Selasa, 31 Ogos 2021

Salam Kemerdekaan 2021

 Assalamualaikum...

Sempena hari ini 31 hb Ogos 2021, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh rakyat malaysia, semoga negara kita dijauhi virus covid 19.


Sudah semestinya kita sebagai rakyat Malaysia inginkan sebuah negara yang aman, damai, makmur sentosa, dijauhi dari segala mala petaka serta musibah, agar kita semua dapat melakukan aktiviti kita seperti sebelumnya.

   Sama-samalah kita menjaga keharmonian dalam masyarakat sekitarnya serta sama-sama kita berusha menghentikan rangkaian covid 19 dengan mematuhi peraturan serta SOP. Sermoga virus covid 19 ini akan segera berakhir. 

Insya allah...

Sabtu, 28 Ogos 2021

Makanan Diet Intake Ogos minggu ke 3

 Assalamualaikum sahabat semua, moga sihat selalu.

Baru nak update tentang makanan diet saya di minggu yang ke 3, untuk bulan yang ke2. 

Hari pertama 

Tuna wrap beserta sayuran.


Hari ke 2

Pizza telur sama sayuran



Hari ke 3

Tempe paprik dengan sayuran


Hari ke 4

Cauliflower rice dengan salmon gril serta sayura.


Hari ke 5

Tauhu gado-gado


Hari ke 6

Suun goreng ayam serta sayuran.


Hari ke tujuh

Sup ayam sama rice brown serta timun salad serta kacang panjang.


Alhamdulillah... turun juga berat walau pun tak sampai 1 kg.


Alhamdulillah... kira ok lah juga seminggu turun berat 1 kg. Insya allah , lepas ni boleh stop makan ubat darah tinggi.




Khamis, 19 Ogos 2021

Kuih Karipap

 Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang penuh berkah ini, moga semuanya sihat selalu.

Memandangkan kat rumah ni banyak tepung gandum, lebih kurang 6 kampit tepung, pemberian dari orang. Jadi terpikir2 nak buat kuih apa. Saranan dari anak yang kecil nak makan karipap. Jadi merajinkan diri buat karipap.

Intinya saya guna resepi sendiri, untuk kulit karipapnya pula saya guna resepi dari blog Zila Norazila, tengok sempurna je kejadiannya. Terima kasih Zila resepi kulit karipapnya, menjadi dengan elok sekali.


Bahan untuk buat intinya:

Isi ayam cincang
rempah kari
kentang yang dipotong dadu
hirisan daun sup
hirisan bawang merah dan bawang putih untuk ditumis
daun kari
bawang besar cincang
sedikit serbuk lada hitam
minyak masak
garam, gula dan sedikit perasa

Caranya:

1. Panaskan sedikit minyak masak, tumis           hirisan bawang merah dan bawang putih         hingga naik bau. 
2. Masukkan rempah kari, masak hingga naik       minyak.
3. Masukkan ayam, kacau hingga sebati. 
4. Kemudian masukkan pula kentang. Tambah         sedikit air. Tunggu hingga kentang 
   empuk. Sambil-sambil tu semtiasa dikacau       supaya tidak hangit.
5. Bila kentang dah empuk, perasakan 
   dengan garam, gula serta perasa.
6. Masukkan pula cincangan bawang besar.         Biarkan sehingga bawang layu.
7. Last sekali masukkan hirisan daun sup.         Kacau sebentar, barulah diangkat.

Inti karipap yang dah siap dimasak.

Bahan untuk kulit karipap:

400 gm tepung gandum
1/2 cawan minyak masak
2 sdb planta / marjerin
1/2 cawan air ais

Cara membuatnya:

1. Panaskan planta bersama minyak masak,         curahkan kedalam tepung. Kemudian 
   gaul rata.
2. Masukkan pula air sedikit demi sedikit         sambil menguli doh. Bila doh sudah 
   sebati dan lembut. Masukkan dulu ke 
   dalam peti sejuk selama 1/2 jam. 
   Barulah boleh dicanai dimasukkan 
   inti untuk dijadikan karipap.

Cara buat karipap:
1. Ambil sedikit tepung,canaikan 
   sehingga nipis, kemudian tekapkan 
   acuan bulat. Canai lagi.
2. Kemudian masukkan inti ke dalamnya.           Tutupkan dan klimkan ditepinya 
   rapat-rapat. Ulang buat sehingga 
   habis dan siap untuk digoreng.

Bila menggoreng, gunakan api kecil, supaya karipap tidak pecah. Sentiasa balik-balikkan supaya ia masak sekata.


Rabu, 18 Ogos 2021

Koleksi Tanaman

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di update kali ini, moga anda smua sihat-sihat serta dimurahkan rezeki selalu.

Sepanjang PKP ni, dok di rumah saja, jadi kita buatlah aktitiviti yang boleh keluarkan peluh. Nak pergi jogging, risau pulak dengan virus covid yang baru ni, boleh merebak melalui udara. Lebih baik diam saja dirumah.

Saya buat aktiviti menanam tanaman ni dah hampir dua minggu, bila tengok dah tumbuh subur, barulah rasa semangat nak tambah koleksi tanaman lagi.

Ni lah tanaman saya...


Pokok kacang tanah, sebenarnya saja ja saya tanam pokok ni, lebihan kacang tanah saya cuba semaikan. Sekali tengok tumbuh, saya tanamlah kat dalam bekas ni.


Ini pula ubi keledek jepun, mudah ja cara semaiannya.. Keratkan ubi, cucuk ja kat dalam tanah. Selepas seminggu tengok dah mula naik tunasnya.


Paling saya suka pokok pegaga air, juga senang tumbuh. Tapi kena rajin siram lah. Kalau tak alamat kering macam tu je. Lepas ni nak makan ulam pegaga tak payah beli dah.


Bayam brazil, senang juga tumbuh. Cucuk guna keratan batang juga. Dah mula nampak subur. Kalau nak tanam bayam brazil kena lah tanam banyak sikit, kalau tanam satu pasu je nak masak pun tak cukup.


Ni juga bayam brazil. Sebelum ni saya tanam dalam bekas macam ni je. Bila selalu petik daunnya, akan tumbuh daun baru. Bayam brazil ni boleh dibuat ulam dan juga boleh disayur lemak atau digoreng.



Ini pula pokok daun kencur, daunnya boleh dibuat ulam, ubinya pula boleh dimasukkan dalam masakan. Banyak khasiatnya tau.

Insya allah lepas ni plan nak tanam ulam-ulaman pulak. Musim hujan pun dah start, mudah kerja tak payah siram selau.



Sabtu, 14 Ogos 2021

Makanan Diet Intake Ogos Minggu per 1 dan ke 2

 Asslamualaikum...

Jumpa lagi kita di kali ini, moga anda semua sihat selalu.

Bermula lagi program diet saya untuk bulan kedua. Sama seperti sebelumnya untuk lunch perlu masak makanan sendiri mengikut meal yang diberikan oleh coach.


Baru je habis program untuk satu minggu. Hari ni timbang berat badan.

Jomlah tengok minggu ni menu apa yang saya masak.

Minggu Pertama:

Hari Per 1
Tomyam ayam dgn nasi putih


Hari ke 2
Soft Tofu dengan brokoli


Hari ke 3
Ikan grill dengan salad



Minggu kedua:

Hari pertama
Soft Tofu dengan sayuran


Hari ke 2
Ikan singgang dengan sweet potato



Hari ke 3
Sup telur, brokoli dan karot

Hari ke 4

Bihun wholemeal seafood (ayam)



Hari ke 5
Salmon grill dengan mix vegetable



Hari ke 6
Kari ayam sihat dengan beras perang


Hari ni adalah hari timbang berat badan. Alhamdulillah turun 1 kg.


Kira ok lah juga turun 1 kg kalau diet sendiri belum tentu turun, kadang turunnya sedikit, lepas tu naik berganda2. Mudah2an lepas ni turun banyak lagi berat badan, insya allah...



Isnin, 9 Ogos 2021

Salam Maal Hijrah 1443 Hijrah

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua dan selamat menyambut tahun baru dalam bulan Islam 1443 Hijrah, semoga apa yang kita azam di tahun baru ini akan tercapai. 


Swperti biasa doa yang selalu kita amalkan diakhir tahun dan di awal tahun baru.



Di doakan agar kita semua:

* Dimurahkan rezeki

* Ditetapkan iman 

* Dipanjangkan umur

* Dikurniakan kesihatan yang baik.

* Dikuniakan pemikiran yang baik.

* Sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan      Allah.

* Berjaya di dunia dan di akhirat.

Jumaat, 6 Ogos 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu ke 5

Assalamualaikum...

Salam di hujung minggu yang indah lagi ceria ini, semoga teman2 semua sihat dan berbahagia selalu.

Update lagi tentang program diet saya bulan yang lepas. Menu makanan lunch untuk minggu yang terakhir iaitu minggu yang ke 5.

Hari Pertama
Spagetti, sate ayam serta salad



Hari ke 2
Nasi goreng salmon serta timun salad


Hari ke 3
Bakso Ayam sama suhun


Hari ke 4
Mee kari ayam sam sayuran


Alhamdulillah diet untuk satu bulan lepas
saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 6 kg.

      
Timbangan awal sebelum diet.


Timbangan sebulan selepas diet.


Gambar sebelum dan selepas berdiet.