Rabu, 25 Mac 2015
Jalan-jalan ke Kuala Kedah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Sewaktu cuti sekolah kelmarin kita juga sempat pergi jalan-jalan ke Kuala Kedah. Tujuannya nak tengok sunset tapi sampai pun agak lewat pula, matahari pun dah terbenam. Dan lagi pula jem sewaktu menaiki Jambatan Sultan Abdul Halim, sebab ada pasar malam pula di hari Jumaat.
Walaubagaimana pun singgah jugalah menikmati keindahan pantai di petang hari.
Sempat jugalah bergambar bersama tok wan dan cucunya.
Anak-anak happy je.... dapat jalan-jalan.
Kelihatan ramai orang menjaja makanan di tepi jalan. Ini dah agak malam. Kalau waktu masih cerah memang sesaklah kat sini.
Giveaway 2015 Jubah, dress, Leggings oleh Norzi Beautilicious House
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom kita sama-sama meriahkan giveaway yang dianjurkan oleh Norzi Beautilicious House ini. Hadiahnya pun best sangat. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. Tarikh tamatnya 12hb April 2015.
saya tag:
Selasa, 24 Mac 2015
Laksa Teluk Kechai
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jumpa lagi di entri kali ini. Kali ini saya entrikan mengenai gerai laksa teluk Kechai yang sangat famous di Kedah. Hajat di hati nak makan laksa Zakaria, tapi sewaktu kita ke sana gerai Zakaria tutup. Kebetulan kat sebelahnya gerai Din Laksa Beras buka, jadi dapatlah juga makan laksa. Sewaktu kami sampai ramai pula pelanggan yang datang siap kena tunggu giliran tempat duduk. Mungkin waktu cuti sekolah agaknya, sebab tu lah ramai pelanggan.
Gerainya terletak di tepi jalan menghala ke Kuala Kedah, bersebelahan dengan gerai laksa Zakaria.
Inilah rupanya laksa Din Laksa Beras. Rasanya boleh tahan lah juga.
Ini pula rupanya laksam.
Ada pula dijual tapai pulut.
Ramai pula pelanggan yang datang. Bukan sahaja orang Melayu, tapi kaum lain pun turut datang makan kat gerai ni. Lain kali kalau datang kesini lagi bolehlah mencuba laksa Zakaria pula.
Isnin, 23 Mac 2015
First Giveaway By Aisyah Badrulhisham
Assalamualaikum wrh... wbr...
Jom kita join giveaway anjuran Aisyah Badrulhisham. Syaratnya pun mudah sahaja. Jika nak ikut join bolehlah klik kat banner. Tarikh tamatnya 3hb April 2015.
Pasar Kemboja Pendang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua lagi, sewaktu pulang kampung tempohari sempat juga saya jengok ke pasar Kemboja Pendang. Dah lama teringin nak pergi tapi tak berkesempatan. Kali ni dapatlah juga pergi.Macam-macam benda ada dijual di pasar kemboja ni. Tapi yang paling banyak jualan baju-baju. Harganya memang murah berbanding pasar-pasar biasa tapi memang susah nak tawar menawar.
Baju-bajunya memang cantik-cantik dan colourfull.
Ada juga jualan bunga orkid serta cd.
Ada juga gerai makanan untuk hilangkan lapar dan dahaga di tengahari yang panas terik.
Jualan jubah dan blaus.
Tak ketinggalan juga jualan barangan vantage.
Buah berangan.
Sebenarnya banyak lagi barangan jualan dipasar kemboja ni, seperti telekung, tudung, beg, tikar, raga, barangan plastik dan macam-macam lagi. Saya hanya pergi di bahagian luar sahaja. Di bahagian dalam masih banyak gerai-gerai jualan.
Jemput-jemput Pisang
Assalamualaikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman blogger semua, semoga berbahagia selalu. Selamat kembali ke sekolah bagi adik-adik yang dah mula bersekolah kembali. Mungkin ibubapa juga sibuk menguruskan persekolahan adik-adik semua.
Kelmarin sewaktu pulang kampung terpandang ada 2 sikat pisang awak yang dah masak ranum.Jadi daripada nantinya akan buruk dan mungkin akan di buang baik juga dibuat jemput-jemput, orang kedah panggil cokodok pisang. Dapatlah dimakan untuk sarapan pagi. Jemput-jemput pisang memang sangat mudah untuk membuatnya. Rasanya semua orang dah tahu....kan.
Resepi Jemput-jemput Pisang
Bahan-bahan:
pisang yang masak ranum
tepung beras secukupnya
sedikit garam
minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuatnya:
1. Pisang dilenyek terlebih dahulu.Masukkan
sedikit garam.
2. Campurkan tepung sedikit demi sedikit.
Perlu pandai mengagak tepungnya supaya
kuih jemput-jemput tidak terlalu keras
atau tidak terlalu lembik.
3. Panaskan minyak masak, apabila minyak
sudah panas, jemputlah adunan tadi dan
masukkan ke dalam minyak tadi.
4. Balik-balikkan kuih tadi agar tidak
hangit. Bila dah masak baru lah diangkat
dan dihidangkan.
Ahad, 22 Mac 2015
Balik Kampung lagi
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersua kembali di kali ini, alhamdulillah cuti sekolah kali ini, berpeluang balik ke kampung lagi. Dapatlah jenguk mak dan ayah yang hanya tinggal berdua je kat kampung.
Hidangan untuk makan tengahari. Walaupun lauknya tak seberapa tapi memang berselera, siap bertambah nasinya.
Tengaharinya pula dapatlah berkelah kat atas pangkin kat belakang rumah mengadap sawah padi, tempat berehat mak dan ayah diwaktu tengahari.
Inilah sawah padi kepunyaan orang tua yang berbuah lebat, masih belum betul-betul masak buahnya,hanya menunggu masa untuk dituai.
Kubota kepunyaan ayah, walaupun nampak macam buruk tapi masih baik dan masih lagi boleh digunakan. Ianya sangat berjasa untuk membajak sawah padi. Kalau tak ada ini, kerja-kerja membajak sawah tak jadi.
Bila layang-layang tu terbang, sekali tengok macam burung lang.
Bila petang je, anak-anak seronok dapatlah bermain layang-layang berbentuk burung lang. Bestnya sekali-sekala dapat balik kampung.
Anak-anak siap posing kat tepi bendang bersama sepupu mereka Mohd Syafi.
Red Bellas-Segmen Keep Calm & Follow Me
Isnin, 16 Mac 2015
SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu
Assalamualikum wrh... wbr...
Salam bahagia teman-teman semua. Kali ini saya menjoinkan diri dalam segmen blogwalking cuti sekolah bersama Cikgu Ayu, semoga akan bertambahnya kenalan baru bagi merapatkan lagi ikatan ukhwah diantara kita semua. Jika teman-teman nak join bolehlah klik kat banner. Tarikh tamatnya 23hb March 2015.
Tapai Pulut
Assalamualaikum wrh... wbr....
Bersua lagi di entri kali ini, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tersayang. Mungkin ada diantara teman-teman tengah bercuti atau pulang ke kampung diketika ini sempena cuti sekolah ini, didoakan semoga percutian anda akan lebih menyronokkan.
Kali ini saya entrikan mengenai tapai pulut yang saya buatkan tempohari. Sebenarnya firstime saya buatkan tapai pulut ni. Sebelum ini tak pernah pun saya buat tapai, bukannya apa takut tak menjadi. Tapi kalau kita tak cuba, macam mana nak tahu jadi ke tidak.... kan. Bukan apa, katanya buat tapai ni banyak pantang larangnya. Betul ke tidak saya pun tak pasti.
Kalau dulu suka makan tapai yang mak buat je. Tak tahu pula bila masa dibuatnya tapi, tahu-tahu dah ada baunya. Selalunya tapai pulut boleh menggunakan daun pisang atau daun getah sebagai pembalutnya.
Tapi kali ni saya hanya letakkan dalam bekas plastik je.... kat bandar ni susah nak dapatkan daun pisang, melainkan kalau ke pasar tu bolehlah beli daun pisang. Walaupun letak dalam bekas plastik je... tapai pulut tetap juga sedap.
Cara membuat tapainya sangat mudah.
Resepi Tapai Pulut
Bahan-bahan:
beras pulut
ragi
daun pisang / daun getah atau bekas plastik
Caranya membuatnya:
1. Beras pulut dibasuh dan ditanak seperti
memasak nasi pulut, kemudian sejukkan nasi
tersebut.
2. Ragi dihancurkan seperti tepung.
3. Ambil nasi pulut yang telah sejuk,
kemudian taburkan dengan serbuk ragi tadi,
gaulkan sehingga bercampur. kemudian balut
dengan daun pisang / daun getah atau letak
je dalam bekas plastik.
4. Biarkan dua atau tiga hari. Kalau dah ada
bau manis-manis tu tandanya dah jadi tapai
pulut.
Jumaat, 6 Mac 2015
First Giveaway by Mama3Farhanah
Assalamualaikum wrh... wbr...
Join giveaway yang dianjurkan oleh Mama Farhanah. Syaratnya pun mudah sahaja. Jadi siapa yang nak join kena lah klik kat banner. Tarikh tamatnya 25hb March 2015.
Khamis, 5 Mac 2015
Berarak ke Majlis Kenduri Pengantin Perempuan
Assalamualaikum wrh... wbr...
Hari minggu kelmarin sekali lagi kami sekeluarga mewakili pengantin lelaki menghadiri majlis kenduri disebelah pihak pengantin perempuan di Jalan Kurau, Banting, Selangor.
Cantik ukiran buah tembikai, dengan ukiran nama pasangan pengantin Diana & Syuib, semoga perkahwinan kekal berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.
Rombongan pengantin lelaki dari Batu Kurau, Perak.
Para tetamu sebelah pengantin perempuan.
Pasangan pengantin di atas pelamin.
Pasangan pengantin memotong kek perkahwinan.
Sebelum berangkat pulang sempat juga kaum bapa bergambar bersama pasangan pengantin.
Giliran ibu-ibu pula bergambar.
Pasangan pengantin bergambar bersama kakak pengantin lelaki.
Majlis perkahwinan disebelah pihak perempuan dah pun selesai. Tunggu pula giliran disebelah pihak lelaki pula.Mudah-mudahan majlisnya akan menjadi lancar seperti apa yang dirancangkan.
Langgan:
Catatan (Atom)