Sabtu, 2 April 2016

Masak Lemak Kobis Dengan Tempe


          Assalamualaikum wrh... wbr...

    Salam bahagia... semoga anda semua sihat hendaknya di hari ini, hari Sabtu. Biasalah kalau hujung minggu anak-anak semua berkumpul. Jadi sibuklah suri-suri rumah memasak untuk anak-anak.
    
     Hari ni saya masak yang simple-simple sahaja, masak lemak kobis sama tempe, goreng ikan kerisi, sambal belacan serta ulam. Sedap juga dimakan dengan ikan yang digoreng panas-panas. 


Resepi Masak Lemak Kobis Dengan Tempe

Bahan-bahan:
Kobis (dipotong)
1 batang karot (dihiris halus)
1/2 bungkus tempe (juga dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
1 biji cili merah dihiris)
sejemput ikan bilis
santan secukupnya
garam dan gula secukup rasa
 

Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk, masukkan air bersama 
   hirisan bawang, bawang putih dan ikan
   bilis. Kacau rata dan masak hingga 
   mendidih.
2. Masukkan karot, masak hingga separuh masak.
3. Kemudian masukkan kobis dan masak hingga
   kobis separuh lembut. Jika kurang kuah
   tambahkan sedikit air.
4. Tuangkan santan dan dikacau sehingga
   mendidih.
5. Rasakan dengan garam dan gula. Siap untuk
   dihidangkan.


 

3 ulasan: