Jumaat, 1 April 2016
Agar-agar Coklat Malt Lapis Oreo
Assalamualaikum wrh... wbr...
Bersiaran lagi di kali ini, semoga teman-teman semua ceria-ceria selalu. Dicuaca panas begini tekak ni terasa je nak makan yang sejuk-sejuk. Jadi saya cuba buatkan puding oreo coklat malt. Biasanya orang menggunakan milo, tapi kali ini saya gunakan serbuk coklat malt pula.
Memang sedap pudingnya dimakan sejuk-sejuk lepas dikeluarkan dari peti ais. Memang nyaman je.... tekak. saya cuba dari resepi Along Roz @ Home Kreation. Terima kasih di atas resepinya yang sedap ini. Izinkan saya letak resepinya di sini untuk rujukan saya nanti.
Resepi Agar-agar Coklat Malt Lapis Oreo
Bahan-bahan: (saya guna acuan 5x5 in)
1 bungkus / 10 gm Jelly Powder (serbuk
agar-agar)
750 ml air
160 gm gula
1 tin (400 gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo (saya guna coklat malt)
1 bungkus coklat oreo cookies (137gm)
Cara membuatnya:
1. Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga gula
larut. Masukkan susu, kacau sebati
sehingga mendidih.
2. Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang
lain dan campurkan milo sehingga sebati.
3. Tuangkan 1 cawan campuran milo ke dalam
acuan. Panaskan campuran milo yang separuh
lagi dengan api yang kecil supaya tidak
membeku. Apabila permukaanya mengeras
sedikit, tuangkan kesemua adunan putih
tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila
permukaannya mengeras sedikit, masukkan
baki adunan milo tadi.
4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum
masukkan ke dalam peti sejuk.
Tips untuk melapis:
1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku
sepenuhnya sbb takut lapisan tidak
melekat. Jika membeku semua guriskan
permukaan dengan garpu sebelum tuangkan
lapisan seterusnya.
3. Pastikan adunan masih panas apabila
menuang ke atas lapisan sebelumnya supaya
ia melekat dengan baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan