Assalamualaikum...
Jumpa lagi di update kali ini.
Cerita malam tadi, teringin nak makan masakan ala-ala western. Sebenarnya ni adalah makanan kesukaan anak-anak. Seronok lah anak2 kalau dapat makan makanan macam ni, terutama si kecil. Jadi saya buatlah ala kadar saja. Cepat dimasak dan mudah untuk disediakan.
Untuk ayamnya saya gunakan dada ayam, sebab banyak isi dan tak ada tulang. Kemudian saya hanya goreng menggunakan tepung goreng ayam sahaja. Jadi ayam dipotong kecil supaya mudah untuk menggoreng, juga kalau potong kecil2 ayam akan cepat masak.
Kentang goreng beli yang dah siap, tinggal goreng saja. Kemudian tabur dengan sedikit garam.
Untuk coslownya pula saya parut lobak merah, hiris nipis-nipis kobis beajing. Kemudian masukkan mayonaise. Digaul hingga bercampur rata.
Untuk memudahkan, sosnya saya hanya campurkan sos cili dengan sos lada hitam.
Itu pun dah sedap dah.
Alhamdulillah.
BalasPadamNampak sungguh menyelerakan.
Memang anak-anak suka western food begini. Idea goreng dada ayam potong kecil-kecil memang sangat bagus dan sedap pula!
Cukup lengkap karbo, fiber dan protein.
Dada ayam klu buat camni baru laku kan..kalau masak lain memasing pandang sepi je..he hee..masakkan westrn mmg jadi fav semua kan..
BalasPadam