan resepinya kat sini pula ya....
Resepi Kuih Apam Tepung Gandum
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 sdb ibu roti (mauripan)
2 cawan air suam
1 cawan kelapa parut
sedikit garam
Cara membuatnya:
1. Campurkan ibu roti ke dalam air suam,
biarkan hingga kembang.
2. Kemudian masukkan tepung gandum dan gula
merah, kacau hingga sebati dan tidak
berketul-ketul.
3. Perap selama 1 jam atau lebih sehingga
adunan naik sekali ganda.
4. Panaskan pengukus. Sapu sedikit minyak
pada loyang. Masukkan adunan ke dalam
loyang dan kukuslah sehingga masak selama
lebih kurang 25 minit.
5. Sejukkan dahulu baru dipotong. Makan
dengan kelapa parut yang digaul dengan
sedikit garam.
Khamis, 20 Disember 2012
Jalan-Jalan Ke Zoo Melaka
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia unutuk semua. Oleh kerana kita masih lagi berada dalam musim cuti persekolahan lagi, walaupun dah dipenghujung cuti.Kami sekeluarga mengambil kesempatan membawa anak-anak bercuti ke Zoo Melaka pada hari minggu yang lalu. Anak saya yang kecil tu, suka sangat dengan kangaroo.
Jadi nak bawa lah tengok kanggaro, ambil keputusan pergi ke zoo Melaka sambil jalan-jalan ke Melaka. Lagi pula belum pernah lagi melawat zoo Melaka. Kita sampai dah tengah hari. Masyaalllah ramainya orang. Mugkin hari minggu kot.... semua orang cuti, bawa anak-anak jalan-jalan.
Bayaran masuk pula RM10 untuk orang dewasa, Kanak-kanak berumur lima tahun ke atas RM4 seorang dan kanak-kanak di bawah lima tahun free. Layan lah photo yang sempat di snap.
Bergambar kenangan kat papan tanda
Zoo Melaka.
Lihat.... Pak Belang tu tengah tidur. Mungkin dah kenyang kot sbb tu lah dia tidur je.
Ini sebahagian daripada gambar-gambar binatang yang di ambil. Selain binatang tersebut ada juga burung-burung serta reptilia. Tapi kawasan reptilia tak sempat dilawati kerana anak-anak pun dah penat berjalan.
Sempat lagi bergambar kat turtle
batu ni.
Lihat tu.... macam-macam cenderahati ada di jual di sini. Sebelum balik boleh lah beli mana-mana cenderahati yg berkenan dihati.
Selasa, 18 Disember 2012
Kuih Seri Muka Durian
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersiaran lagi di entri kali ini. Semoga teman-teman semua sihat sejahtera hendaknya. Kali ini saya nak share kan tentang kuih serimuka durian. Kebetulan stok durian masih ada lagi dalam simpanan. Anak-anak pun dah tak mahu lagi makan durian.
Daripada nanti rosak begitu sahaja, baiklah saya buatkan kuih. Boleh lah juga dimakan.
Lihat lah resepinya...
Resepi Kuih Serimuka Durian
Bahan-bahan:
Bahagian bawah:
600 gm beras pulut (direndam sekurang-
kurangnya 3 jam)
600 ml santan (dari sebiji kelapa)
2 sdk garam
Caranya:
1. Cuci beras, kemudian toskan. Sementara
itu panaskan pengukus.
2. Masukkan pulut ke dalam loyang yang telah
dialas dengan plastik dan disapu dengan
sedikit minyak masak. Kukus selama 30
minit.
3. Sekali-sekala di kacau. apabila telah
masak, tekan-tekankan sehingga padat.
Kemudian barulah masukkan lapisan atas.
Bahagian atas:
1 cawan isi durian
1 cawan gula pasir
3 cawan santan (daripada sebiji kelapa)
1 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastard
1/4 cawan tepung beras
1/2 sdk garam
Caranya:
1. Blender santan, gula, isi durian serta
telur.
2. Masukkan ke tiga-tiga jenis tepung tadi
dan kisar lagi.
3. Masukkan ke dalam periuk. Tambahkan
sedikit pewarna kuning. Masak sebentar
diatas api perlahan hingga naik wap.
4. Tuangkan adunan ke atas pulut tadi dan
kukuslah selama 20 minit dgn api yang
sederhana.
5. Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu
barulah dipotong untuk dihidangkan.
Isnin, 17 Disember 2012
Padprik Ayam
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam mesra untuk semua, moga ceria-ceria selalu. Hari ini saya masak ayam padprik untuk makan tengahari. Terfikir-fikir juga nak masak apa hari ini, ayam masih ada lagi dalam simpanan. So, saya masak padprik ayam lah untuk hari ini. Lihatlah resepinya....
Resepi Padprik Ayam
Bahan-bahan:
2 ketul dada ayam (dipotong kecil-kecil)
sedikit kacang buncis / kacang panjang
1 batang karot
sedikit halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
5 biji cili api (diketuk)
3 helai daun limau purut (dicarik-carik)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 batang serai dihiris kasar
1 biji tomato (dibelah 4)
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
garam serta gula
minyak secukupnya untuk menumis
Cara memasaknya:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang
putih, halia serta serai.
2. Kemudian masukkan ayam, bila ayam
dah agak-agak masak, masukkan karot,
kacang buncis, sos cili, dan sos tiram.
3. Kacau beberapa saat, kemudian masukkan
bawang besar, cili api daun limau purut
serta garam.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Rasakan
ia. Jika sudah cukup rasa, bolehlah di
angkat untuk dihidangkan.
Sabtu, 15 Disember 2012
Jalan-Jalan Ke Pameran Pertanian
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan kepada teman-teman semua di dunia maya ini. Semoga sukses selalu. Hari ini saya berkesempatan jalan-jalan ke pameran pertanian yang diadakan di kawasan tempat letak kereta di perkarangan Stadium Shah Alam. MAHA 2012 hari tu tak sempat pergi. Tahu-tahu dah habis tarikhnya.
Tapi tak apa lah tak dapat pergi ke MAHA pun tak apa, dapat tengok produk-produk pertanian kat sini pun dah kira okey lah tu. Terdapat macam-macam gerai kat sini contohnya pokok-pokok bunga, anak-anak pokok buah-buahan, produk2 dari herba, produk-produk dari hasil laut, binatang peliharaan, gerai buah-buahan dan macam-macam lagi. Ini sebahagian dari photo yang diambil.
Ini macam-macam benih anak pokok seperti durian , rambutan dan lain-lain pokok herba.
Gerai ini pula menjual produk batik dan sebelahnya pula menjual produk kraftangan.
Gerai ini pula mempamerkan cara penanaman cili mengguankan baja kompos. Lihat tu.... buahnya banyak sangat. Geramnya..... tengok.
Ini pula pameran tentang jentera yang digunakan di ladang kelapa sawit.
Macam-macam pokok bunga serta pokok-pokok sayur yang dipamerkan di gerai tersebut.
Ini dia pokok bunga orkid yang mengandungi pelbagai warna. Cantikkk.... sangat.
Ini pula pokok bunga ros.
Pelbagai jenis kaktus pun turut di pamerkan. Tak payah lah pergi Cameron Highland.
Selain daripada pameran tumbuh-tumbuhan dan produk-produk makanan, binatang ternakkan juga pun turut dipamerkan.
Jumaat, 14 Disember 2012
Kuih Cempedak Goreng
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam di petang Jumaat, semoga anda semua sihat-sihat sahaja di hari ini. Petang ni hujan pula turun dengan lebatnya. Biasa lah kalau hujan-hujan ni perut pun jadi lapar. Kelmarin kebetulan ada pula saudara datang dari kampung bawa buah cempedak. Apa lagi.... jadi cempedak goreng lah jawabnya. Dimakan pula bersama teh panas. Hmmm.... sedapnya. Biasanya kalau masak yang goreng-goreng, saya suka gunakan tepung beras je, kerana ianya sangat rangup. Lihatlah resepinya yang serba ringkas ni....
Resepi Cempedak Goreng
Bahan-bahannya:
2 senduk tepung beras
sedikit garam
air secukupnya
sedikit kunyit
minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut
hingga sebati. Bancuhan hendaklah pekat
sedikit agar bersalut dengan ulas cempedak.
2. Panaskan minyak, masukkan cempedak
tersebut. Goreng lah serta balik-balikkan.
3. Setelah kekuningan barulah diangkat untuk
dihidangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)