Jumaat, 25 Oktober 2024

Kuih Apam Gula Melaka

 Assalamualaikum...

Salam di petang Jumaat, moga sahabat semua dikurniakan keberkatan sempena di hari junmmat yang mulia ini.

Buat lagi kuih apam, tapi kali ni buat kuih apam gula melaka pula. Biasalah melayan tekak yang rasa nak makan ja dipetang hari ni.

Jom tengok cara buatnya.



Resepi Kuih Apam Gula Melaka

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 senduk nasi gula merah 

1 cawan air

1 sudu besar minyak masak

1 sudu makan yis mauripan

sedikit garam

1/2 cawan air

gula pasir sekiranya gula merah belum cukup manis


cara memasak:

1. Gula merah dicampur dengan 1 cawan 

   air dimasak di atas api hingga larut,

   kemudian tapiskan.

2. Campurkan dengan bahan lain di dalam

   mangkuk sehingga sebati.

3. Kemudian perap lebih kurang 1/2 jam.

4. Panaskan pengukus. Kemudian sediakan 

   acuan yang disapu dengan minyak masak.

5. Masukkan adunan ke dalam acuan, 

   lalu dikukus selama 20 minit.

5. Bila dah masak  barulah diangkat dan

   disejukkan.



Biasalah, kuih apam ni kalau tak makan dengan kelapa memang tak best. Jadi kelapa parut yang agak muda digaul dengan sedikit garam. Kalau nak kelapa tahan lama, eloklah dikukus terlebih dahulu.



2 ulasan:

  1. Alhamdulillah.
    Air tangan yang cukup menggamit selera.
    Memang kena cari kelapa yang agak muda, sedap.

    BalasPadam
  2. kuih apam guna cetak tu jadi cantik kan..sedapnya cicah kelapa muda .

    BalasPadam