Khamis, 19 Julai 2012

Marhaban Ya Ramadhan

         
                Assalamualaikum wrh wbr....


          Salam penuh keceriaan, semoga teman-teman semua diberikan kekuatan untuk menjalankan ibadah puasa yang bakal tiba beberapa hari lagi. Sedar tak sedar dah setahun berlalu, dan Ramadhan datang lagi. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjatnya di sisi Allah kerana bulan tersebut adalah penghulu segala bulan. Di bulan tersebut, semua umat Islam diwajibkan berpuasa.
Surah Al-Baqarah ayat 182 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Semoga kamu bertakwa".




        Erti puasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum dan apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.


Bulan tersebut mempunyai kelebihan, antaranya:
1. Dalam bulan tersebut Allah swt menurunkan 
   kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk 
   kepada umatnya.
2. Dalam bulan Ramadhan juga dipilih satu 
   malam yang ganjil yang dikenali  malam
   Lailatulqadar yang jauh lebih baik
   daripada seribu bulan.
3. Bulan yang dibelenggu syaitan, dibuka
   pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu
   neraka.


Kelebihan berpuasa ialah:

1. Puasa mendekatkan diri kepada Allah.
2. Puasa mengawal nafsu syahwat.
3. Puasa menyelamatkan seseorang dari  neraka.
4. Puasa menjanjikan syurga.

    Setiap orang yang berpuasa perlulah mematuhi peraturan2 bagi menyempurnakan ibadah tersebut. Adab-adab berpuasa iaitu:


1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat,
   memelihara mata daripada melihat  perkara 
   yang dilarang oleh syarak.
3. Memelihara pendengaran dari mendengar 
   memelihara anggota tubuh badan daripada 
   membuat dosa daripada segala yang dibenci 
   oleh Allah.
5. Jangan memperbanyakkan tidur di siang
   hari, dan banyak makan pada malamnya,
   bersederhanalah kedua2nya bagi menyelami
   keperitan lapar dan dahaga.
6. Jauhkan diri dari mengikut dorongan nafsu 
   ketika berbuka dgn beraneka jenis makanan. 
   Sebaiknya makan sama sahaja seperti pada 
   bulan-bulan yang lainnya.
7. Tidak menyibukkan diri dengan urusan 
   duniawi, bahkan mengambil kesempatan 
   dengan beribadat kepada Allah.
8. Mempraktikkan amalan sunnah seperti segera
   berbuka puasa, berbuka dengan buah tamar 
   serta melambatkan waktu sahur.
9. Menyediakan makanan berbuka bagi orang
   yang berpuasa.
10. Memenuhi malamnya dengan amalan-
    amalan sunat seperti solat terawih, witir
    dan sebagainya.


      Semoga kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan amalan -amalan yang baik.... insyaallah.

      Sempena kedatangan bulan Ramadhan saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam tak kira di mana berada, semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna kepada kita semua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan