Jumaat, 25 November 2011

Doa awal tahun

           
           Assalamualaikum wrh wbr....
           
      Kawan-kawan semua. Semoga anda semua lebih ceria pada hari ini. Sedar tak sedar kita sudah pun berada dipenghujung tahun. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru yaitu 1 Muharram 1433 Hijrah. Marilah kita sama-sama membacakan doa awal tahun sebagai pembukaan tahun baru Hijrah.


           Doa awal tahun ini dibacakan 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram .


Khamis, 24 November 2011

My rose collection


              Assalamualaikum serta salam sejahtera kepada kawan2 semua. Semoga anda semua berada dlm keadaan  sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini saya ingin nak share lah dgn kawan- kawan semua tentang hoby saya . Sebenarnya saya baru berjinak-jinak mengumpul barangan yang bercorak english rose. Suka sangat melihat barangan seramik yg bercorak english vantage. Tapi tak de lah banyak koleksi saya.







Jumaat, 18 November 2011

Tissue Pocket


              Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam sejahtera kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya ini. Entri kali ini, saya ingin memperlihatkan hasil kerja tangan saya iaitu tissue pocket yang saya hasilkan. Masih lagi menggunakan sulaman yang sama iaitu sulaman benang dengan bunga crochet.





Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidil Adha -2011


              Assalamualaikum wrh wbr.....


         Sempena dgn perayaaan hari raya Aidil Adha yang akan bakal tiba nanti, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada seluruh kawan2 yang beragama Islam. Semoga segala amal ibadah yang kita lakukan akan diterima oleh Allah swt.




        Perayaan hari raya Aidil Adha ini  disambut oleh seluruh umat Islam di dunia bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menunaikan perintah Allah yg memperlihatkan sifat ketakwaan dan ketaatan beliau kpd Allah walaupun terpaksa mengorbankan anak kesayayangannya sendiri. Begitu juga dgn sifat ketakwaan, ketaatan serta kesabaran anaknya, Nabi Ismail Alaihissalam yang tanpa ragu-ragu serta tanpa apa-apa bantahan menerima perintah Allah walaupun terpaksa mengorbankan dirinya sendiri. 

     Sebenarnya erti sebuah pengorbanan ialah kita sanggup mengorbankan atau memberikan sesuatu yang kita sayangi kepada orang lain walaupun terpaksa menempuh sesuatu cabaran ataupun rintangan di dalam hidup kita. Adakah kita sudah sampai ke tahap itu? Tepuklah dada tanyalah iman kita...



      

Rabu, 2 November 2011

Pokok hiasan

     Assalamualaikum wrh... wbr....
             
            Salam sejahtera kpd semua yg sudi menjengah ke blog ini. Dah lama juga saya tidak mengupdate blog.  Andai kata kalau dalam rumah tu, dah berhabuk dan bersawang nampaknya.

     Selain dari berkraf saya juga suka menanam pokok terutamanya pokok bunga. Tapi tak de lah byk pokoknya macam kat nursery, sikit-sikit tu ada lah. Kali ni saya nak share lah dgn kawan2 menanam pokok hiasan ini dlm bekas yg comei seperti ini. Sebenarnya bekas ini bukannya saya beli , tapi bekas terpakai.






      Oleh krn sayang hendak dibuang, maka saya kumpulkan. Bila bekas ni dah banyak, maka timbullah idea hendak menanam pokok hiasan seperti ini. Tapi sebelum menanam pokok, mestilah ditebuk di bawahnya terlebih dahulu supaya boleh mengalirkan air apabila disiram. Nampak cantik juga ,bila diletakkan di dalam rumah. Baru lah sejuk mata memandang.....

      Bersempena dgn sambutan Aidil Adha yg akan bakal tiba dua tiga hari lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd kengkawan yang beragama Islam. Semoga segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt....Amiiiin.