Rabu, 18 Julai 2012

Ayam Black Papper

         
             Assalamualaikum wrh wbr.....

     Bertemu lagi kali ini, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Entri kali ini mengenai masakan iaitu ayam black papper. Apa-apa pun, kita semak resepinya dulu...



Resepi Ayam Black Papper

Bahan-bahannya:
1/2 kilo ayam
6 ulas bawang putih*
1 labu bawang besar*
2 inci halia*
3 sdt lada hitam (dikisar)
2 biji ubi kentang (potong ikut suka)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
2 sdb sos tiram
2 sdb sos lada hitam
4 biji cili padi (diketuk pecah sedikit)
sedikit daun bawang dan daun sup
garam dan gula secukupnya

Cara memasaknya:
1. Ayam digoreng separuh masak dahulu.
2. Bahan yang bertanda* dikisar.
3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan
   kisar hingga agak garing, masukkan sos 
   tiram, sos lada hitam. Kacau-kacaukan
   ia, kalau terlalu pekat masukkan sedikit
   air.
4. Bila dah agak pekat masukkan ayam, lada
   hitam dan kentang. Kacau lagi. Tunggu 
   hingga kentang empuk.Kalau terlalu pekat 
   tambahkan sedikit air.
5. Masukkan garam dan gula secukupnya.
   Kacau lagi. Masukkan bawang besar yang 
   dipotong serta cili api.
6. Akhir sekali sebelum ditutup apinya, masuk
   kan daun bawang serta daun sup.
7. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan 
   dengan nasi panas-panas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan