Assalamualaikum... selamat malam semua. Semoga anda semua sihat2 sahaja di malam minggu ini.
Kali ini saya ingin kongsikan resepi mengenai resepi nasi kuning serta ayam sambal serai. Dah jemu, biasanya makan nasi lemak yg dimasak bersama santan je. Tapi kali ni masak pula nasi kuning, tak payah guna santan pun. Biasanya emak saya yg selalu masak nasi kuning ini. Digandingkan dengan sambal ikan bilis atau sambal ikan. Memang sedap dimakan ketika sarapan bersama kopi O panas.
Jom tengok resepinya...
Resepi Nasi Kuning
Bahan-bahan:
beras
air secukupnya
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkuih, kulis kayu manis, buah pelaga)
sedikit serbuk kunyit
sehelai daun pandan
garam secukupnya
Bahan tumbuk:
1 inci serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara memasaknya:
1. Beras dicuci bersih dan dimsukkan ke dalam
rice cooker.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis
serai, rempah 4 sekawan serta bahan yg
telah ditumbuk. Biar hingga garing.
3. Bahan yg ditumis dimasukkan ke dalam rice
cooker, kemudian masukkan air secukupnya
seperti memasak nasi. Masukkan pula daun
pandan, serbuk kunyit serta garam
secukupnya.
4. Masak seperti biasa, sekali sekala dikacau
supaya nasi masak sekata.
Resepi Ayam sambal Serai
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil
25 biji cili kering (diblender)
2 batang serai (diketuk)
garam serta sedikit kunyit utk menggoreng
ayam
garam gula secukup rasa
sedikit kerisik
Bahan kisar:
bawang besar
bawang putih
halia
Cara memasaknya:
1. Ayam yg sudah dibersihkan, diletak garam
kunyit, kemudian di goreng separuh masak.
2. Panaskan sedikit minyak, masukkan serai
dan masukkan pula bahan kisar. Biarkan
sehingga naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar serta kerisik.
Masak hingga naik minyak, masukkan ayam yg
telah digoreng.
4. Masukkan garam serta gula secukup rasa,
biarkan sehingga masak. Barulah diangkat
serta dihidangkan.
Assalamualaikum wrh... wbr...
Apa khabar kawan2 semua... dah makan malam ke... mungkin ada diantara kalian yang sedang berehat2 sambil menonton tv. Apa-apa pun selamat berehat.
Nak cerita sikit tentang masakan siang tadi. Sewaktu pulang kampung baru2 ni saya ada bawa balik pucuk kaduk. Pikir punya pikir, tak tahu nak masak apa, biasanya pucuk kaduk ni memang sesuai dimasak bersama siput sedut. Tapi kali ini saya cuba gandingkan dengan kerang pula. Mungkin ada yang tak tahu bagaimana rupanya pucuk kaduk.
Inilah rupanya pucuk kaduk, daunnya seakan-akan daun sirih. Tapi pucuk kaduk ni mempunyai baunya yg tersendiri.
Resepi masak lemak kerang dgn pucuk kaduk
Bahan-bahan:
1 kilo kerang
2 ikat pucuk paku
4 cawan santan
2 batang serai
1 keping asam gelugur
Bahan tumbuk:
15 biji cili api
1 inci kunyit hidup
garam kasar secukupnya
Cara memasaknya:
1. Basuh dan bersihkan kerang, kemudian
toskan. Pucuk paku hanya diambil daunnya
sahaja.
2. Panaskan periuk, masukkan bahan tumbuk,
serai yg dititik serta santan.
3. Masak kuah sehingga hampir mendidih,
masukkan kerang, garam serta asam keping.
4. Kacau sentiasa agar kuahnya tidak pecah
minyak. Bila kerang dah masak barulah
masukkan pucuk paku.
5. Bila pucuk paku dah masak barulah
ditutupkan apinya.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi di entri kali ini, semoga anda semua sihat sejahtera hendaknya. Dua tiga hari yang lepas berpeluang balik kampung. Sambil2 menjenguk anakanda saya di Sekolah Menengah Agama Taufikiah, saya ambik kesempatan jalan-jalan ke Ladang Nipah Ismail Che Kaq di Yan, Kedah.
Inilah rupanya air nipah kalau ada diantara kawan2 yang tak pernah merasa air nira nipah ni. Kat sana kita boleh order 1 jag air nira. Kemudian dia akan beri kita sepinggan kacang goreng. Tapi sewaktu kami pergi kacang goreng dah habis. Jadi, sambil2 duduk kita boleh kunyah kacang goreng sambil menikmati lanskapnya yang cantik.
Selain itu juga kita boleh memesan makanan seperti bihun goreng, laksa atau bihun kuah laksa. Bagi sesiapa yg tak pernah makan bihun kuah laksa bolehlah cuba di sana.
Air nira ni... sebenarnya sedap diminum ketika cuaca panas-panas, Letak pula ketul ais. Wah bestnya... sejuk je tekak.
Suka sangat tengok lanskapnya yang cantik.
Beginilah rupanya buah nipah, bagi yang belum pernah melihat buahnya.
Kalau sesiapa yang berpeluang jalan-jalan ke Kedah, jangan lupa singgah kat Ladang Nira Nipah Che Kaq ni.