Khamis, 30 Mei 2013

Berkelah di Sungai Tekala, Semenyih.


            Assalamualaikum wrh wbr....

     Salam penuh kebahagiaan di hari Jumaat ini, penghulu segala hari. Semoga semua teman-teman berbahagia selalu hendaknya.


     Di musim cuti persekolahan ini saya percaya, ramai ibu bapa yang mengambil kesempatan membawa anak-anak pergi bercuti ke destinasi2 percutian masing-masing. Kali ini, saya taklah bercuti jauh sangat memandangkan bulan puasa pun dah dekat, dan my son pula nak menyambung pelajarannya tak lama lagi, so perbelanjaan pun kenalah jaga juga. Jadi, sekadar bawa anak-anak pergi berkelah je lah.

     Kali ini, kami sekeluarga pergi berkelah di Sungai Tekala, Semenyih. Okey juga tempat perkelahannya. Tak lah ramai sangat sbb kita pergi hari bekerja. Kalau hari Sabtu dan Ahad mesti ramai orang berkunjung ke situ. Lihatlah pic yang sempat diambil....









         Tempatnya perkelahannya pun memang cantik dan bersih jugak sebab kawasan ini dijaga. Bayaran masuknya dikenakan RM 1 untuk orang dewasa dan kanak-kanak free.















          Okey jugak tempat perkelahannya, anak-anak pun happy sangat dapat main air. Bila balik masing-masing muka penat je.



Isnin, 20 Mei 2013

Cantiknya Bunga-Bunga

     
        Assalamualaikum wrh wbr.....

        Salam bahagia kepada teman-teman semua. Semoga ceria-ceria selalu. Lama juga tak update blog ni. Biasa lah kalau penyakit rajin datang sering lah update, tapi kalau penyakit malas melanda maka jarang-jarang sekali lah nak update blog.


        Minggu lepas mengikut my hubby ke hospital Sungai Buluh, setelah selesai urusan kat hospital, apa lagi sempat lah jalan-jalan cuci mata kat nursery yang berdekatan. Aduhai ... cantiknya pokok-pokok bunga kat situ. 













             Cantiknya bunga kertas tu. Dalam satu pokok tapi bunganya bermacam-macam warna.





            Cantik.... sangat bunganya dan subur-subur pula pokoknya. Cantik kalau ditanam kat laman rumah kita.




Khamis, 9 Mei 2013

Ikan Bawal Masak Asam


          Assalamualaikum wrh...wbr...

     Salam ukhwah di pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Semoga teman -teman berbahagia selalu di samping orang-orang yang tersayang. Kali ini saya entrikan masakan lauk pauk iaitu masak asam ikan bawal. Lihatlah resepinya...





Resepi Ikan Bawal Masak Asam

Bahan-bahan:


1 ekor ikan bawal - dipotong
4 ulas bawang merah (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
air asam jawa
kunyit serbuk
garam dan gula atau perasa

minyak secukupnya untuk menggoreng



Cara memasaknya:

1. Ikan bawal diletak garam dan kunyit, 
   kemudian di goreng sehingga kekuningan.

2. Panaskan sedikit minyak, tumiskan 
   bawang merah, bawang putih dan halia 
   sehingga naik bau.

3. Masukkan air asam jawa, biarkan seketika. 
   Tambah air jika perlu.

4. Masukkan garam, gula atau sedikit perasa 
   dan akhir sekali masukkan bawang besar 
   serta cili.

5. Perasakan ia, jika dah secukup rasa 
   barulah di angkat untuk dihidangkan.


Khamis, 2 Mei 2013

Crochet Cover Kotak Tisu Ungu


         Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam bahagia kepada teman-teman semua di hari Jumaat ini, semoga semuanya happy-happy selalu. Dua hari lagi kita rakyat akan mengundi. Sebagai rakyat Malaysia yang dah cukup umur adalah menjadi tanggungjawab kita untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin untuk meneruskan kepimpinan terhadap negara kita. Begitu juga saya, insyaallah akan pulang ke kampung untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada kali ini.

        
      Entri kali ini masih lagi  mengenai crochet iaitu crochet cover kotak tisu purple.







          Masih lagi menggunakan warna purple tua dan purple muda serta masih menggunakan bentuk bunga yang sama dengan crochet sarung bantal kusyen.