Jumaat, 4 Oktober 2024

Laksa Lemak Kedah

 Assalamualaikum...

Hari ni teringin nak makan laksa. Kesukaan saya laksa kuah lemak. Jadi saya buat kuahnya menggunakan ikan sardin tin saja. Jadi lebih mudah dan cepat. Laksanya pula tinggal rebus sahaja.

Jom tengok resepi mudah daripada saya.



Resepi Laksa Kuah Lemak

Bahan-bahan:

1 tin sardin-dibuang sos sardin dan 

  cuci, kemudian blend hancur

1-2 biji bawang besar 

2-3 sudu besar serbuk kari ikan

1 ketul lengkuas sebesar ibu jari

1-2 batang serai dititik

daun kesum secukupnya

asam keping

santan pekat

air untuk kuahnya

garam gula serta perasa



Cara memasaknya:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang blend,

  serbuk kari ikan, serai serta lengkuas.

  masak hingga pecah minyak.

2.Bila bahan tumis dah pecah minyak, 

  masukkan sardin, juga masukkan santan, 

  asam keping serta air untuk kuahnya.

3.Perasakan dengan garam serta gulanya.

  Setelah masak barulah ditutup apinya.



Laksanya hanya direbus sahaja.





Bahan sayurnya:

hirisan daun salad

bawang besar dihiris bulat

timun dihiris kecil-kecil

cili api dihiris kecil

limau nipis

Cara menghidangnya:

Letakkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. 

Masukkan kuahnya, kemudian masukkan pula

bahan sayurannya.



2 ulasan:

  1. Apa khabar Diela.
    Lama tak singgah sini.
    Rasanya saya belum pernah makan laksa lemak Kedah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... khabar baik Amie. Ya lah saya juga lama menyepi. Baru sekarang kembali lagi. Boleh lah dicuba resepinya nanti.

      Padam