Jumaat, 12 Oktober 2012
Khasiat Halia
Assalamualaikum wrh wbr.....
Salam bahagia teman-teman di dunia maya ini. Alhamdulillah, syukur kerana dapat bersua lagi di entri kali ini. Kali ini kita mengetahui tentang khasiat halia pula. Seperti mana yang kita ketahui, halia ini sering menjadi ramuan di dalam masakan. Nama saintifik halia ialah Zingiber Officinale iaitu sejenis tanaman yang berasal dari negara China. Orang-orang China menjadikan amalan pemakanan halia untuk mengatasi penyakit terutama masalah kesejukkan anggota badan terutamanya di bahagian kaki dan tangan.
Ianya sangat kaya dengan kandungan kalium, fosforas, kalsium dan tenagaselain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin. Kandungan aktif dalam halia dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan.
Halia biasanya digunakan di dalam masakan. Selain itu, ia boleh dijadikan minyak, disapu pada anggota badan yang sakit.
Khasiat halia seperti berikut:
1. Sesuai untuk wanita baru bersalin dan
mereka yang mengalami masalah angin seluruh
badan.
2. Boleh mengawal beberapa penyakit seperti
demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit
tulang, senggugut dan sesak dada.
3. Menghilangkan kadar kesejukkan yang
terdapat pada makanan dan buah-buahan serta
sayur-sayuran apabila telah dimakan atau
diminum.
4. Membantu menghadamkan makanan.
5. Melembutkan perut dengan kelembutan yang
sederhana.
6. Mengawal hati supaya tidak sejuk dan basah.
7. Membantu menguatkan tenaga jimak dan
menambahkan air mani.
8. Membuang angin yang terdapat dalam usus
kecil dan usus besar.
9. Membuang kahak dan lendir yang melekat
pada bahagian halkum.
10. Menghilangkan bau mulut.
11. Mengatasi masalah mual dan mabuk dalam
perjalanan.
Begitulah khasiat halia dalam penggunaannya kepada kesihatan kita. Selain menjadi bahan masakan ia bermanfaat bagi tubuh badan kita.
sumber- internet
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
adda masa bersalinkan sydi ari tu mmg kena paksa makan..huhuhu..tp kalau halia muda En Hubby suka wat ulam..dia ckp sedap..adda xpernah plk makan..
BalasPadamYe... lah Adda. Halia ni memang bagus untuk orang lepas bersalin... kan. Kalau saya pula suka minum teh halia. Almaklumlah badan pun banyak angin. Elok lah kita gunakan halia untuk kesihatan kita.
Padambuat minuman segar kan..tapi jarang amalkan..
BalasPadamBila dah tahu khasiat halia memang baik utk kesihatan, bolehlah kita sama-sama manfaatkannya.
BalasPadam