Assalamualaikum...
Bersua lagi di entry kali ini, semoga teman2 semua sihat sahaja hendaknya.
Kali ini bercerita pula tentang masakan. Kebetulan adik ipar saya bawakan udang galah, jadi saya masakkan masak lemak cili api.
Resepi masak lemak udang galah
Bahan-bahan:
1/2 kilo Udang galah
15 biji cili api*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
2 inci kunyit hidup*
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit
2 batang serai (dititik)
santan secukupnya
sedikit kacang buncis
garam serta serbuk perasa jika suka
Cara memasaknya:
1. Bahan yang bertanda* dikisar halus.
2. Masukkan bahan kisar kedalam periuk,
masukkan serai serta asam keping. Masak
hingga hampir kering. Tambah sedikit air
jika terlalu kering.
3. Masukkan kacang buncis. Kemudian masukkan
santan serta daun kunyit. Kacau selalu
supaya tidak pecah minyak.
4. Masukkan garam serta serbuk perasa.
5. Akhir sekali masukkan udang. Kacau lagi.
Perasakan garamnya, jika dah ok barulah
diangkat.
* Udang jangan dimasak terlalu lama, jika
over cook dagingnya akan menjadi keras.