Sabtu, 28 Disember 2013

Makan Durian Bersama Teman-Teman Kelab Kereta OPEL


       Assalamualaikum wrh wbr....

     Sempena cuti Krismas baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan ke Batu Kurau, Perak bersama rakan-rakan kelab Kereta OPEL untuk acara TT makan durian. Sebenarnya Batu Kurau adalah salah satu tempat yang terkenal dengan duriannya yang sedap.


     Kami bertolak dari R&R Rawang lebih kurang pukul 9.00 pagi dan sampai ke destinasi (Batu Kurau) lebih kurang pukul 1.30 tengahari. Sewaktu sampai tu masing-masing perut sudah berkeroncong dan hanya minta diisi sahaja. Apa lagi sesampai je terus lah menjamu selera dengan nasi berlaukkan masakan kampung....




         Ada juga ulam-ulaman beserta sambal belacan sambal tempoyak.




         Ada juga ikan keli bakar serta masak lemak pisang nangka serta masak lemak ikan kembung. Perrgh...... memang sodap lah.





              Masing-masing tengah melayan menjamu 
selera, dah tak pandang kiri kanan lagi dah.... Maklumlah perut tengah lapar.



              Habis makan tengahari, disambung pula dengan makan durian. Nah...... satu bakul durian sedang menunggu untuk dinikmati.



        Di Sungai Sampeneh ini juga ada disediakan chalet bagi    mereka yang ingin bermalam di sini. Saya difahamkan bayaran untuk satu hari RM100 untuk satu chalet.





        Bagi mereka yang suka berendam pula boleh lah mandi manda di sungai tersebut. Tapi kenalah mengikut cuaca. Kalau tak ada hujan, bolehlah berendam lama-lama.Tapi kalau hujan turun, tak bolehlah mandi takut-takut ada kepala air datang dengan tiba-tiba. Nanti akan mengundang bahaya pula. 


Khamis, 26 Disember 2013

Jalan-jalan ke Puncak Gunung Jerai


       Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh keceriaan diucapkan kepada teman-teman semua. Sempena cuti sekolah musim ini kami sempat jalan-jalan ke puncak Gunung Jerai. First time mendaki gunung Jerai ni. Sewaktu zaman sekolah menengah dulu, bangun pagi je mesti pandang Gunung Jerai dulu sebab sekolah saya dulu kat Batu 16, Padang Lumat.


      Kebetulan asrama yang saya tinggal dulu menghadap ke Gunung tersebut. Jadi setiap hari dapatlah melihat keindahan kehijauan gunung tu. Nak-nak lagi cuaca apabila selepas hujan je, kelihatanlah banyak air terjun dari atas gunung tu.

     Suka sangat dapat menikmati keindahan serta merasai sendiri cuaca di atas Gunung Jerai. Tapi sayangnya kita sampai kat atas gunung tu dah lewat. Tak dapatlah nak lihat keindahan dibawah gunung sebab kabus tebal sangat.






         Suasana di puncak gunung Jerai memang best sangat. Suhunya 23 Celsies. Ada juga tempat penginapan bagi mereka yang ingin merasai suasana bermalam di puncak gunung Jerai ni tapi kena lah booking awal-awal. Kalau dimusim cuti sekolah begini biasanya chalet penuh.




Kabus kat belakang memang tebal sangat sehingga pandangan pun jadi kabur.










          Sukanya melihat bunga hydragea purple dan putih yang cantik dan subur ni. Sangat sesuai ditanam dalam cuaca yang sejuk.



Isnin, 23 Disember 2013

Jalan-jalan ke Ladang Anggur, Tasik Beris.


          Assalamualaikum wrh wbr.....

      Salam bahagia teman-teman semua si dunia maya ini, semoga semuanya dalam keadaan sihat serta bahagia selalu hendaknya. Kita masih lagi berada dalam mood cuti sekolah. Sewaktu pulang ke kampung tempohari kami sekeluarga mengambil kesempatan jalan-jalan di sekitar negeri Kedah, negeri kelahiranku. Kali ini kami ke ladang anggur Tasik Beris. Lokasinya terletak lebih kurang 12 km dari pekan Sik.


       Sebelum ini hanya tengok je kat dalam internet. Tapi kali ini dapat melihat sendiri pokok anggur serta buahnya sekali. Tak sangka ya... kat negara kita yang cuacanya panas pun dapat menanam pokok anggur. Inilah photo-photo yang sempat disnap untuk kenangan.








          Bayaran masuk pula dikenakan untuk orang dewasa RM 6.00 dan RM 3.00 bagi kanak-kanak.




           
        Buah anggur yang berwarna hitam. Geramnya nengok, tapi sayangnya tak boleh di petik.


                  
     Ini pula buah anggur yang berwarna hijau. Geramnya.... rasa nak petik je.







        
         Ada juga disediakan cafe untuk makanan dan minuman di sini. Tapi dah ditutup sebab dah hampir pukul 6.00 petang.




         Inilah rupanya tasik Beris, merupakan tasik buatan bagi menampung air dari Ampangan Beris. Pemandangan di sekitarnya sangat cantik dan menarik. 







          Sebelum balik bolehlah membeli buah anggur serta produk dari anggur seperti jus anggur, jelly anggur, hand wash, kordial anggur serta servinior seperti keychain, mug, t-shirt, tuala, fridge magnet dan sebagainya untuk dijadikan cenderahati  sebagai tanda pernah datang ke ladang anggur tersebut.


Selasa, 10 Disember 2013

Kuih Bingka Durian


          Assalamualaikum wrh... wbr...

   Salam bahagia teman-teman semua. Oleh kerana buah durian masih ada lagi di dalam peti sejuk, maka saya cuba buatkan kuih bingka durian pula kali ini. Resepinya biasalah dari  Yati Memories, memang sedap kuih bingka dimakan di waktu petang-petang begini. 


   Terima kasih atas perkongsian resepinya dan izinkan saya copykan kat sini pula ya...




Resepi Kuih Bingka Durian

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sdk garam
2 sdb mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan



Cara membuatnya:

1. Panaskan loyang pada suhu 200 C, lengser

   loyang 9x9 @ loyang pecah 8 dengan
   mentega. Ketepikan.

2. Satukan bahan-bahan di atas kecuali isi 

   durian dalam satu bekas, kacau dengan
   whisk hingga semua bersatu.

3. Masukkan isi durian dalam adunan dan gaul 

   rata. Blend semuanya. Tuangkan dalam
   bekas dan gaul sebati.

4. Tuang dalam loyang yang telah dipanaskan

   tadi. Bakar 1 jam atau sehingga masak.
   Kalau nak permukaannya berkerak, tambah
   masa pembakaran. Saya tambah 1 minit
   sahaja lagi. Guna api atas sahaja supaya 
   permukaannya garing.

5. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah

   dipotong untuk dihidangkan.

* Sebelum tuang adunan ke dalam acuan, 

  pastikan acuan dilengser dengan butter
  dan panaskan terlebih dahulu dalam 3 
  minit. Kemudian tuang adunan, tabur 
  bijan dan bakar hingga masak.



Isnin, 9 Disember 2013

Jalan-jalan ke Taman Tasik Taiping


           Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam bahagia teman-teman blogger semua. Hari Sabtu kelmarin saya dan keluarga pulang ke Baru Kurau, Perak (keluarga sebelah my hubby). Biasa lah sekarang kan musim durian baru bermula. Dah lama tak makan durian. Jadi teringin sangat nak makan durian, baliklah kampung sekejap. 


       On the way nak balik sempat lah singgah kat taman Tasik Taiping. Santai-santai sekejap sebelum bertolak pulang.





          Ada juga disediakan playground untuk anak-anak kecil bermain. Sangat sesuai untuk membawa keluarga serta anak-anak jalan-jalan ke sini, menghirup udara nyaman serta sesuai juga untuk beriadah dihujung minggu.





            Air tasik yang begitu tenang sekali 
                di waktu petang.




        Anak-anak sedang makan aiskrim sambil menikmati keindahan tasik.



              Suka lihat pokok pukul lima yang besar-besar dan rendang begitu yang umurnya mungkin sudah puluhan tahun.


Rabu, 4 Disember 2013

Kek Marble


            Assalamualaikum wrh wbr.....

    Salam bahagia teman-teman semua. Hari ini teringin pula membaking kek. Dah ada bahannya cukup sayang pula kalau tak dibuat. Saya cuba buatkan kek marble atau pelangi. Tapi tak lah macam pelangi sangat.... Baru pertama kali buat....pasti ada kelemahannya.

    Rasanya memang sedap dan sangat lembut keknya. Resepi ini dah lama saya simpan, dah tak tahu siapa yang empunya resepi ini. Walau apapun izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk rujukan di masa akan datang.


Resepi Kek Marble

Bahan-bahan:(loyang 7x7 in)

80 gm mentega (dicairkan)
200 gm gula halus
190 gm telur (pecahkan dalam mangkuk 
     dan timbang)
250 gm tepung gandum*
1 sdt baking powder *(disatukan dan diayak)
75 ml susu cair
1 sdt ovalete
pewarna dan perasa yang disukai


Cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
   Kemudian masukkan telur dan masukkan 
   ovalete, pukul lagi.

2. Perlahankan speed dan masukkan tepung 
   sedikit demi sedikit berselang-seli 
   dengan susu.

3. Bahagikan adunan mengikut warna serta 
   perisasa yang dikehendaki.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang 
   telah dilengser dengan mentega atau
   dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan
   dengan suhu 175 C selama 30-40 minit.

6. Sejukkan 5 minit sebelum dikeluarkan
   dari loyang. Sejukkan sepenuhnya barulah 
   dipotong untuk dihidangkan.


Ahad, 1 Disember 2013

Jalan-Jalan ke Taman Orkid Kuala Lumpur


       Assalamualaikum wrh wbr....

     Selamat bercuti diucapkan kepada teman-teman yang sedang bercuti sempena di musim cuti persekolahan pada kali ini. Semoga anda semua berbahagia selalu. Hari ini saya sekeluarga sempat jalan-jalan ke Taman Orkid Kuala Lumpur. Dah lama rasanya tak jalan-jalan kat bandar KL ni. Hari ini hari minggu, memang ramai lah pengunjung yang datang membawa ahli keluarga bersantai-santai kat taman-taman sekitar KL.


     Kalau kat taman orkid ni, seingat saya kali pertama dulu saya datang bersama rombongan sekolah menengah dahulu. Ini baru kali ke dua saya datang ke taman ini lagi.



         Taman orkid ini terletak berhadapan dengan taman burung. Terdapat bermacam-macam spesis orkid dengan bermacam-macam bentuk dan warna bunganya. Memang menarik..... sangat.












          
   Pokok-pokok orkid seperti gambar diatas 
 memang sesuai di tanam di tempat yang 
mempunyai pancaran matahari.







     Sukanya budak-budak tu kalau tengok 
        bunga-bunga yang cantik dan
             bermacam-macam warna.









          Memang sesuailah bawa keluarga dan anak-anak jalan -jalan kat taman seperti ini. Di samping dapat menyihatkan badan (mengeluarkan peluh) apabila berjalan, baik juga untuk terapi mata, melihat benda-benda yang cantik dan berwarna warni.