Rabu, 23 Oktober 2024

Share Tanaman Terbaru Di Mini Kebun

Assalamualaikum...

Jumpa lagi di kali ini. Semoga teman-teman semua sihat selalu.

Share lagi tanaman terbaru saya di laman mini di depan rumah. Sebenarnya menanam ni sebagai hobi sahaja untuk mengisi masa lapang, juga kegiatan untuk mengeluarkan peluh di pagi hari. Bila bangun pagi dapatlah melihat tanaman kita yang tumbuh menghijau.


Ini dibahagian depan rumah. Tanam bunga kenga kertas, bunga jasmin, bunga bawang belanda, marigold, juga pokok bayam brazil.


Di rak pula saya tanam pokok-pokok sayur seperti kangkung, bayuam brazil, daun basil, daun basil thailand dan juga pokok lain.



Di bahagian depan pintu rumah pula saya letakkan pokok-pokok indoor plant untuk mengelakkan panas terik matahari. Biasanya pokok-pokok ini saya letakkan di dalam rumah.

 

Di rak ini pula saya letakkan pokok-pokok bunga.


Juga saya menanam pokok daun salam, pokok pegaga. 

Walaupun laman kecil, tapi kita manfaatkan tanaman pokok seadanya.


1 ulasan:

  1. Rajinnya Diela tanam macam-macam. Segar mata memandang.
    Saya ingat hendak suruh Encik Suami tanam sayur dan pokok cili dalam pasu.

    BalasPadam