Khamis, 19 Julai 2012
Marhaban Ya Ramadhan
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam penuh keceriaan, semoga teman-teman semua diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa yang bakal tiba beberapa hari lagi. Sedar tak sedar dah setahun berlalu, dan Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjatnya di sisi Allah kerana bulan tersebut adalah penghulu segala bulan. Di bulan tersebut, semua umat Islam diwajibkan berpuasa.
Surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Semoga kamu bertakwa".
Erti puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.
Bulan tersebut mempunyai kelebihan, antaranya:
1. Dalam bulan tersebut Allah swt menurunkan
kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk
kepada umatnya.
2. Dalam bulan Ramadhan juga dipilih satu
malam yang ganjil yang dikenali malam
Lailatulqadar yang jauh lebih baik
daripada seribu bulan.
3. Bulan yang dibelenggu syaitan, dibuka
pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
neraka.
Kelebihan berpuasa ialah:
1. Puasa mendekatkan diri kepada Allah.
2. Puasa mengawal nafsu syahwat.
3. Puasa menyelamatkan seseorang dari neraka.
4. Puasa menjanjikan syurga.
Setiap orang yang berpuasa perlulah mematuhi peraturan2 bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Adab-adab berpuasa iaitu:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat,
memelihara mata daripada melihat perkara
yang dilarang oleh syarak.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar
memelihara anggota tubuh badan daripada
membuat dosa daripada segala yang dibenci
oleh Allah.
5. Jangan memperbanyakkan tidur di siang
hari, dan banyak makan pada malamnya,
bersederhanalah kedua2nya bagi menyelami
keperitan lapar dan dahaga.
6. Jauhkan diri dari mengikut dorongan nafsu
ketika berbuka dgn beraneka jenis makanan.
Sebaiknya makan sama sahaja seperti pada
bulan-bulan yang lainnya.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan
duniawi, bahkan mengambil kesempatan
dengan beribadat kepada Allah.
8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera
berbuka puasa, berbuka dengan buah tamar
serta melambatkan waktu sahur.
9. Menyediakan makanan berbuka bagi orang
yang berpuasa.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan-
amalan sunat seperti solat terawih, witir
dan sebagainya.
Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan amalan -amalan yang baik.... insyaallah.
Sempena kedatangan bulan Ramadhan saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam tak kira di mana berada, semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan