Assalamualaikum...
Salam di petang Jumaat, moga sahabat semua dikurniakan keberkatan sempena di hari junmmat yang mulia ini.
Buat lagi kuih apam, tapi kali ni buat kuih apam gula melaka pula. Biasalah melayan tekak yang rasa nak makan ja dipetang hari ni.
Jom tengok cara buatnya.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 senduk nasi gula merah
1 cawan air
1 sudu besar minyak masak
1 sudu makan yis mauripan
sedikit garam
1/2 cawan air
gula pasir sekiranya gula merah belum cukup manis
cara memasak:
1. Gula merah dicampur dengan 1 cawan
air dimasak di atas api hingga larut,
kemudian tapiskan.
2. Campurkan dengan bahan lain di dalam
mangkuk sehingga sebati.
3. Kemudian perap lebih kurang 1/2 jam.
4. Panaskan pengukus. Kemudian sediakan
acuan yang disapu dengan minyak masak.
5. Masukkan adunan ke dalam acuan,
lalu dikukus selama 20 minit.
5. Bila dah masak barulah diangkat dan
disejukkan.
Biasalah, kuih apam ni kalau tak makan dengan kelapa memang tak best. Jadi kelapa parut yang agak muda digaul dengan sedikit garam. Kalau nak kelapa tahan lama, eloklah dikukus terlebih dahulu.
Alhamdulillah.
BalasPadamAir tangan yang cukup menggamit selera.
Memang kena cari kelapa yang agak muda, sedap.
kuih apam guna cetak tu jadi cantik kan..sedapnya cicah kelapa muda .
BalasPadam